Now Reading
Malaysia Health & Beauty Awards Raih Lebih 200,000 Undian, Iktiraf Blackmores Sebagai ‘Brand of the Year’

Malaysia Health & Beauty Awards Raih Lebih 200,000 Undian, Iktiraf Blackmores Sebagai ‘Brand of the Year’

Malaysia Health & Beauty Awards 2026 telah dianjurkan buat pertama kali pada 15 Mei lalu menerusi kerjasama BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali ke farmasi atau kedai kesihatan, boleh dikatakan pasti rambang mata melihat pelbagai produk terkemuka yang tersusun di rak. Kadangkala sampai bingung mahu pilih yang mana.

Namun menerusi undian orang ramai, jelas bahawa beberapa jenama menjadi pilihan rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan kecemerlangannya.

Buat julung-julung kalinya, BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy di bawah BIG CARING Group, telah bekerjasama dalam menganjurkan Malaysia Health & Beauty Awards (MHBA) 2026.

Anugerah yang telah berlangsung pada 15 Mei lalu bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan jenama yang digunakan, dipercayai dan terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam rutin kesihatan dan kecantikan harian.

Bertemakan “Celebrating Health. Honouring Beauty”, produk yang diiktiraf merentas tiga teras utama iaitu Pilihan Malaysia (Malaysia’s Choice), Produk Terlaris (Best Seller) dan Pilihan Pakar (Experts’ Choice).

Tan Sri Dr Noor Hisham Sifatkan MHBA Sebagai Penanda Aras Utama Kecemerlangan Health & Beauty

Turut hadir di majlis tersebut bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, yang menyampaikan ucaptama sekali gus menyifatkan anugerah ini sebagai “penanda aras utama kecemerlangan dalam sektor kesihatan dan kecantikan”.

Beliau berkata, jenama dan produk yang diiktiraf di MHBA bukan hanya yang dijual di pasaran, tetapi turut dibandingkan dari segi perkhidmatan kepada pengguna, inovasi serta memperoleh kepercayaan pengguna.

Ucaptama oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah. (Foto: MHBA)

MHBA Terima Lebih 200,000 Undian Bagi Tentukan 110 Anugerah

MHBA dijayakan menerusi lebih 200,000 undian dari seluruh negara terhadap produk-produk kesihatan kegemaran rakyat Malaysia, katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak 110 anugerah telah disampaikan di anugerah tersebut, merangkumi 83 anugerah Produk Terlaris, 19 anugerah Pilihan Malaysia dan tujuh anugerah Pilihan Pakar.

Foto: MHBA

80 jenama ikonik muncul sebagai pemenang, antaranya Cetaphil, VitaHealth, Ensure, PediaSure, CeraVe, Kordel’s, Buds Organics dan Sensodyne yang meraih kemenangan dalam pelbagai kategori.

Kemuncak utama di anugerah ini adalah kemunculan Blackmores yang diiktiraf sebagai Brand of the Year.

Pengurus Negara Blackmores Malaysia, Chong Kim Heng berkata misi Blackmores adalah untuk menghubungkan satu bilion rakyat dunia kepada kuasa penyembuhan alam semula jadi menerusi warisan jenama tersebut.

Foto: MHBA

Senarai penuh pemenang Malaysia Health & Beauty Awards 2026 boleh didapati [DI SINI].

Pengguna Dilihat Semakin Teliti Memilih Produk, Anugerah Beri Perspektif Menyeluruh

Berucap di majlis berkenaan, Pengerusi Penganjur Malaysia Health & Beauty Awards, Wong Siew Lai berkata, anugerah tersebut mencerminkan tingkah laku pengguna, keyakinan terhadap produk, serta kepentingan kepercayaan yang kian meningkat.

“Pengguna di Malaysia kini lebih teliti dalam membuat pilihan dan mereka memilih produk yang memberikan hasil konsisten, bukan sekadar mengikut trend.

“Dengan menggabungkan pilihan pengguna, prestasi pasaran serta penilaian pakar dalam satu platform, anugerah ini memberikan perspektif lebih menyeluruh terhadap produk dan jenama yang benar-benar dipercayai serta terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Pengerusi Penganjur Malaysia Health & Beauty Awards, Wong Siew Lai (Foto: MHBA)

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIG CARING Group, Lee Meng Chuan, berkata pengguna kini semakin menitikberatkan kesejahteraan diri secara menyeluruh.

“Di BIG CARING Group, kami percaya platform seperti Malaysia Health & Beauty Awards memainkan peranan penting dalam menggalakkan inovasi, meningkatkan standard industri serta memperkukuh keyakinan pengguna serta terus memacu pertumbuhan sektor kesihatan dan kecantikan di Malaysia,” ujarnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd