Now Reading
Ini 5 Gaya Kasut Wajib Anda Pakai Jika Anda Seorang ‘Fun-Sized’

Ini 5 Gaya Kasut Wajib Anda Pakai Jika Anda Seorang ‘Fun-Sized’

Ketinggian sangat penting untuk lelaki dan lima gaya kasut ini akan bantu anda tingkatkan ketinggian secara semula jadi.

In Brief
  • Pilih kasut bertapak tebal atau but koboi untuk menambah ketinggian secara semula jadi tanpa kelihatan terlalu memaksa.
  • Warna asas seperti hitam atau putih memudahkan anda menggayakan kasut pilihan dengan pelbagai pakaian harian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Soal ketinggian sering menjadi isu untuk ramai lelaki dalam bab penampilan.

Berbeza dengan wanita, mereka mempunyai pelbagai pilihan kasut untuk menambah ketinggian, contohnya seperti kasut tumit tinggi.

Untuk lelaki pula bagaimana?

Jawapannya terletak pada pemilihan kasut yang betul kerana terdapat beberapa gaya boleh menambah ketinggian atau sekurang-kurangnya memberi ilusi anda kelihatan tinggi, secara semula jadi.

Baca Artikel Berkaitan: 5 Kasut Yang Setiap Lelaki Wajib Ada Dalam Almari | TRP

Ini 5 Gaya Kasut Yang Wajib Anda Pakai

Donald Glover. (Foto: Pinterest)

Berikut adalah lima gaya kasut paling sesuai untuk lelaki fun-sized dengan panduan ringkas cara menggayakannya.

#1. Kasut Sukan Tapak Tebal
Selesa dan cantik. (Foto: Fun Repeat)

Hari ini jika anda memakai kasut sukan ke pejabat, tiada siapa akan tegur. Sebaliknya ramai akan puji betapa cantiknya model pilihan anda.

Kasut sukan sebenarnya bukan untuk bersukan sahaja, ia sudah menjadi pakaian harian kerana boleh memberi keselesaan sepanjang hari bekerja.

Oleh itu, pilih versi tapak tebal untuk memberi sedikit ketinggian secara santai dan tidak terlalu menonjol.

Kemudian, pilih warna asas seperti putih atau hitam supaya anda mudah untuk menggayakannya dengan pakaian harian.

#2. Kasut But Koboi / Cuban
Gaya but ini kemas dan sangat bergaya. (Foto: Pinterest)

Inilah pilihan terbaik dalam senarai ini kerana but ini mempunyai tumit yang akan menambah ketinggian anda secara semula jadi tanpa kelihatan terlalu memaksa.

Pilih but yang warna tapaknya hampir sama dengan bahagian atasnya supaya kelihatan lebih kemas dan kekal dengan pilihan warna gelap seperti coklat atau hitam.

Ini supaya mata wanita tidak tertumpu pada kaki, sebaliknya penampilan wajah anda.

#3. Sneaker Tapak Rendah
Sneaker putih yang sesuai. (Foto: RunRepeat)

Pilihan ini mungkin kedengaran pelik kerana bagaimana kasut tapak rendah boleh membantu seseorang kelihatan lebih tinggi?

Rahsianya ia akan memberi ilusi kaki anda kelihatan lebih panjang membuatkan siluet badan lebih menarik.

Sama seperti kasut sukan, pilih warna asas seperti putih atau hitam untuk mudah dipakai setiap hari tanpa rasa jemu.

#4. Kasut But Kerja
Gaya but kerja. (Foto: Pinterest)

Kasut but kerja dihasilkan untuk melindungi kaki daripada kemalangan ketika berada di kawasan berbahaya.

Tetapi ramai orang sering menjadikannya kasut harian kerana gaya, keselesaannya serta sifat lasaknya yang tidak terlalu manja untuk menjaganya.

Selain itu, kebanyakan but kerja mempunyai tapak tebal memberi ilusi ketinggian sambil melengkapkan gaya urban lasak anda.

But kerja sesuai dipakai secara santai dan bukannya formal. Tambahan pula, elakkan memadankannya dengan seluar longgar kerana boleh membuatkan anda kelihatan lebih kecil.

#5. Kasut Formal Tapak Tebal
Loafers lug sole. (Foto: Thursday Boot Company)

Kasut formal sangat diperlukan dalam kehidupan lelaki kerana boleh dipakai dalam pelbagai situasi formal seperti temuduga kerja, majlis perkahwinan, bekerja di ofis dan lain-lain lagi.

Tetapi anda perlu pilih kasut formal bertapak tebal atau dikenali sebagai lug sole untuk menambah ketinggian secara semula jadi.

Terdapat banyak pilihan menarik seperti loafer, derby, oxfords yang memudahkan anda menggayakannya secara santai atau formal.

Rahsia ketinggian terletak pada pemilihan kasut dengan betul. Ingat, salah pilih kasut akan membuatkan penampilan anda kurang menarik.

Baca Artikel Berkaitan: T-Shirt Selalu Buat Anda Nampak Selekeh? Ini Mungkin Sebabnya | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Messenger Beg Semakin Popular Dalam Kalangan Lelaki Bergaya? | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd