T-Shirt Selalu Buat Anda Nampak Selekeh? Ini Mungkin Sebabnya
Kadangkala bukan salah t-shirt itu sendiri, tetapi saiz, potongan dan warna yang membuatkan gaya anda nampak kurang kemas.
- Saiz t-shirt adalah paling penting. Pastikan potongan kemas pada bahu, tidak ketat di dada dan panjang menutupi pinggang.
- Bentuk kolar mempengaruhi penampilan. Kolar bulat sesuai untuk semua bentuk badan, manakala kolar V membuatkan leher kelihatan lebih panjang.
- Pilih kain fabrik yang sesuai. Kapas lembut dan selesa, tetapi elakkan kain terlalu nipis kerana membuatkan penampilan kurang kemas.
- Warna asas seperti putih, hitam, kelabu dan biru gelap lebih mudah digayakan dan tidak mudah membosankan untuk pakaian harian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
T-shirt merupakan pakaian paling asas dalam almari lelaki kerana mudah dipakai, selesa dan boleh digayakan dalam pelbagai situasi harian.
Disebabkan itu ramai lelaki mungkin melihat t-shirt sebagai pakaian yang tidak memerlukan banyak pertimbangan ketika membelinya.
Hakikatnya, t-shirt boleh memberi kesan besar kepada penampilan seseorang kerana jika dipilih dengan betul boleh membuatkan gaya anda kelihatan lebih kemas serta terurus.
Jika tersalah pilih saiz, kain atau padanan kurang sesuai boleh membuatkan seseorang nampak kurang bergaya dari segi penampilannya.
Sesuai Dipakai Di Mana-Mana Sahaja Tetapi Bukan Untuk Semua Situasi

Tidak dinafikan t-shirt sangat sesuai untuk dipakai ketika melakukan pelbagai aktiviti seperti keluar bersama kawan, berjalan pada hujung minggu, membeli barang keperluan dan lain-lain.
Tetapi bukan pilihan terbaik untuk majlis rasmi, temuduga, mesyuarat yang memerlukan penampilan lebih formal.
Ini 5 Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Untuk Memilih T-shirt Yang Bergaya Dan Sesuai Dengan Bentuk Badan
Walaupun anda sudah biasa membeli t-shirt, mungkin ada beberapa perkara anda terlepas pandangan seperti:
#1. Saiz Merupakan Perkara Paling Penting, Jangan Tersalah Beli Saiz

T-shirt yang terlalu besar dan labuh boleh membuatkan badan kita kurang menarik dari segi penampilan dan dalam masa sama, t-shirt yang terlalu ketat pula boleh dilihat sebagai kurang selesa.
Untuk mencari padanan saiz sempurna pastikan bila anda memakai t-shirt, potongannya perlu terletak kemas pada bahu, tidak melekat di dada dan memberi ruang untuk bergerak.
Manakala, panjang t-shirt perlu menutupi bahagian pinggang dan separuh pinggul, tidak terlalu panjang atau pendek.
#2. Bentuk Kolar Boleh Memberi Kesan Kepada Wajah & Badan
Antara potongan kolar yang paling biasa kita jumpa adalah kolar bulat dan kolar berbentuk V.
Kolar leher bulat merupakan pilihan paling klasik kerana sangat mudah dipakai, ringkas serta sesuai untuk kebanyakan bentuk badan.
Kolar V pula membuatkan leher kelihatan lebih panjang dan mungkin sedikit kekok untuk digayakan berbanding kolar leher bulat.
#3. Kain Fabrik Menentukan Sama Ada T-shirt Selesa Atau Kurang Selesa Untuk Dipakai

Kain fabrik bukan sahaja penentu keselesaan t-shirt anda kerana ia juga boleh mempengaruhi bagaimana terletaknya di badan kita memberi sama ada penampilan bergaya atau tidak.
T-shirt diperbuat daripada kain kapas sering menjadi pilihan ramai kerana sifatnya lembut, selesa dan sesuai untuk cuaca panas.
Selain itu, t-shirt yang terlalu nipis boleh membuatkan penampilan kelihatan kurang kemas kerana baju lebih mudah melekat pada badan kita.
Seeloknya, anda perlu pilih t-shirt dengan ketebalan sederhana untuk beri penampilan kemas dan sesuai untuk dipakai di luar.
#4. Pilih Warna Asas Dan Mudah Digayakan

Warna memainkan peranan besar dalam menentukan personaliti anda sama ada matang atau santai.
Untuk gaya harian, warna asas seperti putih, hitam, kelabu dan biru gelap lebih sesuai.
Warna klasik seperti putih memberi imej bersih dan sesuai dipadankan dengan seluar jeans gelap manakala warna kelabu, biru gelap juga pilihan baik untuk kelihatan lebih kemas.
Elakkan memilih warna terlalu terang atau mengikut trend supaya anda tidak mudah bosan.
#5. T-shirt Bergambar Boleh Dipakai Atau Pun Tidak?
T-shirt bergambar (grafik) sering menjadi cara paling mudah untuk menunjukkan minat atau personaliti kita kepada seseorang.
Namun, semakin besar dan menonjol gambar tersebut, semakin kasual penampilan anda akan kelihatan.
Disebabkan itu, t-shirt ini lebih sesuai untuk aktiviti santai seperti melepak, bersiar-siar, bersenam dan sebagainya.
Untuk penampilan lebih kemas, pilih grafik ringkas dan tidak terlalu menonjol di bahagian depan baju.
Cara Menggayakan T-Shirt Dengan Mudah

T-shirt berwarna putih atau kelabu biasanya mudah dipadankan dengan jeans gelap, seluar khaki atau seluar gelap.
Selain itu, anda boleh padankan dengan jaket denim, kardigan, jaket kasual untuk memberi struktur serta membuatkan gaya anda tidak kelihatan terlalu bosan.
T-Shirt Yang Sesuai Dapat Membantu Gaya Nampak Lebih Kemas
T-shirt mungkin pakaian paling ringkas dalam gaya lelaki, tetapi itu tidak bermakna ia boleh dipilih secara sembarangan.
Aspek seperti saiz, potongan, material, warna dan kesesuaian situasi memainkan peranan penting untuk membentuk penampilan anda.
Kadangkala, bukan soal harga mahal atau murah untuk menjadikan anda bergaya atau tidak. Sebaliknya, cara ia digayakan dan bagaimana ia terletak pada badan anda.
Tahukah Anda T-shirt Asalnya Bermula Sebagai Pakaian Dalam?
Walaupun hari ini t-shirt dianggap sebagai pakaian kasual, asal-usulnya sangat berbeza!
Pada awalnya, baju ini digunakan sebagai pakaian dalam kerana ia ringan, mudah dicuci dan membantu menyerap peluh dengan mudah membuatkan ia popular dikalangan golongan pekerja, polis, tentera dan sebagainya.
T-shirt mula diterima sebagai pakaian luar apabila ia digayakan dengan ikon fesyen seperti Steve McQueen melahirkan imej lelaki bergaya yang santai.
Pada hari ini, t-shirt menjadi pakaian paling kerap dipakai dalam kehidupan seharian.
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] 10 Gaya Paling ‘On-Theme’ Di Met Gala 2026
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Gaya Hidup Lebih Fresh Yang Boleh Anda Praktik Pada Tahun 2026
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



