Now Reading
Omega Seamaster 007 First Light: Jam James Bond Pertama Dari Permainan Video

Omega Seamaster 007 First Light: Jam James Bond Pertama Dari Permainan Video

Dilancarkan semalam, 007 First Light adalah permainan video bersiri James Bond pertama sejak 1997.

In Brief
  • Omega memperkenalkan Seamaster Diver 300 Chronograph "007 First Light" melalui permainan video yang dibangunkan oleh IO Interactive.
  • Ini merupakan Seamaster Diver 300M chronograph pertama yang dikaitkan secara rasmi dengan James Bond, dijual pada harga AS$9,400.
  • Permainan video 007 First Light menceritakan kisah asal usul Bond berusia 26 tahun sebelum menjadi ejen Double-O di MI6.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Filem bersiri James Bond sangat sinonim dengan koleksi jam tangan mewah yang sukar dipisahkan.

Dalam dunia 007, jam tangan bukan sekadar aksesori di pergelangan tangan, tetapi sering menjadi sebahagian daripada identiti watak menerusi gaya, teknologi dan fungsi gajet yang digunakan dalam misinya.

Baru-baru ini, pereka jam mewah, Omega memperkenalkan model Seamaster Diver 300 Chronograph “007 First Light”, menerusi sebuah permainan video yang baru sahaja dilancarkan semalam (27 Mei).

Seamaster Diver 300 Chronograph “007 First Light” di tangan. (Foto: Teddy Baldassarre)

Baca Artikel Berkaitan: Ini 11 Pilihan Jam Tangan Untuk Kaum Lelaki Kekal ‘Versatile’. Harga Pun Mampu Milik!

Jam Tangan James Bond Pertama Yang Bermula Dari Permainan Video

Untuk pengetahuan umum, model Seamaster ini direka sebagai gajet dalam permainan video 007 First Light sebelum Omega menjadikannya sebagai model sebenar untuk dijual dalam pasaran.

Permainan video tersebut dibangunkan oleh IO Interactive, studio terkenal menerusi francais bersiri Hitman.

Tidak seperti jam tangan Bond sebelum ini yang lazimnya dikaitkan dengan filem atau pelakon tertentu, model kali ini dihasilkan untuk dunia maya memberi pendekatan baharu kepada kerjasama antara Omega dan siri James Bond.

Omega & James Bond Sudah Bersama Sejak Era Goldeneye
Omega era Pierce Brosnan. (Foto: Teddy Baldassarre)

Hubungan antara Omega dan James Bond bukan sesuatu yang baru kerana Seamaster mula menjadi sebahagian daripada imej James Bond sejak era Goldeneye apabila model Seamaster Professional 300M dipakai oleh Pierce Brosnan sebagai ejen 007.

Pada waktu itu, jam tersebut dipilih kerana kelihatan moden, mempunyai elemen naval dan tidak terlalu menonjol sebagai jam tangan mewah.

Sejak itu, Seamaster terus berkembang bersama watak James Bond menerusi beberapa era berbeza, termasuk ketika Daniel Craig memegang imej ikonik ini lebih kasar dan taktikal.

Apa Yang Berubah Pada Seamaster 007 First Light
Bahagian belakang & depan jam. (Foto: Omega / Teddy Baldassarre)

Dari segi reka bentuk, Seamaster 007 First Light masih mengekalkan elemen utama model ini tetapi diberikan beberapa elemen tertentu untuk membezakannya.

Model ini hadir dengan sarung diperbuat daripada keluli tahan karat bersaiz 44mm, bezel (gelung keliling muka jam) seramik berwarna hitam, dial hitam bercorak serta fungsi chronograph berwarna gangsa-emas.

Ia turut dipadankan dengan tali gaya Nato berwarna hitam, kelabu dan kuning air (beige) memberi penghargaan kepada gaya Seamaster No Time To Die.

Selain itu, model ini merupakan Seamaster Diver 300M chronograph pertama yang dikaitkan secara rasmi dengan James Bond.

Dalam permainan video 007 First Light, fungsi pada jam ini akan membantu para pemain untuk menyelesaikan pelbagai tugasan dan misi serta mengembalikan semula fantasi gajet James Bond yang sebelum ini kurang ditunjukkan dalam era Daniel Craig.

James Bond Muncul Semula Sebagai Ikon Permainan Video
James Bond dalam permainan video memegang jam tangannya. (Foto: ExpectingMrBond)

Kehadiran 007 First Light memberi ruang baharu kepada jenama James Bond untuk terus bergerak tanpa bergantung sepenuhnya kepada filem.

Bagi Omega pula, model ini menunjukkan bagaimana kerjasama bersama James Bond boleh diteruskan dalam bentuk lebih segar, khususnya melalui dunia permainan video yang mempunyai pengaruh besar dalam budaya popular.

Seamaster 007 First Light dijual pada harga sekitar AS$9,400 (RM37,394 ribu) dan telah dilancarkan pada semalam (27 Mei).

Perjalanan James Bond Sebelum Menjadi Agen 007
Penampilan James Bond lebih muda berbanding dalam siri filem. (Foto: Polygon)

Bagi peminat James Bond, permainan video ini pasti dinanti-nantikan sejak tahun 2020 lagi manakala bagi mereka yang kurang mengikut francais ini pasti akan tertanya kenapa tiada pelakon Daniel Craig, kan.

007 First Light membawa cerita asal usul James Bond sebelum menjadi ejen Double-O seperti dalam filem.

Dalam permainan video ini, Bond digambarkan sebagai lelaki berusia 26 tahun dan bekas anak kapal udara Royal Navy yang sedang membina laluan untuk menyertai program Double-O di MI6.

Menariknya, versi Bond dalam permainan video ini tidak menggunakan wajah mana-mana pelakon filem sebelum ini menjadikan watak tersebut cinta pandang pertama bagi mereka yang belum kenal James Bond.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Asalnya Nak Tengok Je! Wanita Beli Seutas Jam Tangan Lepas Terpikat Dengan Layanan Baik Jurujual

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Tinggi Perintah KDN Pulangkan Jam Tangan Swatch ‘Pride Collection’ Yang Dirampas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd