Ini 10 Taman Awam DBKL Dibuka Dari 5.30 Pagi Hingga 10 Malam, Sesuai Untuk Runners & Seisi Keluarga
Dalam masa sama, masa operasi turut dilanjutkan sehingga 12 tengah malam bagi Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai bagi menjalani gaya hidup sihat ialah berjoging, berlari atau briskwalk.
Namun buat mereka yang bekerja, mungkin tidak sempat untuk beriadah di taman rekreasi pada waktu pagi mahupun di sebelah petang.
Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan sebanyak 10 taman awam di ibu kota yang akan dibuka lebih awal berbanding waktu operasi biasa.
Lebih menarik lagi, dua taman rekreasi iaitu Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa pula akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga 12 tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu.
Baca Artikel Berkaitan: Baru Nak Berjinak Dalam Larian? Ini Tips Berguna Untuk Anda
Ini 10 Taman Awam DBKL Dibuka Mulai 5.30 Pagi Setiap Hari
Menurut DBKL, kesemua 10 taman awam ini akan dibuka mulai 5.30 pagi sehinggalah jam 10 malam setiap hari.
Lebih menarik lagi, dua taman rekreasi iaitu Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa akan dibuka sehingga 12 tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu.
Jadi lepas ni, bolehlah anda beriadah pada waktu malam selepas pulang dari kerja.
#1. Taman Botani Perdana
Merupakan salah satu taman tertua di ibu negara, Taman Botani Perdana mempunyai trek tersendiri untuk para runner.
Taman ini juga mesra keluarga, di mana orang ramai boleh hadir untuk berpiknik serta membawa anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan.
Dahulunya dikenali sebagai Lake Gardens, pengunjung juga boleh mengunjungi tempat menarik di sini termasuk Deer Park dan Sunken Garden.
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Ahad-Khamis, 5.30am-10pm | Jumaat-Sabtu, 5.30am-12am
#2. Taman Tasik Titiwangsa
Salah satu taman awam yang terkenal di Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa menjadi pilihan lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan utara ibu negara.
Sebelum ini dikenali dengan nama Taman Jalan Kuantan, taman ini juga sesuai untuk seisi keluarga. Siap ada taman air percuma untuk kanak-kanak.
Alamat: Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Ahad-Khamis, 5.30am-10pm | Jumaat-Sabtu, 5.30am-12am
#3. Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong merupakan taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur dengan trek sepanjang 3.5 kilometer di sekeliling tasik untuk para runner dan cyclist.
Terdapat juga peralatan untuk pengunjung melakukan aktiviti rekreasi dan senaman di sekitar taman tersebut.
Pengunjung juga boleh menaiki lookout tower untuk menikmati keindahan taman rekreasi itu.
Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, 7, Pavement, Taman Metropolitan Kepong, 52100 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
#4. Taman Tasik Permaisuri
Dibuka secara rasmi oleh Raja Permaisuri Agong ke-8, Allahyaharmah Tengku Puan Zanariah, terdapat empat pulau kecil di tasiknya.
Antara tarikan utama di taman ini ialah Laman Iskandar Puteri yang bercirikan Taman Diraja Melayu Tradisi.
Alamat: Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
#5. Taman Bukit Jalil
Taman Bukit Jalil merupakan satu-satunya taman awam di Kuala Lumpur yang menempatkan laman antarabangsa iaitu Malaysia, England, Holland, Jepun, China, Iran, Indonesia, Thailand, Canada dan Peru.
Ia juga mesra keluarga dengan dua set modular taman permainan kanak-kanak yang dilengkapi pelbagai alatan permainan.
Bagi tujuan larian atau briskwalk pula, terdapat trek sepanjang 5 kilometer yang menyelusuri hutan semulajadi dengan lebih 6,000 pokok.
Alamat: Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57000, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
#6. Taman Tasik Menjalara
Juga mempunyai trek larian di sekitar tasik, Taman Tasik Menjalara menjadi pilihan buat para runner di sekitar Bukit Maluri dan kawasan berdekatan.
Antara kemudahan lain yang disediakan termasuk outdoor gym, taman permainan kanak-kanak intergrated playstructure, open plaza, wakaf, dan refleksologi.
Alamat: Jalan 1/62a, Bandar Sri Menjalara, 52200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
#7. Taman Pudu Ulu
Taman Pudu Ulu mempunyai kolam mandi kanak-kanak atau wading pool pertama di taman awam DBKL dan dibuka secara percuma.
Walaupun terkenal dengan kolam mandi sebagai trademark, namun masih terdapat trek larian di sekeliling taman tersebut.
Alamat: Taman Pudu Ulu, 55300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
#8. Taman Rekreasi Alam Damai
Taman Alam Damai sesuai untuk mereka yang ingin briskwalk atau berlari dalam suasana yang tenang kerana dikelilingi pohon yang rimbun.
Namun topografinya yang berbukit dan bertingkat mungkin akan menjadikan larian sedikit mencabar.
Walaupun ia dibina sebagai sebahagian daripada keseluruhan pembangunan Alam Damai, namun taman ini dibuka kepada orang ramai.
Alamat: 17, Jalan Damai Murni 14, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
#9. Taman Tasik Ampang Hilir
Dikatakan sebagai salah satu taman awam yang cantik di Kuala Lumpur, Taman Tasik Ampang Hilir juga mempunyai trek larian tersendiri.
Namun trek yang disediakan bukanlah berbentuk pusingan dan sesetengah pelari kurang menggemarinya kerana terpaksa berpatah balik di laluan sama, sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘Tasik U-turn’.
Alamat: 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
@shafismail Inilah taman yg banyak pokok.. sampai pukul 11 pagi pun ada lagi orang brisk walk sebab redup. Taman Tasik Ampang Hilir. #taman #tamantasikampanghilir #park #riadah #briskwalk #run #jog ♬ The Winner Is… Version – DeVotchKa
#10. Taman Tasik Danau Kota
Terletak bersebelahan pusat beli belah Setapak Sentral, Taman Tasik Danau Kota mempunyai keindahannya yang tersendiri walaupun berada di tengah-tengah bandar raya.
Trek yang mengelilingi tasik agak pendek berbanding di kebanyakan taman awam lain, iaitu sekitar 1.5km sahaja.
Alamat: Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30am-10pm
@pyqturesque Taman Tasik Danau Kota 2km walk ✅ #lake #weekend #kualalumpur #fyp ♬ Deslocado – NAPA
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lari 9KM Pun Boleh Hasilkan Butter! Lelaki Ini Kongsi Caranya
Baca Artikel Berkaitan: “Hari Sebelum Acara Larian Nak Buat Apa?” – Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Merentas Desa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kongsi Cara Rendahkan Heart Rate Semasa Joging
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



