“The Right Side of History” – Prada Lantik Artis Palestin, Saint Levant Sebagai Duta Baharu
Saint Levant dilihat memakai rantai berbentuk peta ‘tradisional’ Palestin sebelum berlakunya peristiwa Nakba ketika menghadiri Prada Spring/Summer 2027 Menswear Fashion Show.
- Prada telah melantik Saint Levant, penyanyi Palestin berusia 25 tahun, sebagai duta baharu mereka pada 25 Jun lalu.
- Golongan pro-Israel menggesa boikot Prada kerana Levant memakai rantai berbentuk peta tradisional Palestin yang tidak menunjukkan Israel.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Prada merupakan jenama fesyen mewah Itali amat berprestij yang diasaskan oleh Mario Prada pada 1913 di Milan.
Dengan logo segi tiga terbaliknya yang ikonik, jenama itu sehingga menempa nama dalam industri perfileman menerusi filem ‘The Devil Wears Prada’.
Baru-baru ini, Prada sekali lagi meletuskan dunia fesyen apabila menampilkan duta terbaharunya, yang pertama dari Palestin.
Baca Artikel Berkaitan: Prada Perkenal Sut Untuk Misi Angkasawan Ke Bulan 2026
Artis Palestin Dipilih Jadi Duta Baharu Prada
Pada 25 Jun lalu, Prada telah memperkenalkan duta baharunya, Saint Levant, yang merupakan seorang penyanyi dari Palestin.
Difahamkan Levant membuat kemunculan pertamanya di Spring/Summer 2027 Menswear Fashion Show bertempat di Fondazione Prada, Milan.
Artis berusia 25 tahun itu juga merupakan seorang aktivis yang membesar di Gaza dan Jordan sebelum menjadi satu suara penting mewakili tanah Arab di pentas antarabangsa.
Memetik ynetglobal, artis dengan nama sebenar Marwan Abdelhamid itu dilahirkan di Jerusalem dan merupakan anak kepada ibu berketurunan Perancis-Algeria dan bapa Palestin-Serbia.
Hantaran oleh Prada yang mengumumkan Levant sebagai dutanya telah meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 147 ribu tanda suka.
Malah ada yang menyifatkan Levant, yang digelar sebagai ‘Palestinian Prince’, sebagai pilihan terbaik buat Prada.



Golongan Pro-Israel Mahu Boikot Prada Kerana Rantai Dipakai Oleh Levant
Namun di sebaliknya, terdapat juga golongan tertentu yang tidak bersetuju dengan lantikannya dan menggesa orang ramai agar memboikot Prada.
Gesaan boikot itu timbul apabila Levant dilihat memakai rantai berbentuk peta ‘tradisional’ Palestin iaitu sebelum berlakunya peristiwa Nakba pada 1948. Ini bermakna peta tersebut tidak menunjukkan kewujudan Israel.
Ramai yang dipercayai pro-Israel menyifatkan penggunaan rantai itu sebagai usaha ‘anti-Israel’ dan satu bentuk penghapusan terhadap kewujudan wilayah Israel.
Mereka turut menyebut Prada sebagai sebuah jenama yang menyokong gerakan ‘pengganas’.
I’m all for representation of Palestinians, but Prada posting a video to their 33M+ followers of their new “Palestinian ambassador” Saint Levant wearing a necklace shaped like the entire land with Israel erased, that’s a message.
— Hen Mazzig (@HenMazzig) June 26, 2026
If an Israeli, or any Jew, wore a pendant that… pic.twitter.com/mQBqgOk32P


Rantai Peta Tradisional Palestin Bukan Sesuatu Yang Baharu Buat Levant
ynetglobal bagaimanapun berkata rantai itu telah dipakai oleh Levant sejak beberapa tahun lepas termasuk ketika melakukan persembahan.
“Posisinya (tentang isu Palestin) sudah diketahui umum. Dia menggunakan semua platformnya untuk menggesa gencatan senjata, bantuan kemanusian untuk Gaza dan menghentikan pendudukan.
“Dalam satu temubual bersama Harper’s Bazaar, dia berkata semua yang dilakukan olehnya didedikasikan kepada perjuangan Palestin,” katanya
Levant Pernah Terlibat Dalam Kempen Jenama Fesyen Lain, Hasilkan Produk Dengan Huda Beauty
Ini bukanlah kali pertama Levant terlibat dalam kempen dengan jenama fesyen. Sebelum ini, dia pernah melakukan kemunculan dalam kempen Dior dan Saint Laurent.
Malah pada Julai 2025, Levant juga pernah bekerjasama dengan jenama kecantikan Huda Beauty bagi menghasilkan Faux Filler Jelly Lip Oil edisi terhad, KALAMANTINA.
Nama itu diambil sempena buah oren clementine di Palestin yang juga menjadi nama bagi salah satu lagu yang dihasilkan Levant.
Levant berkata ia merupakan penghormatan kepada budaya dan ketahanan Palestin.
Hasil jualan pula digunakan bagi menyokong industri agrikultur di tanah suci itu serta bantuan di Gaza menerusi Doctors Without Borders.
Baca Artikel Berkaitan: Negara-Negara Barat Utama Mulai Iktiraf Palestin, Perancis Yang Terbaharu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Jelaskan Makna 3 Corak Pada Keffiyeh Palestin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.