Now Reading
Kulit Naik Jerawat Selepas Guna Produk Baru? Ini Beza Purging & Breakout Yang Anda Perlu Tahu

Kulit Naik Jerawat Selepas Guna Produk Baru? Ini Beza Purging & Breakout Yang Anda Perlu Tahu

Ramai di antara kita mahu mencuba pakai produk penjagaan muka baharu, namun bimbang muka akan naik jerawat yang melampau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mendapatkan produk penjagaan muka yang paling tepat untuk kulit wajah adalah agak sukar melainkan anda sudah banyak kali experiment dan mencuba pelbagai jenis produk bagi mendapatkan kulit mulus (flawless).

Namun perlu diingatkan bahawa perbuatan tersebut berkemungkinan membawa padah kepada muka anda tidak kira kepada golongan wanita atau kaum lelaki.

Sebagai contoh, ramai yang mengadu muka naik berjerawat (breakout) dan menunjukkan reaksi kemerahan disebabkan produk baharu. Tetapi betul ke itu merupakan proses breakout atau sebaliknya?

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

Baca Artikel Berkaitan: Kulit Kering Akibat Cuaca Panas? Ini Tips Pilih Jenis Pelembap Untuk Wajah

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Make Sense” – Pakar Kongsi Rutin Skincare Yang Patut Dihentikan

Apa Beza Purging & Breakout?

Kalau perasan muka bermasalah, jangan terus buang produk skincare mahal yang anda baru sahaja beli itu kerana ia berkemungkinan hanya purging sahaja.

Untuk info, purging ialah proses pembersihan pori kulit secara drastik yang menyebabkan jerawat naik lebih cepat.

Ciri-ciri purging adalah seperti:

  • Sering mendapat jerawat dengan kerap
  • Jerawat cepat pulih
Sumber: Pexels

Bagaimanapun, purging ini adalah berbeza dan lebih cepat pulih berbanding breakout. Antara produk-produk atau rawatan yang boleh menyebabkan masalah purging adalah seperti di bawah:

  • Asid hidroksi (AHA, BHA, dan PHA) serta asid buah
  • Retinoid
  • Rawatan vitamin C
  • Pengelupasan
  • Rawatan enzim
  • Berus pembersih
  • Alat mikrodermabrasi
Foto: Vitamin C/Alat mikrodermabrasi

Ciri-ciri breakout pula adalah:

  • Jerawat berlaku di bahagian muka yang jarang atau tidak pernah berlaku (naik jerawat).
  • Kebiasaannya jerawat mengambil masa lapan sehingga 10 hari untuk muncul, matang dan mengecut.

Kalau anda nak tahu, kerengsaan yang berlaku akibat penggunaan produk baharu yang bukan berasal dari retinoid, asid, atau pengelupasan mungkin merupakan reaksi alergi atau kulit sensitif.

Selain itu, masalah kulit kering juga mungkin disebabkan reaksi terhadap produk baharu yang digunakan.

Sumber: Dexeryl

Breakout Mungkin Signal Produk Tidak Sesuai Dengan Kulit

Sekiranya breakout berlaku, adalah lebih baik untuk henti menggunakan produk berkenaan secepat mungkin sebelum masalah keradangan pada kulit muka bertambah teruk.

Ini merupakan isyarat bahawa produk baharu itu tidak sesuai dengan kulit wajah anda.

Sumber: Pexels

Purging Adalah Reaksi Yang Bagus

Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk bersabar dan kenal pasti dahulu sama ada reaksi pada wajah adalah purging atau breakout. Jangan terus buang produk anda yang beratus-ratus ringgit tu okay?

Apa yang anda perlu tahu ialah purging bukan sesuatu yang memudaratkan kerana ia berlaku apabila produk dipakai itu berusaha untuk mempercepatkan proses pembuangan dan pembaharuan kulit semula jadi yang baharu.

Sumber: Pexels

Ia akan mengambil masa kira-kira satu kitaran selama 28 hari. Selain itu, kulit setiap individu adalah berbeza, mungkin ada sesetengah orang akan menunjukkan penambahbaikan dengan tempoh masa yang cepat, ada juga sebaliknya.

Namun sekiranya purging itu berlarutan sehingga lebih enam minggu, anda disarankan mendapatkan nasihat atau rawatan dari pakar dermatologi. Dalam situasi ini, anda mungkin perlu menukar atau mengurangkan dos produk terbabit.

Tips Kurangkan Masalah Purging

Memetik Hello Doktor, ahli dermatologi mencadangkan kaedah ease in untuk mengurangkan risiko purging.

Caranya adalah mengurangkan penggunaan produk dalam minggu pertama dan secara perlahan meningkatkannya pada minggu-minggu seterusnya.

Sumber: Pexels

Sebagai contoh: Menggunakan retinoid hanya dua kali seminggu kemudian tiga kali pada minggu berikutnya.

Kaedah tersebut dikatakan mampu membuatkan kulit anda menyesuaikan diri secara beransur-ansur dengan produk itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd