Now Reading
HOKA Lancar Clifton PRO Di Malaysia, Bantu Para Pelari Capai Prestasi Lebih Tinggi

HOKA Lancar Clifton PRO Di Malaysia, Bantu Para Pelari Capai Prestasi Lebih Tinggi

Clifton Pro direka semula dengan sistem PROGLIDE+ yang baharu memberikan larian lebih lancar serta tapak lebih responsif.

In Brief
  • HOKA melancarkan Clifton PRO di Malaysia, direka untuk pelari yang ingin berlatih lebih selesa dan memecahkan rekod peribadi.
  • Program Run It Again menyasarkan 10 pelari tempatan untuk memecahkan paras dua jam di Separuh Maraton Kuala Lumpur pada Oktober ini.
  • HOKA akan membuka semula kedainya di Suria KLCC pada Ogos ini, berfungsi sebagai hab komuniti pelari tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Naluri setiap pelari ingin menyasarkan satu pencapaian baharu dalam kehidupan mereka.

Hari ini, jenama kasut sukan global HOKA memperkenalkan model terbaharunya, iaitu Clifton PRO di Malaysia.

Menurut HOKA, model Clifton Pro generasi baharu itu direka khas untuk pelari yang percaya bahawa setiap kejayaan bermula daripada latihan sambil membantu mereka berlatih dengan lebih selesa, bergerak lebih cekap serta membina keyakinan untuk memecahkan rekod seterusnya.

Clifton PRO Meneruskan Legasi Koleksi Clifton Sejak 2014

Clifton Pro. (Foto: Hoka Malaysia)

Clifton PRO dihasilkan berdasarkan koleksi Clifton yang membuat penampilan pertamanya pada tahun 2014.

Model ini telah mengubah cara anda berlari dengan menggabungkan tapak khas HOKA yang lebih ringan serta responsif.

Selain itu, ia menjadi antara kasut sukan HOKA yang paling dipercayai telah berkembang dari segi teknologi mengikut keperluan para pelari.

Kini, Clifton PRO menandakan bab baharu dalam koleksi tersebut direka semula dengan sistem PROGILDE+ bersama geometri MetaRocker yang dipertingkatkan.

Teknologi baharu itu dapat meningkatkan larian anda menjadi lebih lancar, efisien serta memberikan tapak lebih responsif.

Program Run It Again Bantu Pelari Untuk Memecah Paras Dua Jam Di Acara Maraton

10 Pelari Tempatan dalam program Run It Again. (Foto: Hoka Malaysia)

Seiring dengan pelancaran itu, HOKA Malaysia turut memperkenalkan program komuniti baharu, iaitu Run It Again.

Tujuan program ini adalah untuk memberi inspirasi kepada pelari harian untuk berlatih dengan tujuan, mengamalkan usaha yang konsisten untuk mencapai potensi mereka.

Selain itu, seramai 10 pelari yang digelar Run It Again Squad akan melalui latihan selama tiga bulan bersama-sama demi mencapai sasaran utama iaitu memecahkan paras dua jam di Separuh Maraton Kuala Lumpur pada Oktober tahun ini.

Dalam masa sama, program itu ingin menjadikan sukan larian lebih mudah diakses oleh majoriti rakyat Malaysia.

HOKA Berhasrat Memperkasa Komuniti Pelari Malaysia

Ketua Pemasaran Jenama Negara HOKA Malaysia, Azri Haidhar. (Foto: Hoka Malaysia)

Menurut Ketua Pemasaran Jenama Negara HOKA Malaysia, Azri Haidhar, setiap pelari mempunyai kejayaan yang menanti mereka di penghujung jalan.

“Sebab itu, kami teruja memperkenalkan Clifton PRO di Malaysia, bukan sekadar sebagai kasut sukan terbaharu kami, malah sebagai simbol komitmen kami untuk memperkasa lebih ramai rakyat Malaysia mengenali keupayaan diri mereka.”

“Menerusi program Run It Again, kami menyediakan peluang kepada pelari harian untuk berlatih dengan tujuan, mengejar rekod peribadi serta berkembang bersama HOKA dalam usaha memperkasa komuniti pelari negara.” katanya.

Sanjay Manimaran Bakal Berlatih Bersama Skuad Run It Again

Menghidupkan program itu ialah atlet HOKA, Sanjay Manimaran yang gigih memburu rekod kebangsaan separuh maraton Malaysia.

Semangatnya itu dapat dilihat melalui falsafah ‘Fly Human Fly’ yang dipegang HOKA.

Sebagai info, Sanjay baru sahaja beraksi di Separuh Maraton Gold Coast 2026 dengan catatan masa 1:07:22 dan hanya tersasar 29 saat daripada memecahkan rekod kebangsaan Malaysia.

Kini, beliau sedang menyasarkan percubaan kedua untuk mengukir sejarah dan Sanjaya akan berlatih bersama Run It Again Squad untuk mencapai rekod peribadi baharu.

Hoka Membuka Semula Kedainya Di Suria KLCC, Ogos Ini

Tambahan pula, HOKA turut mengukuhkan komitmen jangka panjangnya terhadap komuniti pelari tempatan menerusi pembukaan semula kedainya di Suria KLCC pada Ogos ini diikuti dengan pembukaan kedai baharu di Pavilion Kuala Lumpur.

Namun, kedua-dua kedai itu bukan sekadar destinasi membeli-belah.

Sebaliknya, ia dirancang sebagai hab komuniti pelari tempatan dapat merasai inovasi terbaharu HOKA, menyertai pengalaman acara maraton serta mengenali falsafah ‘Fly Human Fly’ secara langsung.

Clifton PRO Kini Boleh Didapati Di HOKA Malaysia

Dapatkan Clifton Pro sekarang. (Foto: Hoka Malaysia)

Buat masa ini, Clifton PRO sudah boleh didapati di kedai HOKA Malaysia, serta laman web rasmi HOKA Malaysia.

Tambahan pula, maklumat lanjut mengenai program Run It Again serta sesi Clifton Training Hub yang akan datang boleh diperoleh menerusi laman web dan media sosial rasmi HOKA Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Nak Berjinak Dalam Larian? Ini Tips Berguna Untuk Anda | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Marathon Larian 10K Di Itali Ini Tawar Tiramisu Tanpa Had Kepada Peserta Yang Berjaya Menamatkannya | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd