Now Reading
Lelaki Bangunkan Website befday.com, Senaraikan ‘Birthday Perks’ Sempena Hari Jadi

Lelaki Bangunkan Website befday.com, Senaraikan ‘Birthday Perks’ Sempena Hari Jadi

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Dzulhelmy Nazri, berkata dia mahu menjadikan befday.com sebagai platform agar orang ramai teruja menunggu hari jadi mereka sendiri.

In Brief
  • Dzulhelmy Nazri created befday.com to compile birthday freebies and vouchers, inspired by his own birthday on 22 May.
  • The website lists 182 birthday promotions from F&B outlets, hotels, spas, and theme parks like Legoland and Sunway Lagoon.
  • Users can log in with Google to bookmark favourite deals and mark promotions as redeemed after use.
  • Nazri plans to categorise deals by type and state, with a dedicated app also in the pipeline.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tiba hari jadi, mestilah nak belanja diri sendiri dengan pelbagai makanan dan minuman kegemaran kan?

Selalunya time birthday, banyak kedai yang buat promosi dapat makanan percuma macam ‘Buy 1 Free 1’. Paling-paling pun mesti ada diskaun istimewa untuk birthday girl atau boy.

Tapi kadangkala sebab terlalu banyak promosi hari jadi ni, ada yang sampai kita terlupa. Sayang betul tak claim padahal memang dah tertunggu-tunggu!

Lelaki Bangunkan Laman Web befday, Senaraikan Pelbagai Promosi Sempena Hari Jadi

Lepas ni anda tak perlu risau lagi, sebab ada laman web yang boleh bantu anda pilih promosi hari jadi yang diinginkan.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Dzulhelmy Nazri, mengambil inisiatif sendiri dengan membangunkan satu laman web untuk memudahkan orang ramai yang berada di Malaysia.

Dia berkata dia mewujudkan laman web yang berfungsi untuk mengumpulkan pelbagai promosi hari jadi sempena hari kelahirannya sendiri pada 22 Mei lalu.

“Simple je idea dia, aku nak kumpul semua benda birthday yang free dan ada voucher, yang boleh kita claim setiap tahun,” katanya.

Dia turut meminta orang ramai agar berkongsi di ruangan balas jika mengetahui tentang sebarang promosi bagi hari jadi.

Nazri juga mengalu-alukan mereka yang ingin meminta sebarang fungsi atau ciri-ciri agar diwujudkan pada laman web berkenaan.

“Aku nak jadikan befday.com ni tempat orang excited tunggu birthday dia sendiri,” katanya.  

View on Threads

182 Tawaran Promosi Sempena Hari Jadi Yang Disenaraikan di befday Setakat Ini

Melihat kepada laman web befday.com, terdapat pelbagai promosi yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  • Free: Tawaran percuma
  • Voucher: Tawaran baucar bagi mendapatkan potongan harga

Di laman utama, kesemua promosi yang disenaraikan disusun mengikut nombor dan susunan abjad berdasarkan nama syarikat.

Bukan hanya promosi yang ditawarkan oleh syarikat F&B sahaja, laman web itu turut menyenaraikan tawaran oleh hotel, spa, serta kemasukan ke taman tema seperti Legoland dan Sunway Lagoon.

Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 182 kedai telah dimasukkan dalam senarai tersebut.

Cari Sahaja Apa Yang Anda Inginkan Di Ruangan Search Box

Di samping itu, pengguna juga boleh membuat carian sendiri menerusi fungsi ‘Search Box‘ yang disediakan. Tetapi berdasarkan pengalaman kami, carian harus dibuat dalam Bahasa Inggeris setakat ini.

Sebagai contoh, jika anda ingin mencari tawaran kek, tulis sahaja ‘cake’ pada ruangan tersebut.

Sumber: befday

Pengguna juga boleh menyemak cara-cara mendapatkan tawaran percuma atau baucar tersebut dan bilakah ia boleh digunakan pada bahagian maklumat setiap promosi.

Sumber: befday

Boleh Log Masuk Guna Akaun Google Untuk Bookmark Promosi

Buat promosi yang perlu digunakan menerusi aplikasi, Nazri turut menyediakan butang muat turun aplikasi di laman web tersebut. Jadi pengguna tak perlu susah-susah lagi mencari aplikasi di stor dalam talian.

Pengguna juga boleh log masuk ke laman web befday menerusi akaun Google. Selepas log masuk, pengguna diberi pilihan untuk bookmark promosi yang menarik agar lebih mudah disemak semula apabila tibanya hari jadi.

Promosi yang dipilih ini juga boleh ditandakan sebagai ‘Redeemed‘ setelah ia digunakan.

Selain itu, orang ramai yang telah log masuk juga boleh meninggalkan tips dan komen di ruangan disediakan bagi setiap promosi bagi membantu pengguna lain.

Lelaki Ada Rancangan Untuk Hasilkan Aplikasi befday

Orang ramai sememangnya berterima kasih kepada Nazri kerana telah menghasilkan sesuatu yang amat berguna.

Apa yang menarik lagi, Nazri turut menyediakan roadmap buat tatapan pengguna yang memperincikan prosesnya dalam membangunkan laman web tersebut.

Menurutnya, dia bercadang untuk membahagikan segala promosi mengikut kategori seperti makanan dan fesyen.

Malah promosi juga boleh disemak mengikut negeri pada masa akan datang.

Buat masa ini, befday hanya boleh diakses menerusi laman web [DI SINI], namun difahamkan terdapat cadangan untuk menghasilkan aplikasinya.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Ada Kawan” – Gadis Datang Beli Muffin Untuk Sambut Birthday Sendiri Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd