Now Reading
Mierul Aiman High Council Amal Teknik “Introspective Journal”, Ini Kebaikannya

Mierul Aiman High Council Amal Teknik “Introspective Journal”, Ini Kebaikannya

Pelakon Project High Council, Mierul Aiman, berkata dia menulis jurnal sebagai satu cara actor method bagi melakukan muhasabah diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menulis jurnal merupakan salah satu kaedah yang boleh dilakukan untuk mencatat segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian serta sebagai penanda untuk menjejak milestones peribadi.

Namun terdapat juga individu yang menulis jurnal dengan tujuan untuk bermuhasabah diri dengan mencatatkan perasaan yang mereka rasai.

Dalam satu sesi Studio Sembang (oleh Amelia Henderson), pelakon Mierul Aiman, yang terkenal dengan lakonannya dalam siri Project: High Council, mendedahkan dia mengamalkan introspective journaling.

Dia berpendapat menulis jurnal merupakan satu actor method kerana dapat melakukan muhasabah diri, sekali gus memeriksa proses mental, emosi dan kognitif.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Kunjungi Cat Cafe, Tulis Jurnal & 5 Lagi Aktiviti Solo Untuk Baiki Mood Anda

Baca Artikel Berkaitan: ‘Slow Living’ Makin Popular Di Kalangan Anak Muda, Ini Tips Realisasi Gaya Hidup Itu

Apa Itu Instropective Journaling?

Introspective journaling atau dikenali juga sebagai penulisan muhasabah diri adalah satu latihan melihat ke dalam diri sendiri bagi memahami pemikiran, emosi, tingkah laku dan motivasi peribadi.

Secara ringkasnya, ia seolah-olah bercakap dengan diri sendiri termasuklah inner child anda, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ia juga membantu seseorang untuk merungkai perasaan kompleks serta mengenal pasti corak tingkah laku.

Memetik Medium, ramai pakar psikologi turut menganjurkan penulisan jurnal sebagai satu kaedah psikoterapi, serta bagi mengenali dan muhasabah diri, sekali gus dapat membuatkan seseorang rasa lebih sedar (self-awareness).

Kebaikan Introspective Journaling

Penulisan yang bertujuan untuk muhasabah diri ini sememangnya mempunyai banyak kebaikan buat seseorang.

#1. Kurangkan Stres & Rasa Gelisah

Kebaikan paling utama adalah membantu dalam mengurangkan tahap stres dan kegelisahan seseorang.

Ini kerana tindakan meluahkan perasaan menerusi penulisan sebegini akan membuatkan anda berasa lebih tenang serta menghilangkan perasaan negatif yang dirasakan.

#2. Mengenali Diri Lebih Mendalam

Di samping itu, introspective journaling dapat membantu seseorang untuk mengenal diri dengan lebih mendalam serta membuatkan fikiran jadi lebih jelas.

“Anda boleh memerhatikan apa yang telah anda pelajari, apa yang boleh dilakukan secara berbeza dan sesuatu yang dilakukan dengan sangat betul,” kata Medium.

Praktis ini juga dapat membantu anda mengenal pasti corak tingkah laku peribadi.

Foto: Pexels
#3. Mempunyai Kesan Positif Terhadap Kesihatan

Bukan itu sahaja, pakar psikologi James Pennebaker pada tahun 1980-an mendapati penulisan jurnal dapat membantu seseorang menguatkan sistem imun, serta memproses perasaan sedih dan trauma.

Dalam kajiannya, peserta yang menulis tentang pengalaman trauma setiap hari kurang mendapatkan rawatan, kurang sakit serta fungsi paru-paru dan hati meningkat.

Mereka juga lebih berdaya tahan dan menunjukkan prestasi lebih cemerlang di sekolah.

#4. Memelihara Memori

Seperti mana-mana penulisan atau catatan jurnal, introspective journaling dapat membantu seseorang untuk memelihara memorinya.

Ini adalah perkara yang penting kerana memori sebenar mungkin akan berubah selepas beberapa seketika.

Membaca semula pengalaman lama juga membantu anda melihat situasi tersebut daripada perspektif yang lebih segar.

Foto: Pexels
#5. Menjejak Milestone Peribadi

Di samping itu, introspective jurnaling membantu seseorang untuk menjejak kemajuan atau milestone dirinya.

Ini termasuklah dari segi pemikiran, sistem penilaian dan perspektifnya terhadap sesuatu perkara.

#6. Meningkatkan Kemahiran Sosial

Bukan sahaja secara intrapersonal, menulis bagi tujuan muhasabah diri turut membantu dalam menguatkan kemahiran sosial seseorang.

Ini kerana jurnal akan membantu seseorang untuk berdepan dengan perasaan sendiri, seterusnya mempelajari cara untuk meluahkannya dengan betul.

Keadaan ini akan membuatkan seseorang dapat berkomunikasi dengan lebih jelas dan penuh empati dalam hubungan harian.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Menulis Guna Tangan Setiap Hari Boleh Mengelakkan Risiko Nyanyuk, Ini Penjelasan Doktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd