Dulu Skeptikal, Lelaki Kongsi Kini Yakin Guna BNPL Tanpa Ganggu Komitmen Perbelanjaan Bulanan
Meskipun kaedah pembayaran Buy Now Pay Later menawarkan aliran tunai fleksibel, namun masih ramai individu yang skeptikal dengan kaedah pembayaran tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau dahulu, masyarakat akan membawa wang tunai ke mana-mana untuk urusan pembayaran. Namun kini, mereka tidak perlu lagi membawa dompet setiap kali keluar rumah, cukup hanya membawa telefon pintar sekiranya mahu pergi ke kedai runcit bawah rumah.
Hal ini kerana telah wujudnya pembayaran digital, Buy Now Pay Later (BNPL). Kaedah Beli Sekarang Bayar Kemudian dilihat menunjukkan peningkatan yang mana sebanyak 102.6 juta transaksi direkodkan dalam separuh pertama tahun lalu (2025).
Malah sebelum ini, tinjauan oleh SeaMoney mendapati bahawa terdapat penurunan 9% dalam penggunaan kad kredit dan ramai memilih menggunakan BNPL.
Baca Artikel Berkaitan: Transaksi ‘Buy Now, Pay Later’ Meningkat Kepada RM7.1 Bilion Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: Penggunaan Kad Kredit Menurun, ‘Buy Now Pay Later’ Lebih Popular
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Dapat Diskaun Kaw-kaw, Ini Tips Guna E-Wallet Dengan Bijak
Masih Ada Yang Skeptikal Dengan Pembayaran BNPL
Meskipun ramai pakar kewangan telah menunjukkan bahawa BNPL ini membawa banyak kebaikan, namun masih ramai yang skeptikal tentang penggunaannya.
Buat mereka yang tidak tahu, BNPL membolehkan pelanggan membuat pembelian dengan mengagihkan jumlah pembelian kepada ansuran bulanan.

Foto: Janaan AI
Lelaki Terima Banyak Bonus Tunai Selepas Guna SPayLater
Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Che’gu Hafiz berkongsi pengalamannya menggunakan BNPL di bawah Shopee iaitu SPayLater. Jelasnya, dia adalah antara individu yang sebelum ini berasa was-was dengan penggunaan BNPL untuk perbelanjaan harian.
Bagaimanapun, pandangannya itu berubah selepas dia sendiri melihat betapa efisiennya BNPL.
Menerusi beberapa foto tangkap layar dikongsi, kelihatan Hafiz menerima banyak bonus tunai daripada Shopee selepas membuat pembayaran BNPL menerusi DuitNow.

Bonus terendah diterima bernilai RM2, manakala paling tinggi menerusi tangkap layar berkenaan adalah RM5. Meskipun bukan semua pembayaran di kedai mendapat bonus tunai, namun kebanyakannya menawarkan ganjaran tersebut.
Tambahnya, apabila SPayLater digunakan dengan cara yang betul, ia sebenarnya boleh menjadi salah satu cara untuk mengurus aliran tunai dengan lebih fleksibel, tanpa mengganggu komitmen perbelanjaan bulanan.
View on Threads
Hafiz berkata, kunci utama untuk menggunakan BNPL adalah:
- Sentiasa disiplin
- Jangan belanja berlebihan (overspend)
- Bayar hutang tepat pada waktunya
- Elakkan kompaun untuk pembayaran lewat
Kalau guna BNPL dengan bijak, ia memang membantu dalam pengurusan kewangan harian.
“Hari ni sarapan pagi paling jimat. Nasi lemak+telur mata 0.35 sen je. Lepas tu dapat pula bonus lagi RM2. Jimat ke jimat sangat?” kongsinya.
Baca Artikel Berkaitan: “Bagus Tapi Bukan Untuk Semua Orang” – Wanita Ulas Konsep BNPL Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Perlu Kekal Disiplin & Elak Terperangkap Dengan Hutang Melampau BNPL
Trend penggunaan perkhidmatan BNPL ini dilihat semakin meningkat di kalangan anak muda. Bagaimanapun, ramai yang menyalahgunakannya sehingga tidak membayar hutang bagi beberapa bulan.
Malah ada pula yang bangga menunjukkan hutang mencecah ribuan ringgit di platform media sosial seolah-olah ia adalah satu pencapaian.
Bank Negara Malaysia (BNM) pada Oktober 2025 memaklumkan bahawa kadar hutang BNPL tertunggak meningkat kepada 3.2% berbanding 2.9% pada tahun 2024.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Hutang Benda Tak Perlu” – Wanita Kongsi Pandangan Bayaran Ansuran, Cetus Perdebatan Netizen
Tambah BNM, jumlah hutang BNPL yang belum dijelaskan mencecah RM3.8 bilion, bersamaan kira-kira 0.2% daripada keseluruhan hutang isi rumah negara.
Tanpa disedari, hutang BNPL yang tidak terkawal mampu membebankan lagi kewangan sedia ada dan menjejaskan aliran tunai bulanan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai komitmen besar seperti pinjaman rumah dan kereta atau kad kredit.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



