Now Reading
Ruang Coworking Premium WORQ Well Jadi Pilihan Untuk Pekerja Flexi, Siap Ada Pool!

Ruang Coworking Premium WORQ Well Jadi Pilihan Untuk Pekerja Flexi, Siap Ada Pool!

Antara kemudahan yang disediakan di cawangan premium WORQ Well ini termasuk kolam renang, napping pod, bilik game dan servis urut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, terdapat beberapa syarikat yang tidak mempunyai pejabat tersendiri dengan pekerja dibenarkan untuk work from home (WFH).

Namun ada juga pekerja yang lebih selesa bekerja di ruang khas seperti di coworking space yang tersedia.

Pada 5 Februari lalu, jenama penyediaan ruang coworking dan fleksibel, WORQ telah melancarkan cawangan premium terbaharunya, WORQ Well.

WORQ Well Cawangan Premium Pertama, Boleh Tempatkan 500 Pekerja Dalam Satu Masa

Terletak di Mercu Aspire, KL Eco City, WORQ Well dengan keluasan 34,300 kaki persegi menjadi cawangan pertamanya yang menyediakan ruang people-first coworking.

Dalam kenyataannya, WORQ Well yang boleh memuatkan 500 pengunjung dalam satu masa telah mencapai full house walaupun sebelum dibuka secara rasmi.

“Kami sangat teruja untuk membuka WORQ Well pertama kami, mengumpulkan pengalaman di tempat kerja yang luar biasa dengan persekitaran yang mengutamakan orang ramai.

“Ini adalah projek kami yang terbesar setakat ini, direka untuk perniagaan menarik perhatian dan mendapatkan bakat terbaik, serta menggalakkan prestasi organisasi yang lebih bagus,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WORQ, Stephanie Ping.

Foto: WORQ Well

Ruang Coworking Pertama Dalam Negara Terima Anugerah WELL Coworking Rating

WORQ Well yang direka bagi menyokong keselesaan fizikal, fokus mental dan keseluruhan wellbeing menjadi ruang coworking pertama di Malaysia yang menerima anugerah WELL Coworking Rating.

Seperti rata-rata cawangannya yang lain, WORQ Well juga terletak berhampiran stesen LRT, sekali gus memudahkan orang ramai untuk mengunjunginya tanpa perlu bersesak dalam kesesakan lalu lintas

Menurutnya, data menunjukkan ahli WORQ yang menggunakan pengangkutan awam telah meningkat dari 20% pada 2017 hingga 50% hari ini.

“Selain menjadikan kerja fleksibel lebih mudah diakses oleh syarikat, perubahan ini turut menyumbang kepada agenda ESG negara dengan mengurangkan tekanan perjalanan, menyokong produktiviti pekerja dan mengurangkan kebergantungan terhadap kereta,” katanya.

Foto: WORQ Well

Napping Pod & Servis Urut Antara Kemudahan Yang Disediakan Di WORQ Well

Pada 29 April lalu, team TRPbm telah dijemput untuk berkunjung ke WORQ Well sempena WORQ Media & Creators Experience Day.

Kami berkesempatan untuk menyaksikan sendiri segala kemudahan yang tersedia di ruang coworking itu yang sememangnya mengutamakan kebajikan pengunjung.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk:

  • Kolam renang
  • Napping pod
  • Servis urut
  • Sauna
  • Steam room
  • Jakuzi
  • Pantri dan kawasan bersama
  • Private suite
  • Ruang event
  • Bilik mesyuarat
  • Bilik game
  • Servis cetakan
Foto: WORQ Well

Pengunjung juga boleh menikmati WiFi berkelajuan tinggi dan turut dihidangkan dengan kopi dan snek percuma.

WORQ Well sememangnya menggabungkan ruang yang selesa dengan ciri-ciri yang mengutamakan wellness ahlinya.

Ahli WORQ boleh mengakses kemudahan premium di WORQ Well dengan menambah add-on ‘All Access’.

Untuk maklumat lanjut dan info tempahan, sila kunjungi laman web WORQ [DI SINI].

Foto: WORQ Well

Baca Artikel Berkaitan: 5 Kafe Di Lembah Klang Yang Korang Boleh Pergi Untuk ‘Remote Working’

Baca Artikel Berkaitan: Digital Nomad, Ini 6 Kafe Untuk Anda ‘Remote’ Di Pavilion Bukit Jalil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd