Now Reading
Koleksi Baharu Gucci Cruise 2027 Ibarat Surat Cinta Denma Kepada Bandar New York

Koleksi Baharu Gucci Cruise 2027 Ibarat Surat Cinta Denma Kepada Bandar New York

Dipersembahkan di Times Square, Denma memperkenalkan era baru Gucci lebih urban, chic dan kasar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pereka fesyen tersohor, Denma Gvasalia membuka era baharu Gucci melalui koleksi Cruise 2027 terus ke Times Square, New York yang bukan sahaja sebuah lokasi ikonik tetapi mempunyai sejarah penting buat jenama fesyen mewah dari Itali itu.

Menerusi koleksi ini, Denma memperkenalkan konsep ‘GucciCore’. Koleksi ini mengambil inspirasi daripada tenaga, semangat serta budaya bandar New York yang dapat dilihat melalui gaya hidup penduduk dari segi budaya jalanannya dan karakter-karakter yang sedikit sebanyak membentuk identiti bandar tersebut.

Konsep ini tampil sebagai usaha Demna membina asas baharu untuk Gucci yang lebih moden, pragmatik dan mudah diterjemahkan dalam kehidupan harian.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Beret Bertemu Hijab: Modest Fashion Kini Bersinar Di Kota Paris

Sejarah Times Square Dan Rumah Gucci

Kedai Gucci pertama di New York. (Foto: AJSNY)

Pemilihan Times Square sebagai lokasi pertunjukan bukan untuk mencipta sebuah momen sahaja.

Lokasi ini merupakan bandar di mana Gucci membuka butik pertamanya di luar Itali pada tahun 1953.

Melalui paparan iklan digital, lampu dan suasana metropolitan yang sentiasa bergerak, Times Square dilihat menjadi lokasi paling sesuai untuk melahirkan semula Gucci di bawah naungan Denma.

Ia memberi rasa homecoming, tetapi dalam bentuk moden dan teatrikal.

Koleksi Yang Meneroka Idea Estetik Gaya Hidup Menyeluruh
Koleksi yang mudah dipakai dalam kehidupan seharian. (Foto: WWD)

Sebelum koleksi dipersembahkan, skrin gergasi Times Square digunakan untuk menayangkan pelbagai montaj visual membayangi Gucci sebagai sebuah jenama yang wujud dalam setiap aspek kehidupan seharian.

Genma seolah-olah ingin meneroka sebuah gaya hidup dipenuhi dengan visual estetik jenama tersohor itu menerusi label fiksyen seperti Gucci Gym, Gucci Pets, Gucci Acqua dan Palazzo Gucci.

Maksudnya koleksi ini bukan pakaian semata-mata, tetapi bagaimana ia boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup, ruang, rutin dan identiti seseorang.

Perwatakan Orang New York Dapat Dilihat Dalam Koleksi Ini
Pakaian gaya urban. (Foto: WWD)

Menariknya tentang koleksi ini kita dapat lihat olahan idea Denma mengambil inspirasi gaya kehidupan individu di New York.

Contohnya seperti sut jalur membawa bayangan dunia korporat Wall Street, seluar denim longgar sinonim dengan budaya jalanan serta siluet mewah mengingatkan kepada golongan sosialit di Uptown.

Koleksi ini terasa seperti himpunan karakter yang mungkin berselisih di Manhattan, berbeza gaya dan latar belakang tetapi hidup dalam bandar yang sama.

Di sinilah kekuatan GucciCore menyerlah apabila Demna tidak hanya membina koleksi berdasarkan pakaian, tetapi cara manusia bergerak dan membawa diri dalam bandar itu.

Mengimbangi Gaya Utiliti Praktikal Dengan Kemewahan
Rekaan tas tangan yang menarik. (Foto: purseblog)

Dari segi rekaan pakaian pula, GucciCore bermain dengan kontras di antara elemen praktikal dan mewah.

Elemen seperti tailoring, denim, leather dan shearling digabungkan dengan perincian lebih dramatik seperti sequin, sulaman bulu dan aksesori.

Denma ingin bawa Gucci ke sebuah era baru. (Foto: Gucci)

Corak ikonik Gucci diberi nafas baharu dengan lebih moden serta kemunculan semula Horsebit dalam bentuk kasut dan aksesori memberi elemen kukuh dengan setiap pergerakan.

Hasilnya ialah sebuah koleksi yang tidak terasa jauh dan asing daripada realiti harian, tetapi masih mengekalkan kemewahan menjadi sebahagian daripada DNA Gucci.

Barisan Hadapan Dipenuhi Dengan Bintang-Bintang Budaya Pop
Denma (kiri) menutup tirai persembahan. (Foto: Gucci)

Umum mengetahui, pertunjukan sebesar ini akan dipenuhi dengan pelbagai kehadiran figure budaya pop.

Nama seperti Kim Kardashian, Mariah Carey, Cindy Crawford, Tom Brady dan Paris Hilton memenuhi ruang hadapan menghiasi malam penuh bermakna buat Denma.

Namun begitu di sebalik tumpuan selebriti yang hadir, mesej daripada koleksi ini tetap jelas.

GucciCore memperlihatkan bagaimana Denma mahu membawa Gucci ke arah lebih dekat dengan kehidupan seharian individu urban iaitu tidak terlalu terikat pada trend tetapi mampu membina sebuah gaya tersendiri.

Ia adalah cara Denma menterjemahkan New York ke dalam bahasa Gucci.

Baca Artikel Berkaitan: 7 Jenama Fesyen Tempatan Ini Cipta Pakaian Dengan Ciri Tradisional & Moden

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] 10 Gaya Paling ‘On-Theme’ Di Met Gala 2026 | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd