Now Reading
Belajar 25 Minit, Rehat 5 Minit. Ini Cara Teknik Pomodoro Bantu Pelajar Kekal Fokus

Belajar 25 Minit, Rehat 5 Minit. Ini Cara Teknik Pomodoro Bantu Pelajar Kekal Fokus

Selain jadual yang padat, antara masalah yang selalu dilalui golongan murid adalah susah untuk fokus bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pelajar di luar sana pasti sudah memasang impian bagi mendapat keputusan cemerlang untuk membanggakan ibu ayah. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang berdepan dengan peperiksaan besar tahun ini sebagai contoh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun selain sifat malas, antara masalah utama yang selalu dilalui oleh golongan adalah melawan rasa penat untuk belajar.

Kebiasaannya ibu bapa akan menegur, katanya pelajar ini banyak menghabiskan masa dengan gajet atau melepak dengan rakan-rakan. Namun kadangkala itu bukanlah situasi sebenar yang berlaku.

Pelajar Susah Fokus Kerana Perlu ‘Kejar’ Silibus Sekolah Yang Banyak

Seperti pengalaman penulis sendiri yang pernah melalui zaman persekolahan, setiap hari sepanjang Isnin hingga Jumaat akan dipenuhi dengan jadual waktu belajar yang padat.

Sesi sekolah sahaja sehingga pukul 2 petang. Tambah pula dengan kelas tambahan hingga 4-5 petang.

Bagi sesetengah pelajar, mereka perlu menghadiri kelas tuisyen pula pada waktu malam. Bukan tidak mahu mengulangkaji pelajaran, tetapi otak terlalu penat untuk mengejar semua jadual tersebut.

Sumber: Pexels

Namun begitu, mereka perlu kekal fokus agar tidak ketinggalan dalam mana-mana silibus. Buat para pelajar yang mencari cara pembelajaran baharu yang efisien, teknik Pomodoro mungkin dapat membantu.

Mungkin ramai di sini yang pertama kali mendengar istilah tersebut. Untuk info, Pomodoro bermaksud tomato dalam bahasa Itali dan kaedah pengurusan masa ini diperkenalkan oleh Francesco Cirillo.

Sumber: Malay Mail

Teknik Pomodoro: Fokus Kepada Tugasan 25 Minit, Rehat 5 Minit

Teknik Pomodoro membantu individu untuk menguruskan masa dengan baik selain meningkatkan produktiviti.

Ia direka supaya individu memberikan sepenuh fokus pada satu tugasan dalam masa yang singkat dengan selang beberapa waktu rehat di antara setiap sesi.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Sukar Fokus Belajar? Ibu Ayah Boleh Tukar Kepada Teknik Diamalkan Pelajar Cina Ini!

Cara teknik Pomodoro dilakukan:

  1. Menyiapkan satu tugasan selama 25-30 minit.
  2. Kemudian rehat selama 5 minit.
  3. Selepas waktu rehat habis, ulang semula teknik tersebut, kebiasaanya sebanyak empat kali dengan tugasan lain selama 25-30 minit.

Habis sahaja empat siri Pomodoro, anda sudah siap empat jenis tugasan berbeza.

Jika dikaitkan dengan konteks pembelajaran murid sekolah, murid boleh menyiapkan empat kerja rumah dari subjek yang berbeza sebagai contoh Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Matematik Tambahan.

Dalam masa lebih kurang dua jam, empat tugasan selesai. ✨

Sumber: Pexels

Ada Yang Lebih Selesa Guna Teknik Pomodoro 50-10

Teknik Pomodoro juga dikenali sebagai sprint timer yang memerlukan individu mengagihkan masa dengan cekap bagi menyelesaikan tugas dalam masa 25 minit.

Bagaimanapun teknik ini tidak terhad kepada masa 25 minit-5 minit sahaja. Ada juga yang lebih selesa melakukannya selama 50 minit (lakukan tugasan) – 10 minit (rehat).

Tempoh masa berkenaan lebih sesuai buat mereka yang mempunyai tugasan yang banyak.

Sumber: Freepik

Cara Untuk Pastikan Teknik Pomodoro Berhasil

Memang tidak dinafikan, memastikan minda sentiasa fokus adalah sesuatu yang susah lebih-lebih lagi semasa cuaca panas dan badan penat. Tips bagi memastikan teknik Pomodoro anda berkesan adalah dengan menetapkan ganjaran.

Sebagai contoh selepas siap keempat-empat siri Pomodoro, anda boleh menonton televisyen selama 30 minit. Ganjaran untuk diri sendiri itu boleh membuatkan anda lebih fokus dan bermotivasi untuk menyelesaikan setiap tugasan.

Sumber: Pexels

Selain itu, catat juga berapa siri Pomodoro yang anda habiskan dalam masa sehari dan tugasan yang berjaya diselesaikan.

Pencapaian tersebut boleh dijadikan sebagai semangat untuk meneruskan lebih banyak sesi Pomodoro pada masa akan datang.

Berikut adalah tips lain yang anda boleh lakukan bagi memastikan Pomodoro berjalan dengan jaya:

  • Jangan buka media sosial semasa dalam tempoh rehat (5-10 minit)
  • Letak telefon dalam mod senyap (silent) untuk mengelakkan gangguan.
  • Beri telefon kepada ibu ayah agar mengelakkan anda terleka scroll TikTok.
  • Buat regangan ringan, minum air, atau pandang objek hijau untuk rasa lebih tenang.
  • Pastikan tidur secukupnya pada waktu malam.
  • Guna bunyi timer (pemasa) yang tidak terlalu kuat bagi mengelakkan fokus anda terganggu.
Sumber: Pexels

Paling penting, utamakan kualiti berbanding kuantiti. Manfaat utama teknik Pomodoro adalah untuk memecahkan senarai tugasan yang pada awalnya membebankan kepada tugasan kecil yang mudah untuk diselesaikan.

Struktur ini membantu mengekalkan fokus, mengelakkan keletihan melampau (burnout), serta memudahkan anda menjejak berapa banyak masa yang sebenarnya digunakan untuk setiap tugasan.

Bukan sahaja khusus buat murid sekolah, malah golongan dewasa juga boleh menggunakan teknik sama bagi menguruskan segala tugasan yang ada. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: ‘Power Nap’, Makanan Seimbang & 5 Lagi Tips Belajar Buat Murid Ketika Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 7 Tips Untuk Bantu Anak Mudah Hafal Quran, Yang Last Paling Banyak Buat Salah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Untuk Didik Anak Ilmu Kewangan Mengikut Peringkat Umur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd