Now Reading
Ringgit Malaysia Catat Prestasi Terbaik Suku Pertama Tahun Ini, Ini 5 Jenama Lokal Indonesia Untuk Anda Cuci Mata

Ringgit Malaysia Catat Prestasi Terbaik Suku Pertama Tahun Ini, Ini 5 Jenama Lokal Indonesia Untuk Anda Cuci Mata

Ringgit Malaysia mendominasi prestasi mata wang Asia sejak suku pertama tahun ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kadar tukar mata wang mungkin nampak seperti perkara kecil, untuk mereka yang suka melancong, membeli-belah atau beli barang dari luar negara. Nilainya boleh memberi kesan kepada bajet perbelanjaan.

Bila Ringgit Malaysia (RM) mula mengukuh, harga hotel, makanan, pengangkutan atau barang yang ingin dibeli di negara lain terasa lebih murah berbanding sebelum ini.

Sebenarnya ada sebab kenapa berdasarkan laporan dari CNBC Indonesia mengatakan RM muncul sebagai mata wang dengan prestasi terbaik di Asia sepanjang suku pertama tahun ini.

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Korea Teruja Peniaga Di Indonesia Guna Sistem ‘Pulley’ Untuk Hantar Makanan Dari Seberang Sungai | TRP

RM Mendominasi Catat Prestasi Terbaik Setakat Ini
Ringgit Malaysia. (Foto: South China Morning Post)

RM berjaya mengukuh sebanyak 2.64% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun sehingga Selasa, (28 April) lalu dan prestasi ini meletakkan RM di kedudukan tertinggi di kalangan mata wang Asia.

Di tempat kedua pula ialah Yuan China dengan pengukuhan sebanyak 2.23% berbanding dolar AS.

Tambahan pula, RM ditutup pada paras RM3.939 berbanding dolar AS selepas mencatat sedikit pengukuhan dan menunjukkan prestasi positif.

Kenapa Prestasi RM Boleh Meningkat Dengan Baik?
Kuasa membeli rakyat Malaysia meningkat. (Foto: CNA Luxury)

Mesti anda tertanya soalan ini kan, sebenarnya terdapat faktor mudah untuk difahami mengapa prestasi mata wang meningkat.

Antaranya adalah data perdagangan Malaysia yang kukuh, pertumbuhan ekonomi serta aliran masuk wang asing ke pasaran modal.

Berdasarkan laporan dari Astro Awani, jumlah perdagangan negara pada Mac 2026 telah meningkat 9.3% secara tahunan kepada RM273.0 bilion dan angka tersebut lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.

Eksport negara turut meningkat sebanyak 8.3% kepada RM148.8 bilion, manakala import pula naik 10.4% kepada RM124.2 bilion.

Ekonomi Negara Yang Dilihat Semakin Stabil

Menerusi laporan CNBC Indonesia, Ketua Ahli Ekonomi Bank Mualamat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata anggaran awal menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK Malaysia pada suku pertama 2026 berada di atas paras 5%.

Beliau turut berkata eksport nominal Malaysia berkembang 12.7% pada suku pertama 2026 dan angka ini lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.

Prestasi Ringgit Malaysia Mengukuh Berbanding Rupiah Indonesia
Bursa Malaysia. (Foto: Trade VSA)

Menariknya tentang prestasi positif RM ialah perbandingan prestasi berbanding mata wang utama Asia yang lain.

Pengukuhan terbesar direkodkan berbanding Rupee India, iaitu sebanyak 8.07% diikuti Peso Filipina, 7.31%, Rupiah Indonesia, 6.76%, Baht Thailand, 6.46% dan termasuk Won Korea, Yen Jepun, Dolar Taiwan, Dong Vietnam serta Dolar Singapura.

Sementara itu, pengukuhan Ringgit berbanding Yuan China adalah lebih kecil, iaitu sekitar 0.41%.

Sampai Media Indonesia Pun Turut Beri Perhatian

Menariknya prestasi mata wang negara telah menarik perhatian media di Indonesia sehinggakan mereka mengeluarkan berita bertajuk, “Warga RI Jangan Iri! Ringgit Malaysia Kini Jadi Mata Uang Terkuat Asia”.

Walaupun tajuknya bernada santai, laporan tersebut menunjukkan prestasi mata wang yang mencatat pengukuhan berbanding yang lain.

Untuk orang kita pula, perkembangan ini memang menyeronokkan terutama bagi mereka yang sedang menyimpan hasrat untuk melancong ke Indonesia membolehkan anda membeli-belah lebih banyak berbanding sebelum ini.

Ini 5 Jenama Indonesia Yang Boleh Anda Check-Out!

#1. Alchemist Fragrance
Alchemist Fragrance. (Foto: Alchemist)
#2. Unionwell
Unionwell. (Foto: Shopee)
#3. Nodd Studio
Nodd Studio. (Foto: @noddstudio / @riigard / Instagram)
#4. 3mongkis
3mongkis. (Foto: 3mongkis)
#5. CottonInk
CottonInk. (Foto: @cottonink / Instagram)

Baca Artikel Berkaitan: “Culture Shock Di Malaysia” – Wanita Indonesia Kagum Dengan Budaya Tempatan Air Ikat Tepi | TRP

Baca Artikel Berkaitan: “Takut Nak Makan” – Kafe Di Indonesia Jual Kopi Indomie Jadi Perhatian | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd