Now Reading
[Foto] 10 Gaya Paling ‘On-Theme’ Di Met Gala 2026

[Foto] 10 Gaya Paling ‘On-Theme’ Di Met Gala 2026

Seolah melihat karya seni hidup dan bernafas di malam penuh berprestij.

Beberapa jam lalu, malam paling besar kembali mewarnai dunia fesyen, budaya pop, dan seni.

Bertemakan “Fashion is Art”, karpet merah Met Gala 2026 membuka tirai kepada selebriti mengayakan busana eksklusif mewah untuk satu malam sahaja.

Ada yang hadir dengan gaya minimal, ada yang dramatik dan romantik membawa naratif tersendiri bagi mentafsir tema tahun ini.

Berikut adalah 10 gaya kegemaran kami yang mencuri perhatian tahun ini.

#1. A$AP Rocky
A$AP Rocky. (Foto: Mike Coppola/@rihannacorp/Instagram)

Umum mengetahui, jika kita bercakap tentang A$AP Rocky, sudah tentu beliau akan hadir mencipta satu statement.

Kot berwarna merah jambu dari jenama Perancis terkemuka, Chanel mewarnai dan mencuri perhatian ramai di tangga Met Gala.

Gaya itu digabungkan dengan pelbagai aksesori seperti subang dan seutas beg clutch berbentuk buah epal melengkapkan pakaian ini.

Selain itu, Rocky turut memakai dua loket berlian seolah diambil dari jabatan seni hiasan Met.

#2. Madonna
Madonna. (Foto: Theo Wargo)

Jika ada yang betul memahami maksud tema tahun ini, sudah tentu namanya ialah Madonna.

Penyanyi lagenda mengayakan gaun dari Saint Laurent dengan cape organza gergasi yang diangkat oleh beberapa pembantu.

Gaun ini mengambil inspirasi daripada karya The Temptation of St. Anthony.

#3. Teyana Taylor
Teyana Taylor. (Foto: Mike Coppola)

Diciptakan oleh pereka fesyen terkemuka, Tom Ford, gaun yang dipenuhi dengan fringe yang bergerak seiring dengan setiap langkah mencipta ilusi visual seolah-olah ‘hilang dan muncul semula’.

#4. Gracie Abrams
Gracie Abrams. (Foto: Dimitrios Kambouris)

Mengambil inspirasi daripada lukisan Gustav Klimt. Gracie hadir dengan gaun rekaan Chanel mengambil rujukan daripada The Kiss.

Tekstur dan corak geometrik dapat terlihat dari setiap sudut menyinari dengan setiap pergerakan dari penyanyi ini.

#5. Finn Wolfhard
Finn Wolfhard. (Foto: Lexis Moreland/@thombrowne/Instagram)

Debut pertama di Met Gala, pelakon rancangan Netflix popular, Stranger Things. Finn hadir dengan busana yang direka oleh Thom Browne.

Potongan sut klasik yang diberi nafas baru dengan pendekatan lebih playful, wonky seolah mencabar definisi pakaian formal lelaki.

#6. Colman Domingo
Colman Domingo. (Foto: Mike Coppola/r/Euphoria)

Sebut nama Colman di Met Gala, sudah tentu beliau tidak akan hadir dengan gaya yang mengecewakan.

Gabungan rekaan Valentino dengan aksesori Boucheron menjadikan look ini seperti sebuah karya seni kontemporari.

Motif Serpent Boheme, dalam emas dan onyx memberi sentuhan klasik yang diolah semula untuk era moden.

#7. Rihanna
Rihanna. (Foto: Mike Coppola)

Bak kata pepatah, “fashionably late,”

Penyanyi terkemuka, Rihanna hadir dengan busana dari Maison Margiela yang dikatakan mengambil masa lebih 1,300 jam untuk disiapkan.

Dihiasi dengan puluhan ribu kristal dan logam kitar semula. Busana ini boleh dianggap sebagai sebuah karya seni yang kompleks.

#8. Jeremy Pope
Jeremy Pope. (Foto: John Shearer/ r/popculturechat)

Mengayakan jaket rekaan Vivienne Westwood dari tahun 1996 yang dipenuhi mutiara dengan warna merah gelap menjadi simbol identiti pelakon dan penyanyi ini.

#9. Zoë Kravitz
Zoë Kravitz. (Foto: Nina Park/Michael Loccisano)

Mengayakan perhiasan yang direka oleh Jessica McCormack menghiasi gaun hitam rekaan Saint Laurent ini.

Menampilkan titisan air mata berlian, McCormack berkata ia adalah ‘artifak masa depan’ yang sesuai untuk Met Gala.

Pelakon ini turut mencuri perhatian ramai dengan cincin pertunangannya yang begitu menyerlah.

#10. Anderson .Paak
Anderson .Paak (Foto: @bilboard/@checkthetag/Instagram)

Hadir dengan sut makan malam daripada Amiri sudah cukup untuk menjadi topik perbualan, tetapi kasutnya mencuri perhatian ramai.

Kasut ballet dari Tory Burch yang sebelum ini sinonim dengan wanita, kini muncul di Met Gala.

Mungkin akan membuka trend baru dalam fesyen lelaki.

Tema Tahun Ini Membuka Ruang Untuk Ramai Selebriti & Pereka Mengekspreskan Kreativiti Sepenuhnya
Beyonce. (Foto: The New York Times)

Jika dibandingkan dengan tema tahun lepas, (Superfine: Tailoring Black Style). Tema tahun ini memberikan ruang untuk pereka fesyen menggunakan tubuh sebagai medium untuk menterjemah seni.

Mengambil inspirasi daripada lukisan, arca dan hasil seni, semuanya dapat dihidupkan semula di tangga muzium ini.

Ibarat dunia seni, fesyen dan budaya sedang berbual antara satu sama lain.

Tetapi, Kenapa Met Gala Diadakan Setiap Tahun? Ini Fakta Ringkas Tentang Malam Prestij ini
Tangga Met Gala. (Foto: VOGUE)

Met Gala sebenarnya bukan acara fesyen tahunan. Ia adalah acara amal tahunan untuk mengumpul dana untuk Costume Institute di Metropolitan Museum of Art.

Setiap tahun, acara ini diadakan bersempena pembukaan pameran fesyen musim bunga muzium tersebut.

Untuk tahun ini, tema pameran ialah Costume Art, menggabungkan fesyen dengan objek seni merentasi lebih 5,000 tahun sejarah.

Tambahan pula:

  • Met Gala telah bermula sejak tahun 1948 sebagai acara makan malam eksklusif
  • Harga tiket boleh mencecah sehingga ratusan ribu tetapi tidak semua layak untuk hadir
  • Tetamu yang hadir melalui jemputan sahaja dan terdapat banyak peraturan ketat untuk memastikan acara berjalan dengan lancar
  • Kebanyakan selebriti yang hadir sebagai tetamu jenama fesyen

Berikut adalah 10 gaya kegemaran kami yang mencuri perhatian tahun ini.

Oleh itu, adakah anda setuju dengan pilihan kami untuk tahun ini? Anda bagaimana pula?

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Beret Bertemu Hijab: Modest Fashion Kini Bersinar Di Kota Paris

Baca Artikel Berkaitan: Kenali Palet Warna Untuk Lebih Glow Up, Ini Kebaikan Colour Analysis Yang Ramai Tak Tahu | TRP

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd