Ini 7 Negara Dengan Cuti Bersalin Paling Panjang Di Dunia
Kepulauan Marshall, Papua New Guinea, Nauru serta Micronesia tidak menyediakan cuti bersalin.
- Estonia offers the longest maternity leave at 82 weeks, while countries like Marshall Islands have no paid maternity leave laws.
- Paid maternity leave benefits both employers and employees by reducing staff turnover, boosting productivity and supporting mothers' mental health.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, proses bersalin merupakan salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan bagi seorang ibu yang perlu bersedia untuk menghadapi segala cabaran.
Sebab itulah, mereka memerlukan tempoh masa untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak dari segi fizikal, mental dan emosi.
Tambahan pula, di sesetengah negara seperti Sweden menawarkan tempoh cuti bersalin jauh lebih panjang berbanding negara lain.
Cuti Bersalin Memberi Ruang Untuk Ibu Pulih Dan Menyesuaikan Diri Semula Ke Tempat Kerja
Cuti bersalin ialah tempoh cuti yang diberikan kepada pekerja wanita yang baru sahaja selesai bersalin.
Tujuannya untuk beri mereka masa untuk pulih, berehat serta menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama bayi tanpa dibebani tekanan kerja.
Tempoh Cuti Bersalin Ditentukan Oleh Undang-Undang Setiap Negara
Menurut Rippling, akta cuti bersalin dibentuk oleh gabungan undang-undang pekerjaan, faktor ekonomi, budaya tempatan serta keutamaan kerajaan negara tersebut.
Ini kerana sebahagian negara menganggap cuti bersalin dengan gaji sebagai satu hak asasi, manakala yang lain pula bergantung kepada budi bicara majikan.
Sebagai contoh, negara di Eropah kebiasaannya mempunyai undang-undang yang lebih ketat tentang isu ini berbanding Amerika Syarikat yang lebih longgar.
Selain itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengesyorkan tempoh cuti bersalin minimum selama 14 minggu, namun penerimaan piawaian ini berbeza-beza mengikut negara.
Di Malaysia, sejak Januari 2023, pekerja wanita layak menerima cuti bersalin minimum 98 hari berturut-turut dan dibayar penuh sekiranya pekerja memenuhi dua syarat ini:
- Pertama: Pekerja perlu bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh sembilan bulan sebelum bersalin.
- Kedua: Pekerja hendaklah memaklumkan majikan mengenai kehamilan serta tarikh dijangka bersalin
Selain itu, cuti itu turut boleh dimulakan seawal 30 hari sebelum tarikh dijangka bersalin dan pekerja hamil turut dilindungi daripada dipecat oleh majikan.
Ini 7 Negara Dengan Cuti Bersalin Paling Panjang
#1. Estonia
Estonia menawarkan cuti sehingga 82 minggu, merangkumi cuti bersalin dan cuti ibu bapa bagi mereka yang bekerja.
Bayaran gaji penuh akan diberikan bagi tempoh 20 minggu, dengan manfaat tambahan sepanjang cuti tersebut.
#2. Bulgaria
Bulgaria pula menawarkan cuti selama 58.6 minggu, dengan 45 hari daripadanya wajib diambil sebelum bersalin.
Menariknya, cuti itu boleh dipindahkan kepada bapa atau datuk dan nenek dengan syarat-syarat tertentu.
Pekerja pula perlu menerima 90% daripada gaji, dengan pilihan melanjutkan cuti penjagaan anak sehingga anak berusia dua tahun.
#3. Hungary
Hungary menawarkan cuti selama 72 minggu, termasuk 24 minggu cuti bersalin serta cuti ibu bapa sehingga anak berusia tiga tahun.
Bayaran sebanyak 70% daripada pendapatan akan diberikan dengan bayaran kadar tetap sebanyak 28,500 Hungarian Forint (RM368.30) sebulan disalurkan sehingga anak mencapai usia tiga tahun.
#4. Lithuania
Lithuania menawarkan cuti bersalin sehingga 126 hari, dengan pilihan tambahan cuti kepada ibu bapa sehingga anak berusia tiga tahun.
Sepanjang cuti bersalin, ibu akan menerima pampasan sebanyak 77.58% daripada purata gajinya.
#5. Sweden
Sweden pula menawarkan cuti selama 68 minggu, bersamaan 480 hari yang boleh dikongsi antara kedua-dua ibu bapa.
Pekerja pula akan menerima 80% daripada gajinya dalam tempoh 1 tahun 25 hari sebelum beralih kepada kadar tetap yang ditetapkan oleh kerajaan Sweeden.
#6. Norway
Di Norway, pekerja diberi pilihan antara 49 minggu cuti dengan gaji penuh, atau 59 minggu pada kadar 80% gaji.
Manfaat itu dibiayai kerajaan dan dikira berdasarkan pendapatan pekerja berkenaan.
#7. Croatia
Croatia menawarkan cuti selama 168 hari, termasuk 98 hari cuti bersalin iaitu 28 hari sebelum dan 70 hari selepas kelahiran anak.
Ia turut disertai dengan cuti tambahan sehingga anak berusia enam bulan, dan boleh dikongsikan bersama bapa.
Sepanjang tempoh itu, ibu menerima 100% daripada purata gaji sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
Sebahagian Negara Masih Tidak Mempunyai Cuti Bersalin Bergaji

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa negara yang tidak menyediakan cuti bersalin untuk wanita bekerja.
Antaranya ialah Kepulauan Marshall, Papua New Guinea, Nauru serta Micronesia, yang tidak mempunyai undang-undang cuti bersalin bersama gaji diwajibkan.
Tonga pula hanya menyediakan cuti bersalin selama 1 bulan tanpa gaji.
Dalam situasi seperti ini, majoriti ibu bapa bergantung kepada majikan untuk mendapatkan cuti tambahan.
Cuti Bersalin Bergaji Membawa Manfaat Kepada Majikan Dan Pekerja
Sebenarnya, menawarkan cuti bersalin akan memberikan kelebihan kepada kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja.
Antara manfaatnya termasuk:
- Menggalakkan wanita untuk bekerja sekali gus mengurangkan jurang pekerjaan antara jantina.
- Memberi ruang kepada ibu untuk pulih serta mengeratkan ikatannya dengan bayi, menyokong kesihatan mental lebih baik.
- Mengurangkan kadar ganti pekerja sekali gus menjimatkan kos pengambilan baharu.
- Meningkatkan kesetiaan dan produktiviti kerana kebajikan pekerja dijaga dengan baik.
Oleh itu, cuti bersalin bukan sahaja untuk beri peluang kepada para wanita untuk berehat tetapi memastikan mereka pulih sepenuhnya untuk sambung bekerja tanpa sebarang masalah.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya! | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.