Now Reading
7 Tempat Menarik Di Edinburgh Yang Wajib Masuk Bucket List Anda Sekarang!

7 Tempat Menarik Di Edinburgh Yang Wajib Masuk Bucket List Anda Sekarang!

Menjadi ibu kota Scotland sejak abad ke-15, Edinburgh merupakan antara bandar tercantik di Eropah.

In Brief
  • Edinburgh, Scotland adalah bandar bersejarah yang menakjubkan dengan lokasi menarik seperti Dean Village, Edinburgh Castle, dan Victoria Street yang wajib dikunjungi.
  • Bandar ini kaya dengan sejarah sejak abad ke-15, termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO dan festival seni terbesar di dunia, Edinburgh Fringe.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara kebaikan media sosial pada hari ini adalah berkongsi pengalaman percutian untuk meneroka tempat baharu!

Contohnya yang tular di Threads dikongsikan oleh pengguna (@aidzadalias) menunjukkan kecantikan sebuah bandar bersejarah ini seolah-olah anda berada dalam filem fantasi.

Nama bandar tersebut ialah Edinburgh, Scotland yang pasti akan membuatkan anda ingin menempah tiket penerbangan selepas membaca artikel ini.

Pengguna Di Threads Kongsi Kecantikan Edinburgh, Scotland

Edinburgh, Scotland. (Foto: The Bonham Hotel)

Semuanya bermula dengan perkongsian Aidza yang meluahkan rasa kagum terhadap bandar tersebut ketika memandu pada waktu malam serta melakukan road trip ke Scottish Highlands.

“Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang cakap Edinburgh ni cantik. Saya sempat memandu pada waktu malam di bandar ni serta berjalan ke Scottish Highland.” katanya.

Malah, pengguna lain turut berkongsi pengalaman ketika menyinggah Edinburgh yang dianggap sebagai salah satu bandar tercantik di Eropah.

7 Lokasi Wajib Masuk Bucket List Anda Di Edinburgh

#1. Dean Village
Dean Village. (Foto: KellyPrincesWrites)

Sebuah perkampungan lama yang terletak di barat laut Edinburgh ini pernah menjadi kawasan kilang bijirin pesat lebih daripada 800 tahun.

Selain itu ia juga memiliki 11 buah kilang yang dikuasakan oleh air daripada sungai Water of Leith.

#2. Circus Lane
Circus Lane. (Foto: KellyPrincesWrites / ThirdEyeTraveller)

Tidak jauh daripada Dean Village di kawasan Stockbridge, lorong berbatu ini menjadi antara lokasi paling cantik untuk ambil gambar!

Menurut blog ini, anda dinasihatkan untuk datang awal pagi supaya dapat mengambil gambar dengan tenang tanpa diganggu oleh orang ramai.

#3. Edinburgh Castle
Edinburgh Castle. (Foto: Historic UK)

Kubu bersejarah berdiri megah di atas Castle Rock merupakan bekas kediaman diraja sejak zaman pemerintahan Malcom III pada abad ke-11.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai penjara, kubu tentera dan tempat menyimpan Honours of Scotland.

Hari ini menjadi antara destinasi wajib anda singgah ketika berada di Edinburgh.

#4. Arthur’s Seat
Arthur’s Seat. (Foto: Edinburgh Tourist)

Untuk mereka yang kaki hiking dan ingin menikmati pemandangan menakjubkan boleh singgah Arthur’s Seat.

Ia asalnya adalah puncak gunung berapi dengan ketinggian 250.5 meter terletak dalam Holyrood Park, menawarkan pemandangan Edinburgh secara menyeluruh kepada sesiapa yang sanggup mendaki.

#5. Victoria Street
Victoria Lane. (Foto: Edinburgh Tourist)

Lokasi ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO menampilkan jalan berbatu melengkung yang dinamakan sempena Queen Victoria dipenuhi dengan bangunan berwarna-warni.

Selain itu, terdapat pelbagai kedai butik unik untuk anda membeli-belah.

#6. Scott Monument
Scott Monument. (Foto: What’s on Edinburgh)

Tugu yang dibina mengikut seni bina Victorian Gothic berdiri megah setinggi 61 meter sebagai penghormatan kepada penulis Scotland, Sir Walter Scott.

Menariknya, tugu ini mula dibina pada 15th Ogos 1840 dan dibuka kepada orang awam pada 15th Ogos 1846 dan anda juga boleh menaki kesemua 287 anak tangganya.

#7. National Museum of Scotland
National Museum of Scotland. (Foto: Expedia)

Muzium yang terbentuk pada tahun 2006 hasil gabungan Museum of Scotland yang menyimpan koleksi barangan antik, budaya dan sejarah Scotland.

Ia turut menggabungkan koleksi bekas National Museum of Antiquities of Scotland, merangkumi penemuan arkeologi dan objek dari Zaman Gelap Scotland.

Menariknya terdapat 16 galeri yang memaparkan 8,000 objek untuk anda nikmati ketika berjalan di sini.

Edinburgh Merupakan Ibu Kota Scotland Yang Kaya Dengan Sejarah

Untuk pengetahuan umum, Edinburgh telah menjadi ibu kota Scotland sejak abad ke-15 menggantikan Scone sebagai pusat pemerintahan pada 1437.

Edinburgh Castle mula dibina sekitar tahun 1130 pada zaman Raja Malcom III, menjadikannya bangunan tertua di bandar itu.

Selain itu, kawasan Old Town dan New Town telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNSECO.

Manakala, University of Edinburgh yang ditubuhkan pada tahun 1582 telah menjadikan bandar ini sebagai pusat pendidikan terkemuka memberi fokus dalam bidang perubatan serta sains.

Bandar bersejarah ini juga terkenal dengan Edinburgh Fringe, sebuah festival seni terbesar di dunia yang bermula sejak 1947.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Tempah saja tiket flight sekarang untuk menikmati sendiri bandar yang begitu menakjubkan ini.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Trend ‘Short Getaway’ Semakin Digemari Oleh Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun Ini | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Ingin Bercuti & ‘Rejuvenate’? Ini 10 Lokasi Menarik Sekitar Asia Sesuai Untuk Sesi Tenangkan Jiwa | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd