Now Reading
Rakyat Malaysia Makin Suka Travel Ke Tempat ‘Hidden Gems’ — Hampir 80% Pilih Destinasi Luar Bandar

Rakyat Malaysia Makin Suka Travel Ke Tempat ‘Hidden Gems’ — Hampir 80% Pilih Destinasi Luar Bandar

Bentong, Sepang dan Cameron Highlands mencatat pertumbuhan dalam carian serta jumlah malam penginapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nampaknya trend travel rakyat Malaysia semakin berubah. Kalau dulu ramai fokus ke bandar besar, sekarang semakin ramai yang memilih lokasi lebih tenang, kurang sesak dan lebih “real”.

Menurut laporan, hampir 80% rakyat Malaysia pernah melancong ke destinasi bukan bandar dalam tempoh setahun lepas dan lebih menarik, 88% merancang untuk buat perkara sama dalam masa terdekat.

Trend ini bukan hanya untuk satu generasi sahaja, tetapi merentasi semua peringkat umur, dengan Gen Z antara yang paling ke hadapan dalam memilih pengalaman travel yang lebih autentik dan dekat dengan kehidupan tempatan.

Bukan Sekadar Pergi, Tapi Nak ‘Feel’ Tempat Tu

Apa yang menarik, rakyat Malaysia sekarang bukan sekadar nak “pergi jalan-jalan”, tetapi lebih kepada ingin merasai pengalaman sebenar sesuatu tempat.

Sebanyak 91% responden mengatakan mereka utamakan pengalaman yang autentik dan berasaskan komuniti, manakala 90% pula menginginkan menyokong komuniti tempatan ketika melancong.

Sebab itu destinasi seperti senarai di bawah menjadi antara lokasi yang mencatat peningkatan dari segi carian dan tempahan sepanjang 2025:

  • Bentong
  • Sepang
  • Cameron Highlands

Jumlah malam penginapan di kawasan bukan bandar juga meningkat sebanyak 15%, menunjukkan permintaan yang semakin kuat.

Kenapa Destinasi Luar Bandar Jadi Pilihan?

Antara sebab utama adalah seperti:

  • Keindahan alam semula jadi (54%)
  • Nak rehat & lari dari kesibukan (51%)
  • Tarikan makanan & produk tempatan (42%)
Secara ringkas, ramai yang nak travel dengan pace yang lebih perlahan dan bukan rushing dari satu tempat ke tempat lain, tapi betul-betul menikmati suasana.

Satu lagi faktor penting: pilihan penginapan.

Sebanyak 84% rakyat Malaysia kata mereka lebih cenderung untuk travel ke kawasan luar bandar kalau ada pilihan seperti homestay atau sewaan percutian.

Percutian Pendek, Tapi Impak Besar

Menariknya, kebanyakan rakyat Malaysia memilih trip yang pendek:

  • 1–2 malam (51%)
  • Sehingga 5 malam secara keseluruhan

Walaupun singkat, perbelanjaan tetap memberi impak kepada ekonomi tempatan.

Secara purata, setiap pengembara membelanjakan sekitar RM117 seorang untuk barangan dan servis tempatan.

Perbelanjaan ini banyak tertumpu kepada:

  • Makanan & minuman (90%)
  • Barangan tempatan (54%)
  • Aktiviti & pengalaman (48%)

Satu lagi faktor yang mungkin ramai tak sedar adalah peranan hos.

Sebanyak 83% tetamu menerima cadangan daripada hos sepanjang penginapan mereka, termasuk tempat makan, aktiviti outdoor, dan juga lokasi budaya.

Dan hampir semua mengakui cadangan ini mempengaruhi bagaimana mereka berbelanja di lokasi tersebut.

Dari Pulau Perhentian Ke Pelancongan Lebih Lestari

Foto: Trip Advisor

Contohnya, seorang hos Airbnb di Pulau Perhentian mengendalikan inap desa yang menggunakan tenaga solar sepenuhnya. Baginya, menjadi hos bukan sekadar bisnes tetapi peluang untuk:

  • menjaga alam sekitar
  • menyokong komuniti tempatan
  • dan berkongsi cara travel yang lebih bertanggungjawab

“Menjadi hos di Airbnb merupakan langkah pertama saya untuk membawa perubahan. Ia memberi saya platform dan tanggungjawab untuk mempromosikan cara lebih baik dalam menikmati pulau ini yang menghormati terumbu karang, komuniti setempat dan lautan,” jelas Hayati, hos Airbnb.

Dengan permintaan pelancongan di rantau Asia Pasifik yang kekal kukuh, laporan Beyond the Beaten Track: Unlocking Tourism Growth Across Asia Pacific memperlihatkan bagaimana destinasi bukan bandar terus menyumbang kepada corak pelancongan yang terus berubah, memperluas pilihan penginapan, dan menyokong pertumbuhan ekonomi merentasi pelbagai komuniti.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd