Adidas Malaysia Berkolaborasi Dengan SCORE Marathon 2026 — Sasar 50,000 Pelari & Rekod Nasional
Semua peserta dari kategori 5KM hingga 42KM akan menerima event tee rasmi adidas, manakala pelari 21KM dan 42KM pula akan mendapat finisher tee eksklusif.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Adidas Malaysia mengumumkan kerjasama rasmi bersama SCORE Marathon 2026 sebagai Rakan Pakaian Sukan Rasmi, sekali gus mengukuhkan komitmen jenama itu dalam membangunkan komuniti larian tempatan.
Acara yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Dataran Putrajaya ini dijangka menghimpunkan 50,000 peserta, dengan sasaran untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai acara larian terbesar di Malaysia.
Dengan skala sebesar ini, adidas melihat peluang untuk mendekati lebih ramai pelari dari beginner hingga seasoned runners sambil menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk aktif dalam sukan larian.
Menurut Preston Page, Pengurus Negara adidas Malaysia, kempen “You Got This” menjadi teras kepada kolaborasi ini. “Tak kira sama ada anda baru nak cuba 5KM atau sedang kejar personal best, kami mahu setiap pelari rasa yakin, disokong dan berupaya untuk pergi lebih jauh.”
BACA JUGA: [Foto] Adidas Lancar Hyperboost Edge, Buka Era Baharu Larian Di Atas Jalan Raya
Apa Yang Peserta Boleh Jangkakan?
#1. Race Tee & Finisher Exclusive
Semua peserta dari kategori 5KM hingga 42KM akan menerima event tee rasmi adidas, manakala pelari 21KM dan 42KM pula akan mendapat finisher tee eksklusif.
#2. Running Clinics (Mei – Julai 2026)
Menjelang hari perlumbaan, adidas akan menganjurkan siri running clinics bersama adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL), dengan sokongan jurulatih bertauliah, pacer berpengalaman dan pelari elit.
Antara fokus utama termasuk teknik pacing, pembinaan daya tahan, persediaan hari perlumbaan serta kaedah pemulihan selepas larian.
Peserta juga akan mendapat akses kepada sokongan latihan berterusan seperti tip digital, kandungan daripada pakar dan larian komuniti.
#3. Race Entry Pack Collection (REPC)
Semasa REPC dari 16 hingga 18 Julai, adidas akan memperkenalkan zon pengalaman Adizero yang menampilkan rangkaian kasut prestasi tinggi seperti Adizero Evo SL dan Adizero Adios Pro 4.
Pengunjung boleh mencuba produk secara langsung, mendapatkan panduan daripada pasukan adidas serta menyesuaikan kelengkapan larian mereka.
Dua koleksi eksklusif adidas x SCORE Marathon juga akan ditawarkan secara terhad di lokasi.
#4. Race Village Experience
Sepanjang hujung minggu perlumbaan, adidas akan memperluaskan kehadirannya di Race Village dengan ruang yang direka sebagai pusat prestasi dan pemulihan.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk zon pemulihan dengan panduan regangan dan foam rolling, ruang bergambar untuk peserta serta paparan produk yang menonjolkan inovasi Adizero.
Lebih Daripada Sekadar Larian
Kerjasama ini merangkumi keseluruhan perjalanan seorang pelari, daripada latihan hingga ke hari perlumbaan dan detik penamat.
Menurut Patricia Tan, Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, kolaborasi ini mencerminkan usaha bersama untuk meningkatkan pengalaman perlumbaan serta mengembangkan komuniti larian di rantau ini.
Dengan sambutan yang semakin memberangsangkan, jelas bahawa sukan larian di Malaysia kini berkembang sebagai satu gaya hidup yang inklusif dan berdaya maju.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.