[Foto] Lebih Berani & Ekspresif: RIMOWA Bawa Suntikan Warna Orange & Magenta Ke Dalam Gaya Perjalanan Moden
Seperti semua bagasi RIMOWA, koleksi ini turut disertakan jaminan seumur hidup.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
RIMOWA memperkenalkan dua warna baharu, Orange dan Magenta, ke dalam rangkaian Essential dan Groove dua tona bermusim yang menonjolkan ekspresi diri, kreativiti dan peranan warna dalam gaya hidup harian.
Diinspirasikan daripada naratif warna yang harmoni, gabungan ini memberi penghormatan kepada era estetika berani dan ekspresi diri yang tidak konvensional.

Kedua-dua warna ini mewujudkan kombinasi yang dinamik, eklektik dan penuh karakter.
Dalam kempen terbaharu, pelakon Sepanyol Rossy de Palma menghidupkan semangat ini menerusi visual yang berani, bergerak dalam ruang penuh warna bersama koleksi bagasi dan beg RIMOWA dalam tona Orange dan Magenta.
Rekaan Premium Dengan Sentuhan Teknologi

Diperbuat daripada polikarbonat premium, rangkaian Essential menampilkan padanan warna menyeluruh untuk penampilan monokrom yang sleek.
Gabungan warisan ketukangan RIMOWA dengan teknologi moden jelas pada setiap perincian, termasuk pemegang teleskopik tanpa tahap, sistem Multiwheel, kunci TSA serta tag alamat kulit.
Bahagian dalaman pula direka dengan sistem organisasi dua bahagian — satu kompartmen berzip penuh, manakala satu lagi dilengkapi Flex Divider untuk memudahkan susunan dan memaksimumkan ruang.
Seperti semua bagasi RIMOWA, koleksi ini turut disertakan jaminan seumur hidup.
Koleksi Groove Turut Diperluas


Selain bagasi, koleksi Groove turut diperluaskan dengan pilihan warna baharu. Groove Cross-Body Bag Small dalam warna Orange, diperbuat di Itali menggunakan kulit anak lembu yang lembut, melengkapkan gaya perjalanan moden dengan sentuhan elegan.
Beg ini dilengkapi tali boleh laras dan boleh ditanggalkan, serta pemegang yang diinspirasikan daripada rekaan bagasi klasik, membolehkan ia dipakai sebagai crossbody, shoulder bag atau handbag.
Pada masa sama, koleksi Groove turut memperkenalkan warna Chalk dan Cognac untuk Cross-Body Bag, serta Burgundy untuk Groove Shopping Bag.
Aksesori perjalanan seperti Trifold Toiletry Pouch dan Packing Cubes juga tampil dalam warna Orange, menjadikan keseluruhan set lebih tersusun dan sepadan.
Bermula 23 April 2026, koleksi ini boleh didapati di butik RIMOWA seluruh dunia dan secara dalam talian di laman rasmi mereka.

Antara item yang ditawarkan termasuk:
- Essential Cabin (Orange/Magenta) – RM4,300
- Essential Check-In M (Orange) – RM5,000
- Essential Check-In L (Magenta) – RM5,400
- Essential Trunk Plus (Orange/Magenta) – RM6,850
- Groove Cross-Body Bag & aksesori lain dengan pelbagai pilihan warna baharu

Dengan pelancaran ini, RIMOWA sekali lagi mengangkat perjalanan sebagai satu bentuk ekspresi diri di mana fungsi bertemu gaya, dan warna menjadi bahasa personaliti.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.