Serai House & Semuka Cafe Buka Tirai Di Banglo Bersejarah Seri Negara
Dengan penubuhan Serai House dan Semuka Cafe di lokasi bersejarah ini, Serai Group menghubungkan warisan kaya Malaysia dengan landskap kulinari kontemporari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Serai Group hari ini (23 April) mengumumkan pelancaran dua konsep restoran baharu di lokasi ikonik Seri Negara.
Dibuka pada esok (24 April 2026), Serai House bakal menghidupkan semula banglo era kolonial ini, yang asalnya dibina pada tahun 1898 sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Tapak ini juga pernah beroperasi sebagai hotel warisan mewah sehingga tahun 2015.
Dua Konsep, Satu Lokasi


Setiap konsep yang diperkenalkan menawarkan pengalaman tersendiri sambil meraikan budaya dan masakan Malaysia.
Serai House menampilkan pesona warisan melalui lensa Malaysia moden dengan pengalaman makan yang lebih eksklusif.
Sebaliknya, Semuka Cafe (diambil daripada perkataan Melayu yang bermaksud “bersemuka”) menzahirkan semangat kebersamaan dalam suasana santai, menyajikan hidangan tempatan kegemaran dengan sentuhan yang lebih moden.

(Foto: Eshvar/TRP)

(Foto: Eshvar/TRP)
Kedua-dua lokasi ini berkongsi misi untuk menghargai cita rasa dan tradisi tempatan dalam suasana yang segar dan mengundang, menjadikan Seri Negara destinasi kulinari yang wajib dikunjungi.

(Foto: Eshvar/TRP)
“Seri Negara mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah negara kita, dan ia merupakan lokasi yang sempurna untuk meraikan masakan Malaysia dalam perspektif baharu,” kata Datuk Mohd Najib Abdul Hamid, Pengarah Urusan Serai Group.
“Melalui Serai House dan Semuka Cafe, kami ingin mencipta pengalaman yang terasa seperti pulang ke rumah di mana setiap hidangan membawa cerita warisan dan setiap kunjungan menyatukan orang ramai, seperti mana tempat ini telah lakukan sejak generasi lalu.”
Serai House – Menggabungkan Keanggunan Bersejarah dengan Masakan Malaysia Moden

Serai House menawarkan pengalaman makan yang lebih intim dan eksklusif, menggabungkan keanggunan sejarah Seri Negara dengan pendekatan masakan Malaysia moden.

Terletak di bawah siling tinggi banglo dan dikelilingi pepohon berusia ratusan tahun, restoran ini menampilkan estetika “kontemporari” yang menghormati sejarahnya sambil menawarkan suasana sofistikated yang tenang untuk pengunjung masa kini.
Menu yang ditawarkan memberi penghormatan kepada warisan kulinari Malaysia, diolah semula dengan pendekatan moden tanpa menghilangkan identitinya.
Antara hidangan istimewa termasuk Ikan Merah Bakar yang dipanggang dengan sempurna, Udang Sambal Petai yang kaya dengan rasa, serta Rendang Tulang Rusuk yang dimasak perlahan sehingga empuk.
Hidangan lain turut diberi sentuhan kontemporari seperti Salad Udang Harimau, Limau Bali & Bunga Kantan serta hidangan Ulam-Ulaman dengan pelbagai kondimen kreatif. Ayam Bakar pula dihidangkan dengan sos berempah yang meningkatkan lagi cita rasanya.

Setiap hidangan di Serai House mencerminkan hospitaliti Malaysia yang penuh rasa, berlapis dan berakar pada budaya tempatan.
Semuka Cafe – Hidangan Tempatan dengan Sentuhan Halus
Bersebelahan Serai House, Semuka Cafe tampil sebagai konsep baharu yang lebih santai. Seiring maksud namanya, “Semuka”, kafe ini direka sebagai ruang pertemuan mesra untuk keluarga dan rakan-rakan berkongsi masa bersama.
Menu di sini mengetengahkan hidangan tempatan yang dikenali ramai dengan sentuhan yang diperhalusi.
Antara tarikan utama ialah Nasi Itik Claypot gaya Kantonis, Chicken Chop Hainan yang rangup serta Cendol Gula Melaka yang klasik. Hidangan ini dilengkapi dengan kopi tempatan Semuka Kopi yang dibancuh dengan gaya tradisional.
Setiap sajian dihasilkan dengan perhatian terhadap perincian, memastikan resipi tradisional terus dihormati walaupun diperkenalkan dalam pendekatan moden.
Destinasi Baharu di Seri Negara

Pembukaan Serai House dan Semuka Cafe menandakan fasa baharu untuk Seri Negara, mengembalikannya sebagai sebahagian penting dalam landskap budaya dan kulinari Kuala Lumpur.
Sebagai lokasi yang pernah memainkan peranan dalam sejarah negara, Seri Negara kini diberi nafas baharu sebagai destinasi warisan hidup, selari dengan usaha untuk menjadikannya hab ekobudaya dengan pelbagai aktiviti komuniti dan galeri.
Pengunjung kini berpeluang menikmati pengalaman menjamu selera dalam banglo bersejarah yang dipulihara indah, menggabungkan elemen sejarah, seni bina, alam semula jadi dan masakan tempatan dalam satu pengalaman yang unik.
Serai Group menjemput orang ramai untuk merasai hospitaliti Malaysia di Seri Negara.
Sama ada menikmati sarapan santai di Semuka Cafe atau makan malam elegan di Serai House, Seri Negara kembali menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul dan berkongsi pengalaman ‘bersemuka’, seperti dahulu.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.