10 Kad Pokémon Paling ‘Rare’ Menjadi Buruan Pengumpul Kad – Ada Yang Berharga Siap Boleh Beli Rumah!
Faktor seperti gred PSA, keadaan fizikal kad, asal-usul menentukan nilai kad Pokémon sama ada mahal atau murah.
- Kad Pokémon paling rare seperti Pikachu Illustrator boleh mencecah harga sehingga RM20.9 juta, cukup untuk beli rumah!
- Faktor penentu nilai kad termasuk jumlah edaran terhad, gred PSA, keadaan fizikal dan sejarah edaran kad tersebut.
- Banyak kad rare tidak pernah dijual kepada orang awam, sebaliknya diberikan kepada pemenang pertandingan atau acara eksklusif sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun dilihat sebagai sesuatu yang trendy hari ini, mengumpul kad permainan Pokémon bukan sesuatu yang baru kerana sudah bermulanya siri animasi popular ini.
Dalam dunia pengumpul kad Pokémon, hampir setiap kad mempunyai nilai-nilai yang menentukan harga sama ada ia mahal atau murah dan bukan hanya pada watak tertera di atas, sebaliknya dipengaruhi oleh jumlah cetakan, sejarah edaran serta keadaan fizikal kad tersebut.
Tambahan pula terdapat beberapa kad yang tidak pernah dijual di kedai, hanya diberikan kepada pemenang pertandingan atau dihasilkan dalam jumlah sangat terhad sehingga menjadi burun sehingga ke hari ini.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Singapura Trade 8 Kad ‘Rare’ Siri One Piece Dengan Jam Patek Philippe Bernilai Hampir RM500K
Apa Faktor Yang Membuatkan Kad Pokémon Jadi Mahal?

Secara umum, kad Pokémon dianggap mahal apabila jumlah edarannya sangat terhad, sukar dijumpa dalam keadaan baik atau mempunyai kaitan dengan acara penting dalam sejarah Pokémon.
Selain itu, terdapat faktor seperti gred ‘Professional Sports Authenticator‘ (PSA), keadaan kad, asal-usul edaran dan bukti pemilikan turut memainkan peranan besar dalam menentukan nilainya.
Ini 10 Kad Pokémon Paling Rare Yang Jadi Buruan Pengumpul
#1. Pikachu Illustrator (1998)

Pikachu Illustrator sering dianggap sebagai antara kad Pokémon paling ikonik dalam dunia mengumpul kad.
Kad ini diberikan kepada pemenang pertandingan ilustrasi CoroCoro Comic di Jepun pada 1997 hingga 1998, dengan hanya 39 salinan pernah diedarkan.
Menariknya tentang kad ini, ia tidak pernah dijual kepada orang awam dan menampilkan watak Pikachu memegang berus lukisan menjadikannya simbol kepada komuniti kreatif awal Pokémon.
Salah satu salinan bergred PSA 10 pernah dilaporkan terjual pada harga AS$5.275 juta (RM20.9 juta) menjadikannya antara kad Pokémon paling mahal pernah direkodkan.
#2. Blastoise WOTC Presentation Galaxy Holo (1998)

Kad ini merupakan antara paling penting dalam sejarah awal dalam siri kad Pokémon.
Kad ini bukan dihasilkan untuk jualan umum, sebaliknya digunakan sebagai sampel persembahan oleh Wizards of the Coast ketika Pokémon sedang memasuki pasaran luar.
Jumlah salinannya dipercayai sangat sedikit, dengan hanya beberapa keping diketahui wujud. Pada tahun 2021, kad gred PSA 10 telah dijual pada harga AS$360,000 (RM1.4 juta) mencetus perbualan di kalangan komuniti pengumpul kad.
#3. No. 1 Trainer Trophy Cards (1997 – 2001)

Berbeza dengan yang boleh dibeli, kad ini hanya diberikan kepada pemain terbaik dalam kejohanan rasmi Pokémon TCG di Jepun.
Kad ini berbeza kerana ia adalah tanda pencapaian seseorang pemain dalam sebuah pertandingan dan sesetengah versi turut mempunyai maklumat peribadi pemenang menjadikannya hampir mustahil untuk dapat versi sama.
Bergantung pada tahun, keadaan dan versi kad tersebut, gred PSA 10 telah dijual pada harga antara AS$90,000 (RM357,000) dan AS$200,000 (RM793,500) dengan permintaan semakin meningkat.
#4. Tamamushi University Magikarp (1998)

Kad ini diberikan kepada pemenang kempen kuiz pendidikan di Jepun yang dianjurkan melalui majalah. Peserta perlu menjawab ujian berkaitan Pokémon sebelum berpeluang menerima kad khas ini.
Keunikan cara edaran tersebut menjadikannya kad ini sangat bernilai berbanding kad lain dan pada tahun 2021, kad ini telah dijual pada harga AS$66,000 (RM261,861).
#5. Ishihara GX Promo (2017)

Kad moden ini tidak diedarkan kepada orang awam kerana ia dihasilkan sempena sambutan ulang tahun Pokémon dan diberikan dalam acara tertutup yang melibatkan individu tertentu dalam syarikat tersebut.
Menampilkan Tsunekazu Ishihara, presiden The Pokémon Company di muka hadapan dan disebabkan jumlahnya sangat terhad, ia menjadi antara kad moden yang paling diburu oleh pengumpul.
Kad ini pernah dijual pada tahun 2020 pada harga AS$50,000 (RM79,352)
#6. Super Secret Battle No.1 Trainer Promo (1999)

Ramai mengatakan kad ini mempunyai aura misteri kerana ia dikaitkan dengan kejohanan eksklusif di Jepun pada tahun 1999.
Kad ini hanya diberikan kepada pemenang tertentu yang layak ke pusingan akhir pertandingan tersebut dan jumlah diketahui wujud sangat kecil menjadikannya antara kad paling sukar ditemui.
Anggaran kasar harga kad ini sekitar AS$90,000 (RM357,080).
#7. Snap Pokémon Cards (1999)

Menariknya tentang kad ini ialah menggabungkan dunia kad Pokémon dengan permainan video.
Kad ini dihasilkan melalui pertandingan berdasarkan permainan Pokémon Snap di Nintendo 64 di mana gambar dalam permainan yang dihantar oleh pemain dipilih untuk dicetak sebagai kad sebenar.
Disebabkan jumlah cetakannya kecil dan setiap kad mempunyai imej berbeza membuatkannya lebih unik dalam kalangan koleksi pengumpul. Harga anggaran kasar untuk kad ini bermula AS$100 (RM396) ke AS$500 (RM1982).
#8. Test Print Blastoise Gold Border (1998)

Kad ini merupakan antara kad prototaip paling pelik dalam sejarah Pokémon kerana dipercayai digunakan semasa fasa pencetakan awal Pokémon TCG oleh Wizards of the Coast.
Menariknya tentang kad ini ialah reka bentuk belakangnya memaparkan siri kad Magic: The Gathering.
Gabungan elemen Pokémon dengan sejarah pencetakan kad ini membuatkan nilainya tinggi dengan anggaran kasar AS$200,000 (RMRM793,060).
#9. Pre-Release Raichu (1999)

Kad ini sering disebut sebagai antara kad paling misteri dalam dunia pengumpulan Pokémon kerana terhasil daripada kesilapan cetakan dalaman walaupun ia tidak pernah menjadi produk rasmi untuk edaran umum.
Disebabkan jumlahnya dipercayai sangat sedikit, kad ini sering menjadi perbualan di kalangan pengumpul kad Pokémon dan harga anggaran kasar AS$1,000 (RM3,965).
#10. First Edition Shadowless Charizard (1999)

Kad paling popular sehingga orang yang bukan pengumpul pun mengenalinya tau kerana ia merupakan set terawal Pokémon TCG dan mempunyai dua ciri penting iaitu cop First Edition serta ketiadaan bayang pada bingkai ilustrasi.
Harga anggaran kasar sekitar AS$200,000 (RM793,020).
Baca Artikel Berkaitan: Koleksi Pokémon Cecah RM4.44 Juta — Siap Boleh Tukar Dengan Mercedes-AMG GTS & Tambah Tunai RM3.8 Juta!
Baca Artikel Berkaitan: Pengumpul Kad Pokémon Sanggup ‘Berkampung’ Semalaman Demi Dapatkan Set “Ascended Heroes”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



