Now Reading
[Video] Melabur Pada Emas VS Perak, Mana Lebih Untung? Ini Pandangan Pakar Kewangan

[Video] Melabur Pada Emas VS Perak, Mana Lebih Untung? Ini Pandangan Pakar Kewangan

Menurut pakar kewangan Dr Adam Zubir, memang tidak dinafikan perak menunjukkan peningkatan harga yang lebih tinggi pada 2025 berbanding emas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tips pengurusan kewangan dilihat menjadi topik hangat yang semakin dibahaskan orang ramai terutamanya dalam waktu krisis global yang sedang berlaku. Oleh disebabkan itu, semakin ramai rakyat Malaysia cakna tentang kepentingan simpanan untuk masa hadapan.

Bukan sahaja golongan pekerja, malah ada juga para pelajar yang sudah terfikir untuk mula melakukan pelaburan. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah mempunyai pendapatan pasif meskipun sedang melanjutkan pelajaran.

Antara pelaburan yang semakin popular kini adalah pelaburan emas. Hal ini kerana emas sering dianggap sebagai aset selamat, terutamanya ketika keadaan ekonomi tidak menentu.

Tetapi bagaimana pula dengan pelaburan perak?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perlu Ke Pelajar Buat Pelaburan Dari Sekarang? Ini Pandangan Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: Guna ‘Investment Checker’ Untuk Elak Diri Dari Jadi Mangsa Penipuan Pelaburan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kewangan Kongsi Lima Perkara Anda Perlu Lakukan Lepas Terima Gaji

Pakar Beri Pandangan Tentang Pelaburan Emas & Perak

Baru-baru ini, Perancang Kewangan Berlesen bawah Bank Negara Malaysia, Dr Adam Zubir menerusi sebuah video di laman YouTube ada mengulas tentang pelaburan emas dan juga perak.

Menurut Dr Adam, pada tahun 2025, kenaikan harga bagi perak menunjukkan peningkatkan berbanding emas yang mana ia merupakan situasi yang jarang berlaku.

Jadi sebenarnya, yang manakah pilihan yang terbaik untuk masa ini? Melabur pada emas atau perak?

Foto: Jongkong emas dan perak

Kenapa Lebih Pilih Pelaburan Emas?

Berikut antara pandangan-pandangan beliau:

Jelas Dr Adam, beliau memilih untuk melabur pada emas kerana perak secara umumnya digunakan untuk bidang perindustrian sebagai contoh untuk mesin, mikrocip dan sebagainya.

Oleh disebabkan itu, beliau merasakan pelaburan perak tiada kegunaan buatnya memandangkan tidak memiliki sebarang kilang.

“Akhirnya, kalau saya beli silver pun, saya kena jual kepada merekalah (pemilik kilang dan sebagainya,” kata Dr Adam.

Sumber: Freepik

Beza Nilai Emas & Perak Dalam Bentuk Fizikal (Jongkong)

Menurut beliau, nilai emas dalam bentuk jongkong emas lebih terpelihara jika berlakunya inflasi negara.

“1g (gram) perak bersamaan dengan RM10. Kalau saya nak ada RM10,000 nilai perak, ia bersamaan dengan 1kg (kilogram). 1kg masih kecil tapi ia (jongkong) berat (berbanding) emas.

“Saya beli emas secara fizikal dan bukannya digital. Jadi susah untuk saya simpan nilai dalam perak. Kalau saya nak simpan sebagai contoh RM100,000 perak, saya perlukan 10kg perak.

“Satu hal berat dan nak letak dekat mana? Berbeza pula dengan RM100,000 emas. 100g bersamaan dengan RM70,000. Jadi bagi saya lebih praktikal labur dalam emas.”

Mana Lebih Senang Teroksida, Emas Atau Perak?

Jelas Dr Adam, emas tidak teroksida manakala perak lebih mudah teroksida apabila terdedah dengan oksigen. Perak itu kemudiannya akan bertukar malap disebabkan reaksi tersebut.

Oleh disebabkan itu, perak tersebut perlu digilap, diservis atau dihantar ke kedai bagi menjaga kualitinya.

Foto: Perak

Harga Perak Atau Emas Yang Lebih Stabil?

Selain itu, Dr Adam juga memilih untuk melabur pada emas kerana pergerakan harga yang lebih stabil berbanding perak.

“Perak ni dia boleh naik dengan tinggi, dan turun dengan tinggi. Disebabkan itu, sebagai contoh dalam situasi kecemasan yang mana saya perlu jual perak saya ni, kalaulah ketika itu harga dekat bawah maka saya akan rugi.

“Tak memberi saya kebebasan untuk berjual-beli perak ni jika berlakunya kecemasan. Sedangkan emas ni, sepanjang setahun lepas, dia naik sangat tinggi dan stabil berbanding perak.”

Sumber: Pexels

Dr Adam berkata, perak digunakan sebagai bahan asas untuk pembinaan. Sekiranya pada satu hari nanti terdapat teknologi baharu atau bahan logam lain yang boleh menggantikan perak, maka nilainya akan menurun.

Berbeza dengan emas, ramai masih menganggap emas sebagai salah satu mata wang di negara-negara besar sebagai contoh China.

Antara negara dengan simpanan emas terbesar di dunia ialah:

  1. Amerika Syarikat (8,133.5 tan)
  2. Jerman ( 3,351.5 tan)
  3. Itali (2,451.8 tan)
  4. Perancis (2,437.0 tan)
  5. Rusia (2,335.9 tan)
  6. China (2,279.6 tan)

“Negara beli emas, tapi syarikat swasta yang beli silver,” kongsi Dr Adam.

Jadi berbalik kepada konteks asal, pelaburan manakah yang lebih berbaloi? Emas atau perak?

Menurut Dr Adam, beliau berpegang kepada satu konsep disebut oleh pelabur, usahawan, dan dermawan Amerika Syarikat, Warren Buffett iaitu, “Jangan melabur pada sesuatu yang anda tidak faham.”

Oleh disebabkan itu, bagi pandangan Dr Adam, melabur pada emas adalah lebih menguntungkan untuk beliau.

Baca Artikel Berkaitan: “Beli Dulu RM5,569” – Wanita Jual Gelang Emas Dibeli 7 Tahun Lalu Raih RM13,888!

Baca Artikel Berkaitan: Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran Walaupun 0% Interest Rate? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Wah Chan Perkenal Koleksi Loket Jade Terbaharu Sempena Hari Ibu 2026


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd