Now Reading
Merz Aesthetics Lancar Ultherapy Mask, Lantik Scha Alyahya Sebagai Duta Ultherapy PRIME

Merz Aesthetics Lancar Ultherapy Mask, Lantik Scha Alyahya Sebagai Duta Ultherapy PRIME

Ultherapy Mask – PDRN Peptide Radiance boleh didapatkan secara eksklusif menerusi klinik diperakui PRIME.

In Brief
  • Merz Aesthetics melantik Scha Alyahya sebagai Duta Jenama Ultherapy PRIME pertama Malaysia pada 16 Jun di Kuala Lumpur.
  • Ultherapy Mask baharu dilancarkan, terbukti meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 68% dan menyejukkan kulit sehingga 7°C.
  • Topeng muka itu mengandungi MC-PDRN, lima jenis asid hialuronik dan 20 peptida kompleks, sesuai untuk kulit sensitif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perubatan estetik dengan tujuan untuk meningkatkan penampilan kosmetik serta kesejahteraan diri semakin mendapat nama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada 16 Jun lalu, syarikat perubatan estetik khusus, Merz Aesthetics, mengumumkan pelantikan pelakon, model dan personaliti televisyen terkenal, Scha Alyahya, sebagai Duta Jenama Ultherapy PRIME pertama Malaysia.

Pengumuman yang dibuat ketika Ultherapy PRIME Soirée di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu menandakan satu lembaran baharu bagi jenama tersebut.

Bertemakan “See My Skin, Lift My Way” bagi tahun 2026, syarikat itu meraikan keunikan individu, keaslian dan kepercayaan bahawa setiap perjalanan penjagaan kulit bersifat unik.

Merz Aesthetics Lancar Ultherapy Mask, Boleh Didapatkan Di Klinik Diperakui PRIME

Dalam masa sama, Merz Aesthetics turut melancarkan Ultherapy Mask – PDRN Peptide Radiance di Malaysia.

Direka bagi menyokong pemulihan kulit, hidrasi dan keserian wajah selepas rawatan Ultherapy PRIME, Ultherapy Mask boleh didapatkan secara eksklusif menerusi klinik yang diperakui PRIME.

Penggunaan topeng muka ini bertujuan bagi menyokong proses pemulihan selepas rawatan, di samping membantu pesakit mengekalkan kulit yang sihat dan kelihatan berseri.

Kombinasi inovasi berteraskan sains dengan pengalaman hidrogel yang premium ini mencerminkan komitmen yang sama terhadap ketepatan, keberkesanan dan penjagaan pesakit yang mencirikan platform Ultherapy PRIME.

Naib Presiden Bersekutu, Komersial Serantau APAC, Merz Aesthetics, Raymond Ong berkata, pelancaran Ultherapy Mask di dalam negara menandakan satu langkah penting dalam meluaskan penjagaan Ultherapy yang asli melangkaui klinik.

“Direka khusus untuk melengkapi rawatan Ultherapy PRIME, ia mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang dipercayai dan berasaskan bukti, bagi memastikan pesakit menikmati hasil yang tulen daripada rawatan sehingga ke fasa pemulihan,” katanya.

Kebaikan Ultherapy Mask Bagi Penjagaan Kulit Muka

Menerusi ujian klinikal yang dijalankan, Ultherapy Mask terbukti berkesan dalam:

  • Menyejukkan dan menenangkan kulit serta-merta selepas digunakan, dengan menurunkan suhu kulit sehingga 7°C, sekaligus memberikan keselesaan segera selepas rawatan.
  • Meningkatkan kelembapan pada lapisan atas kulit sebanyak 68% selepas empat hari.
  • Menguatkan lapisan pelindung kulit sebanyak 23% bagi menyokong pengekalan kelembapan.
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit yang ketara untuk penampilan yang lebih sihat dan lebih berseri.

Ultherapy Mask bukan sahaja sesuai digunakan bagi penjagaan selepas rawatan Ultherapy PRIME atau rawatan perubatan estetik bukan pembedahan lain.

Namun ia mempunyai kegunaan berganda dan turut boleh digunakan dalam rutin penjagaan kulit harian bagi rutin yang dipertingkatkan dengan bahan-bahan gred klinikal.

Ultherapy Mask Guna Bahan-Bahan Optimum

Ultherapy Mask yang diperbuat daripada bahan hidrogel inovatif memberi sensasi sejuk dan tenang serta-merta, di samping mengunci serum dengan lebih efektif untuk penyerapan bahan aktif yang optimum.

Reka bentuknya yang unik juga mengikut kontur muka dengan tepat agar tiada ruang udara bagi memastikan kesan maksimum formulasi pada kulit.

Formulasi bagi Ultherapy Mask menggabungkan:

  • Formula termaju dengan MC-PDRN: Diperoleh daripada DNA ikan salmon untuk merangsang regenerasi dan pembaikan kulit demi penampilan yang lebih sihat.
  • Lima jenis asid hialuronik pelbagai berat molekul: Untuk membekalkan hidrasi mendalam dan berpanjangan.
  • 20 peptida kompleks: Bagi menggalakkan sintesis kolagen dan keanjalan kulit.
  • Adenosina dan niasinamida: Untuk mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit bagi menyerlahkan keserian yang ketara.

Topeng muka ini telah diuji secara dermatologi, tidak menyebabkan iritasi, bebas pewangi, bebas etil alkohol dan bebas paraben, menjadikannya sesuai walaupun untuk kulit sensitif

Scha Alyahya Dipilih Sebagai Duta Kerana Pengaruh Besar Dalam Gaya Hidup

Mengulas tentang pelantikan Scha Alyahya sebagai duta Ultherapy PRIME pertama di Malaysia, personaliti itu dipilih kerana keanggunannya serta pengaruh besar dalam bidang kecantikan dan gaya hidup.

“Scha benar-benar melambangkan semangat Ultherapy PRIME. Beliau mewakili kecantikan moden iaitu yakin, autentik dan selesa dengan diri sendiri.

“Sebagai Duta Jenama pertama kami di Malaysia, beliau mencerminkan prinsip kami bahawa rawatan estetik seharusnya memperkasakan individu untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka sambil kekal setia kepada jati diri,” kata Ong.

Dalam pada itu, Scha turut meluahkan rasa bangga di atas pelantikannya sebagai Duta Jenama Ultherapy Prime yang pertama di Malaysia kerana selari dengan prinsipnya terhadap rawatan berasaskan hasil yang autentik.

“Ia adalah tentang inovasi yang mampu menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi tanpa kompromi. Bagi saya, keyakinan lahir dengan mempamerkan diri anda yang sebenar, dan Ultherapy PRIME menyokong perjalanan tersebut dengan cara yang memperkasakan serta berpaksikan realiti,” ujar Scha.

Foto: IG @schaalyahya

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd