Now Reading
[Foto] UNIQLO Perkenal Koleksi Baharu Bersama Cecilie Bahnsen, Inspirasi “Shapes of Poetry”

[Foto] UNIQLO Perkenal Koleksi Baharu Bersama Cecilie Bahnsen, Inspirasi “Shapes of Poetry”

Koleksi ini menampilkan elemen signature Cecilie Bahnsen seperti motif floral, siluet beralun serta perincian ruffles dan shirring yang lembut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


UNIQLO mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama pereka fesyen Denmark, Cecilie Bahnsen, menerusi koleksi Spring/Summer 2026 yang bakal dilancarkan pada 22 Mei ini.

Dikenali dengan estetika feminin dan romantik yang unik, Cecilie Bahnsen membawa pendekatan kontemporari namun kekal timeless ke dalam rekaan pakaian wanita harian.

Berteraskan konsep “Shapes of Poetry”, koleksi ini menggabungkan sentuhan rekaan premium dan ketukangan halus Cecilie dengan komitmen UNIQLO terhadap keselesaan serta kualiti material.

Feminin Moden Untuk Gaya Harian

Foto: UNIQLO

Koleksi ini menampilkan elemen signature Cecilie Bahnsen seperti motif floral, siluet beralun serta perincian ruffles dan shirring yang lembut. Rangkaian termasuk gaun, top dan skirt yang boleh digayakan secara individu atau dipadankan sebagai set.

Foto: UNIQLO

Setiap helaian turut direka dengan fokus pada keselesaan, menggunakan material seperti kapas berkualiti tinggi dan fabrik elastik untuk pemakaian harian yang lebih praktikal.

Menurut Cecilie Bahnsen, kolaborasi ini sangat bermakna buatnya.

Beliau menyatakan bahawa rekaan yang dihasilkan sentiasa bertujuan untuk dipakai dan dihargai setiap hari, selari dengan falsafah LifeWear UNIQLO.

Kolaborasi Yang Mengambil Masa Bertahun

Menurut Yukihiro Katsuta, pertemuan pertama dengan Cecilie berlaku sekitar pembukaan stor UNIQLO di Copenhagen pada tahun 2019.

Sejak itu, minat terhadap pendekatan ketukangan Cecilie membuka ruang kepada kolaborasi yang akhirnya direalisasikan tujuh tahun kemudian.

Koleksi ini dilihat sebagai interpretasi semula kehangatan dan sentuhan buatan tangan Cecilie dalam perspektif UNIQLO yang lebih praktikal.

Koleksi Kanak-Kanak Pertama

Menariknya, kolaborasi ini turut memperkenalkan rangkaian pertama Cecilie Bahnsen untuk kanak-kanak perempuan.

Foto: UNIQLO

Sebagai seorang ibu, Cecilie mengadaptasi estetika rekaan dewasa ke dalam koleksi kanak-kanak yang merangkumi gaun, T-shirt dan skirt.

Setiap rekaan menggabungkan elemen comel dengan keselesaan harian, termasuk ciri praktikal seperti pinggang boleh laras dan poket di kedua-dua sisi.

Koleksi ini juga membolehkan gaya padanan antara ibu dan anak.

Foto: UNIQLO

Koleksi UNIQLO x Cecilie Bahnsen Spring/Summer 2026 akan mula tersedia pada 22 Mei 2026, membawa pendekatan baharu kepada LifeWear dengan sentuhan romantik yang lembut dan moden.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd