UNIQLO Rai 30 Tahun Pokémon Dengan Koleksi Baharu, Inspirasi Dari Permainan Video Red & Blue
Koleksi ini menampilkan watak-watak Pokémon ikonik seperti Pikachu, Raichu, Mew dan Mewtwo.
- UNIQLO's second Pokémon UT collection celebrates 30 years, drawing inspiration from the iconic Red and Blue video games released in 1998.
- Available from 27 July 2026, prices start from RM39.90 for kids and RM59.90 for adults, sold at all Malaysian UNIQLO stores.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Cuba bayangkan seketika bunyi blip, blip skrin Game Boy yang memaparkan wajah comel Pikachu dalam bentuk monochrome pixel graphics.
Bagi ramai generasi yang lahir era 90-an, itulah kenangan pertama mereka membuka pintu ke dunia Pokémon.
Kini, kenangan manis itu boleh dibawa ke mana-mana sahaja, tetapi bukan lagi dalam poket.
Sebaliknya, ia dipakai terus pada badan sendiri menerusi koleksi UT terbaharu daripada UNIQLO yang pastinya mencuit hati setiap peminat setia.
Ibarat Menaiki Time Machine Khas Untuk Peminat Pokémon Red & Blue

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Pokémon, UNIQLO memperkenalkan koleksi UT (baju-T UNIQLO) kedua yang dipenuhi dengan nostalgia.
Menariknya, koleksi ini mengambil inspirasi daripada permainan video Pokémon pertama yang dijual di luar pasaran Jepun pada tahun 1998, iaitu Red dan Blue.
Menerusi pixelated graphics yang unik, setiap rekaan baju dalam koleksi ini menghidupkan semula kenangan manis yang pernah dilalui oleh peminat.
Selain itu, ini merupakan koleksi kedua UT Pokémon yang muncul sempena tahun istimewa berkenaan.
Setiap Baju Mempunyai Rekaan Menarik, Comel Dengan Sentuhan Nostalgia

Sudah tentu aspek paling seronok dalam koleksi ini ialah setiap reka bentuk baju-T membawa cerita tersendiri, bukan sekadar gambar semata-mata.
Contohnya, baju-T yang memaparkan watak utama berdiri bersama Charmander mengingatkan semula peminat tentang pengembaraan pertama mereka di dunia Pokémon.
Selain itu, peminat Mewtwo pasti gembira dengan baju-T berwarna putih yang menampilkan legendary Pokémon itu di hadapan, manakala di belakang pula, Mew sedang bersembunyi di bahagian pinggang.
Tetapi rekaan paling comel sudah tentu Pikachu di bahagian poket dada, yang turut menunjukkan bentuk evolusinya, Raichu, sebagai kejutan manis.
Tambahan pula, peminat tegar pasti teruja melihat rekaan yang memaparkan Pokémon terakhir milik lapan Ketua Gim, lengkap dengan lencana dicetak pada lengan kiri.
Kongsikan Keseronokan Koleksi Ini Dengan Si Kecil Dengan Rekaan Berwarna

Berita baik untuk first time parents kerana anda boleh berkongsi koleksi nostalgia ini bersama anak menerusi barisan baju-T yang lebih ceria.
Berbeza dengan versi dewasa, reka bentuk kanak-kanak mengekalkan gaya pixelated yang sama tetapi dipenuhi dengan warna yang lebih menarik.
Antara pilihan yang pasti menjadi rebutan termasuk Pikachu dengan pelbagai ekspresi comel, Gengar yang tampil bergaya dengan warna hitam, serta enam Pokémon popular seperti Dragonite dan Eevee.
Dengan itu, ibu bapa dan anak kini boleh bergaya sepadan sambil berkongsi cerita zaman masing-masing.
Layari Laman Web Khas Ini Untuk Melihat Keseluruhan Koleksi Pokémon UT
Sentuhan paling istimewa untuk peminat Red dan Blue ialah laman web khas Pokémon UT yang telah dilancarkan pada 8 Julai lalu.
Menerusi laman itu, anda boleh melihat setiap rekaan dalam koleksi ini sambil menikmati alunan lagu daripada permainan video Pokémon Red dan Blue.
Menariknya, setiap lagu yang dipilih diselaraskan dengan tema baju masing-masing, pasti mengimbau semula kenangan anda sambil menikmati melodinya.
Harga Bermula RM39.90 Dapatkannya Sebelum Sold Out

Koleksi Pokémon 30th Anniversary UT akan mula dijual pada Isnin, 27 Julai 2026.
Bagi koleksi lelaki, baju-T ditawarkan pada harga RM59.90 (termasuk cukai) dalam saiz XS hingga 3XL, manakala barisan kanak-kanak pula pada harga RM39.90 (termasuk cukai) dalam saiz 110cm hingga 160cm.
Sebagai info, saiz tertentu seperti 110, XS, XXL dan 3XL hanya boleh diperoleh menerusi kedai online, jadi pastikan anda menyemak stok terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan umum, koleksi ini boleh didapati di semua kedai UNIQLO di seluruh Malaysia serta menerusi kedai dalam talian di uniqlo.com.
Baca Artikel Berkaitan: UNIQLO Perkenal Polo Khas Adam Scott, Rai Pencapaian Bersejarah Dalam Dunia Golf
Baca Artikel Berkaitan: UNIQLO Lancar Koleksi Linen Spring/Summer 2026 Dengan Lebih 40 Pilihan Warna | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.