Home of Originals Kini Dibuka Di The Campus Ampang
Ia menjadikan ruang ini sebagai hiper-lokal yang menyatukan sukan, gaya, dan komuniti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Adidas membawa konsep Home of Originals ke The Campus Ampang, membuka lembaran baharu di Kuala Lumpur menerusi sebuah butik bukan sekadar ruang runcit, tetapi sebuah hab yang menghubungkan komuniti, budaya dan sukan dalam satu pengalaman lebih menyeluruh.
Sebagai gedung pertama adidas Malaysia yang beroperasi di luar pusat beli-belah konvensional, Home of Originals ini terletak dalam ruang gaya hidup kejiranan yang dibangunkan semula daripada bekas kawasan kampus.

Menurut Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page, pembukaan ini mencerminkan pendekatan baharu jenama tersebut dalam mendekati komuniti tempatan.

“Home of Originals di The Campus Ampang melambangkan pendekatan baharu adidas dalam membina kehadiran kami di bandar ini.
“Ia melangkaui konsep runcit tradisional — kami mahu mewujudkan ruang yang benar-benar dibentuk oleh komuniti, dengan inisiatif hiper-tempatan seperti acara komuniti, sesi larian, dan pengambilalihan adidas Football Park yang akan datang.
“Ini adalah peralihan ke arah jenama yang lebih berteraskan budaya dan komuniti.”
Tawaran Eksklusif Sempena Pembukaan

Sempena hujung minggu pembukaan dari 1 hingga 3 Mei 2026, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif yang direka sebagai pengalaman interaktif di Home of Originals.
Khas untuk ahli adiClub, pelanggan yang berbelanja minimum RM399 akan menerima aiskrim percuma daripada Piccoli Lotti serta pastri daripada Universal Bakehouse.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan piring hitam Campus secara percuma dengan pembelian adidas Essentials Tee, selagi stok masih ada.

Dalam masa sama, ahli adiClub turut boleh menikmati ganjaran eksklusif dari 30 April hingga 3 Mei, termasuk peluang menebus sesi Pilates terhad di Flow Studio menggunakan mata ganjaran.
Adidas Football Park Bakal Menyusul
Selain pembukaan Home of Originals, adidas turut merancang untuk mentransformasikan padang bola sepak di The Campus Ampang menjadi adidas Football Park — sebuah hab sukan dan komuniti pada masa hadapan.
Inisiatif ini bukan sekadar menyediakan kemudahan, tetapi bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti melalui pelbagai aktiviti dan acara.
Lokasi: Ground Floor, G-14, The Campus Ampang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.