Now Reading
Hampir 7 Daripada 10 Rakyat Malaysia Pilih Pengalaman, Bukan ‘Destinasi’ Semata-Mata Ketika Bercuti – Kajian

Hampir 7 Daripada 10 Rakyat Malaysia Pilih Pengalaman, Bukan ‘Destinasi’ Semata-Mata Ketika Bercuti – Kajian

Bukan destinasi yang jadi keutamaan, tetapi pengalaman.

In Brief
  • Hampir 69% rakyat Malaysia mengutamakan pengalaman yang ingin dinikmati sebelum memilih destinasi percutian mereka.
  • Sebanyak 55% responden Malaysia sentiasa memburu tawaran terbaik sebelum membuat tempahan, antara tertinggi di Asia Tenggara.
  • Walaupun 53% menggunakan AI untuk merancang percutian, 60% masih menyemak ulasan pengguna sebelum membuat keputusan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun kos sara hidup dan harga perjalanan terus meningkat, rakyat Malaysia masih tidak mahu melepaskan peluang untuk bercuti.

Malah, kajian terbaharu Klook Travel Pulse 2026 (Edisi Separuh Kedua) mendapati hampir 45% rakyat Malaysia masih merancang untuk melakukan perjalanan santai sepanjang separuh kedua tahun ini.

Namun, cara mereka merancang percutian kini semakin berubah. Pengembara tempatan dilihat lebih teliti dalam berbelanja, lebih gemar memburu tawaran dan mengutamakan pengalaman berbanding destinasi semata-mata.

Pengalaman Jadi Keutamaan

Menurut kajian itu, 69% pengembara Malaysia tidak lagi memulakan perancangan percutian dengan memilih destinasi.

Sebaliknya, mereka lebih mengutamakan pengalaman yang ingin dinikmati sebelum menentukan lokasi yang sesuai.

Dalam masa yang sama, Malaysia turut mencatatkan antara kadar pemburuan tawaran tertinggi di Asia Tenggara apabila 55% responden mengakui mereka sentiasa mencari promosi dan tawaran terbaik sebelum membuat tempahan.

Angka itu lebih tinggi berbanding Singapura (47%), Thailand (51%) dan Indonesia (35%).

Ramai Pilih Tempah Lebih Awal

Kajian turut menunjukkan rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati dalam menguruskan bajet percutian.

Separuh daripada responden (50%) memilih untuk membuat tempahan lebih awal bagi mendapatkan harga lebih rendah dan mengelakkan kenaikan harga ketika musim cuti.

Selain itu, kira-kira 33% pengembara memilih untuk bercuti dengan lebih jarang berbanding sebelum ini, namun lebih banyak meluangkan masa merancang perjalanan yang benar-benar berbaloi.

AI Semakin Popular Untuk Rancang Percutian

Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) juga semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kajian mendapati 53% responden menggunakan AI untuk mencari idea destinasi, tarikan pelancongan atau pengalaman baharu.

Antara kegunaan AI yang paling popular ialah:

  • Membantu ketika bercuti seperti terjemahan bahasa dan mengubah jadual perjalanan (40%)
  • Mencari lokasi menarik yang kurang diketahui ramai (37%)
  • Mendapatkan cadangan laluan perjalanan atau pengangkutan terbaik (36%)

Review Pengguna Lain Masih Lebih Diyakini

Walaupun AI semakin banyak digunakan, kebanyakan pengembara masih tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu ketika membuat keputusan.

Seramai 60% responden berkata mereka tetap menyemak ulasan yang disahkan menerusi platform pelancongan yang dipercayai sebelum membuat tempahan.

Hanya 30% menyatakan mereka mempercayai cadangan yang dijana AI, manakala separuh daripada responden turut merujuk laman web rasmi lembaga pelancongan atau buku panduan sebelum memuktamadkan rancangan perjalanan.

Dapatan ini menunjukkan bahawa walaupun AI mampu memberikan inspirasi dan mempercepatkan proses perancangan, pengesahan daripada pengalaman sebenar pengguna masih menjadi faktor utama dalam membina keyakinan.

Keinginan Untuk Melancong Masih Tinggi

Naib Presiden Pemasaran Global Klook, Marcus Yong berkata tekanan ekonomi sememangnya mempengaruhi cara orang ramai melancong, namun bukan sehingga membuatkan mereka berhenti bercuti.

Sebaliknya, ramai memilih untuk merancang dengan lebih teliti dan berbelanja secara lebih bijak supaya masih dapat menikmati pengalaman yang diinginkan.

Menurut beliau, trend itu membuktikan bahawa perjalanan kini bukan lagi sekadar satu kemewahan, sebaliknya satu pengalaman yang dianggap cukup bernilai untuk dirancang dengan sebaik mungkin.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd