Now Reading
AIRism: Satu Layer Untuk Lawan Panas & Aircond Ekstrem [Review]

AIRism: Satu Layer Untuk Lawan Panas & Aircond Ekstrem [Review]

Dipakai sebagai inner layer, AIRism membantu menyesuaikan badan dengan perubahan persekitaran sama ada ketika berdepan panas luar atau sejuk melampau di dalam bangunan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda tinggal di Malaysia, rutin ini memang tak asing.

Keluar rumah dengan panas terik dan lembap, kemudian melangkah masuk ke dalam LRT, mall atau pejabat yang sejuknya agak ‘mencucuk’. Baru badan nak adjust, kena keluar semula ke panas. Ulang kitaran yang sama beberapa kali sehari.

Perubahan suhu yang ekstrem ini mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya ia antara punca utama ketidakselesaan harian dengan peluh, rasa melekit, dan pakaian yang terasa berat bila perlu layering.

Foto: Envato

Ramai antara kita dah terbiasa, walaupun hakikatnya badan sentiasa cuba membiasakan dengan persekitaran. Dalam situasi ini, keselesaan selalunya bergantung pada apa yang kita pakai atau lebih tepat, apa yang kita pakai sebagai layer paling asas.

Bila Discomfort Datang Dari Perkara Kecil

Kalau diperhatikan, banyak rasa tak selesa ini datang daripada perkara harian yang kita anggap normal:

  • Cuaca panas dan kelembapan tinggi
  • Peluh yang buat pakaian melekit
  • Layering yang terasa berat atau memerangkap haba
  • Peralihan mendadak dari panas ke ruang berhawa dingin

Kita biasanya hanya adjust ikut keadaan iaitu buka jaket, pakai semula, lap peluh.

Tapi sebenarnya tidak menyelesaikan punca sebenar masalah ini.

Satu Layer Yang Membuatkan Perbezaan Ketara

Di sinilah UNIQLO memperkenalkan sesuatu yang nampak ringkas tetapi praktikal iaitu koleksi UNIQLO AIRism.

Foto: UNIQLO

Konsepnya mudah: satu layer yang direka untuk mengurangkan rasa tidak selesa sepanjang hari. Bukan untuk tambah pakaian, tetapi untuk menjadikan apa yang anda pakai terasa lebih ringan dan selesa.

Dipakai sebagai inner layer, AIRism membantu menyesuaikan badan dengan perubahan persekitaran sama ada ketika berdepan panas luar atau sejuk melampau di dalam bangunan.

Foto: UNIQLO

Team TRP telah menerima beberapa produk daripada koleksi baharu UNIQLO AIRism SS26, termasuk AIRism Camisole, Seamless Innerwear serta item daripada AIRism UV Protection untuk dicuba sendiri.

[Review] Rasa Yang Berbeza Sepanjang Hari

Apa yang membezakan AIRism bukan sesuatu yang terlalu dramatik pada awalnya, tetapi bagaimana ia konsisten dari pagi hingga malam.

Materialnya terasa ringan dan breathable, menjadikannya sesuai dipakai walaupun dalam cuaca lembap. Walaupun berpeluh, kain tidak mudah melekat pada kulit, dan ini membantu mengurangkan rasa rimas terutama ketika bergerak atau berulang-alik.

Bila masuk ke ruang berhawa dingin pula, layer ini membantu menyeimbangkan suhu badan supaya tidak terasa terlalu sejuk atau lembap. Secara keseluruhan, ia memberi rasa lebih stabil sepanjang hari.

Tak terlalu panas, dan tak terlalu sejuk. Just nice. 😊

Layering Tanpa Rasa Berat

Foto: Siti Murni/TRP

Salah satu perkara yang sering menjadi kebimbangan ialah layering yang terasa tebal atau memerangkap haba. Namun dengan AIRism, ia lebih kepada melengkapkan outfit tanpa menambah beban.

Ia boleh dipakai di bawah pakaian kerja, outfit kasual atau bahkan ketika travel, tanpa menjejaskan rupa atau keselesaan. Layer ini sememangnya sangat “blend in” dengan pakaian harian, menjadikannya hampir tidak terasa tetapi tetap memberi fungsi.

Dalam konteks gaya hidup di Malaysia yang memerlukan pergerakan antara pelbagai persekitaran dalam masa singkat, ini menjadikan layering lebih praktikal.

Dari Pagi Sampai Malam, Masih Selesa. Serius.

Dalam penggunaan harian, kesannya lebih jelas dirasai sepanjang rutin seharian — dari commute pagi dalam cuaca panas, ke persekitaran berhawa dingin di tempat kerja, hingga ke aktiviti selepas waktu pejabat.

Badan tidak terasa terlalu “letih” akibat pakaian, dan rasa segar itu kekal lebih lama berbanding biasa. Ia bukan jenis pakaian yang buat anda rasa nak cepat tukar sebaik sampai rumah, sebaliknya lebih kepada keselesaan yang berterusan.

Kalau nak beli, memang berbaloi. Satu investment untuk selesa, orang kata.

Lebih Daripada Sekadar Innerwear

Foto: UNIQLO

AIRism bukan sekadar innerwear biasa. Ia lebih kepada satu cara untuk mengurus keselesaan harian dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

Dalam cuaca seperti Malaysia, di mana panas dan aircond ekstrem adalah sebahagian daripada rutin, satu layer yang ringan, breathable dan tidak melekit sebenarnya boleh memberi perbezaan besar.

Kadang-kadang, solusi paling efektif memang bermula dengan perkara paling asas, contohnya apa yang kita pakai setiap hari.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd