Kerajaan Perkenal Portal BeliTiketSelamat, Bantu Orang Ramai Elak Scam Tiket Konsert
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata portal ini bagaimanapun tidak menggantikan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Kerajaan melancarkan Kempen Beli Tiket Selamat (BTS) bagi menangani masalah ulat tiket dan penipuan konsert.
- Portal belitiketselamat.my dilancarkan untuk membantu pengguna menyemak kesahihan tiket sebelum membuat sebarang transaksi.
- Meja bantuan disediakan di lokasi acara supaya mangsa penipuan boleh membuat laporan NSRC dalam tempoh 15 minit.
- Pengguna boleh melaporkan listing dalam talian yang disyaki penipuan melalui butang 'Lapor Penipuan' di portal BTS.
- Pengguna diingatkan supaya berwaspada terhadap tanda redflag seperti tiada dasar bayaran balik dan tekanan untuk membayar segera.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali konsert artis terkenal bakal diadakan di Malaysia, pasti timbul kerisauan terhadap golongan scalper dan scammer yang sering mengambil kesempatan.
Kalau ada yang tidak bernasib baik, bukan sahaja terpaksa membayar jumlah yang tinggi untuk mendapatkan tiket, tetapi bayang tiket pun tak nampak.
Cakna dengan masalah ini, kerajaan telah melancarkan Kempen Beli Tiket Selamat (BTS) bagi menangani masalah ulat tiket dan penipuan iklan konsert, semalam (25 Mei).
Baca Artikel Berkaitan: Jurutera Lingkungan 50an Dari Sarawak Rugi RM11,530 Lepas Ditipu Ketika Beli Tiket Konsert Taylor Swift Dari ‘Reseller’
Baca Artikel Berkaitan: ‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000
Baca Artikel Berkaitan: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB
Portal BeliTiketSelamat Bantu Pengguna Semak Kesahihan Tiket
Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kempen BTS ialah pelancaran portal belitiketselamat.my yang menjadi platform rujukan buat para pengguna.
Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, portal tersebut bertujuan untuk membantu peminat seni tanah air menyemak kesahihan tiket sebelum melakukan sebarang transaksi.
“Iklan tiket palsu tersebar dengan begitu pantas di media sosial dan aplikasi pemesejan, malah ada yang muncul hanya beberapa minit selepas sesuatu acara diumumkan, khususnya apabila tiket rasmi telah habis dijual,” katanya dipetik Awani.
Layari laman web BeliTiketSelamat [DI SINI].

BTS Turut Sediakan Meja Bantuan Bagi Laporan NSRC Di Lokasi Acara
Tambah Fahmi, inisiatif strategik selama 24 bulan itu akan memperkukuh usaha intervensi pihak berkuasa menerusi perkongsian data yang lebih tersusun antara industri dengan kerajaan, lapor Awani.
“BTS tidak menggantikan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
“Sebaliknya, portal ini memperkukuh usaha penguatkuasaan dengan menyediakan risikan yang boleh diambil tindakan untuk menyokong intervensi yang lebih pantas,” ujarnya.
Menerusi Kempen BTS, meja bantuan turut disediakan di lokasi acara agar mangsa penipuan dapat membuat laporan NSRC secara terus dalam tempoh 15 minit.
Kempen ini dijalankan bersempena dengan KL Headline Season 2026 yang dianjurkan oleh Live Nation dengan 25 artis dan dijangkakan bakal menarik 500,000 penonton ke Kuala Lumpur.
Pengguna Boleh Laporkan Penipuan Di BeliTiketSelamat
Menjenguk ke laman web BeliTiketSelamat, portal itu telah dibangunkan oleh rakan kongsi tiket dalam industri.
Di BeliTiketSelamat, pengguna boleh melaporkan sebarang listing dalam talian yang disyaki merupakan penipuan dengan klik kepada butang ‘Lapor Penipuan’ sebelum dibawa ke akaun e-mel sendiri.
Selain itu, portal tersebut turut menyenaraikan beberapa taktik penipuan yang biasa dilakukan berkenaan penjualan tiket.
#1. Beli Sekali, Jual Banyak Kali
Tiket yang dibeli mungkin benar-benar tulen, tetapi saat mahu masuk ke pagar konsert, pengguna akan dihalang kerana ia telah pun digunakan.
Ini kerana penipu telah membeli satu tiket tulen sebelum menjual semula tiket yang sama kepada ramai mangsa, yang menerima tangkapan skrin sah.
“Tangkapan skrin bukan bukti pemilikan. Tiket hanya sah jika didaftarkan atas nama anda di platform rasmi,” katanya.
#2. Perangkap Yuran Perkhidmatan
Selalunya ‘yuran perkhidmatan’ akan diminta dari pembeli dengan alasan penjual mengenali orang dalam yang bekerja di syarikat tiket rasmi, walhal tiket yang diterima adalah palsu.
Menurut BeliTiketSelamat, penganjur acara selalunya tidak akan melantik mana-mana ejen selain platform tiket rasmi.
#3. Laman Web Tiruan
Selain penjual individu, ada juga yang menggunakan laman web tiruan yang diiklankan secara rawak.
Mungkin nampak serupa dengan laman rasmi, tetapi jika diperhatikan pada URL, mungkin terdapat kelainan kecil seperti:
- Huruf ‘i’ ditukar dengan ‘I’
- Tambahan tanda sengkang (-)
- .com diganti dengan .co
Pengguna bukan sahaja boleh mengalami kerugian akibat tiket tidak sah, tetapi butiran kad yang digunakan untuk membuat pembayaran juga akan berjaya dicuri.
Untuk mengelak perkara ini, taip URL rasmi sendiri dan jangan klik pada laman web yang diiklankan terutamanya menerusi media sosial.
Perhatikan Tanda Redflag Pada Penjual Tiket
Di samping itu, pengguna turut diingatkan agar tidak meneruskan pembelian jika terdapat tanda-tanda redflag ini pada penjual tidak rasmi:
- Tiada dasar bayaran balik
- Tekanan untuk membayar segera
- Tangkapan skrin sebagai ganti pengesahan pesanan rasmi
- Mesej ‘saya tak dapat pergi’ daripada akaun tanpa sejarah
- Penjual enggan panggilan video atau pengesahan bersemuka
- Bayaran diminta dalam mata wang kripto atau kad hadiah
- URL yang nampak hampir betul tetapi tidak tepat
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Penjualan Semula Tiket Dibenarkan Di Sisi Undang-Undang Malaysia?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Kongsi Barang Terlarang Yang Dibawa Ke Konsert, Siap Ada Roti Buku & Limau Mandarin!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



