Now Reading
Nak Lari Sekejap Ke Pulau Pinang? Ini 3 Staycation Idea Santai Di Tepi Laut. Tenang Je

Nak Lari Sekejap Ke Pulau Pinang? Ini 3 Staycation Idea Santai Di Tepi Laut. Tenang Je

Dapat short getaway syok juga ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda tengah fikir nak short getaway, Pulau Pinang memang antara destinasi yang tak pernah mengecewakan dari makanan, pemandangan laut, sampai vibe santai yang susah nak dapat di tempat lain.

Baru-baru ini, pulau ini turut tersenarai antara lokasi terbaik untuk dilawati oleh CNN Travel, selain kembali jadi perhatian menerusi filem pendek Sandiwara oleh Michelle Yeoh.

Kalau anda memang tengah rancang trip ke sana, M Social Resort Penang ada beberapa idea staycation yang boleh jadi inspirasi sama ada nak pergi dengan kawan, pasangan suami isteri atau keluarga.

BACA JUGA: M Social Resort Penang: A Vibrant Vacation Spot At Tanjung Bungah

Menurut Pengurus Besar, Jasmine Keh, pakej ini direka untuk meraikan momen bersama-sama kawan, pasangan atau keluarga.

#1. Dengan Kawan: Chill, Catch Up & Lepak Tepi Pool

Foto: Girls Just Wanna Have Sun.

Kadang-kadang, percutian paling best cuma perlukan kawan rapat, matahari dan masa untuk slow down.

Bayangkan pagi santai dengan sarapan tepi kolam, kemudian lepak sambil minum mocktail dan nikmati piknik kecil yang dah siap disediakan. Simple, tapi cukup untuk recharge.

Lebih menarik, pakej ini turut dilengkapi dengan picnic basket pilihan chef lengkap dengan snek ringan, minuman sejuk dan sunscreen.

Termasuk:

  • Sarapan harian (poolside atau Beast & Butterflies)
  • 2 jam free-flow mocktail
  • 1 picnic basket setiap penginapan

#2. Dengan Pasangan: Quiet Escape Yang Lebih Privasi

Foto: Two To Tango.

Kalau nak suasana lebih tenang, getaway berdua dengan suami atau isteri memang pilihan yang tepat.

Sarapan bersama, diikuti makan malam yang lebih intimate sama ada di tepi kolam atau di balkoni bilik. Kadang-kadang, suasana simple macam ni yang paling diingati.

Anda juga boleh pilih sama ada menikmati makan malam di tepi kolam atau di teres bilik.

Termasuk:

  • Sarapan harian
  • 1 set makan malam Western 4 hidangan
  • 1 botol sparkling juice
  • Pilihan lokasi makan malam (poolside / terrace)

#3. Santai + Aktiviti Untuk Semua

Fam-tastic Getaway.

Kombinasi rehat dan aktiviti memang penting.

Selain masa di hotel, anda juga boleh luangkan masa ke Entopia by Penang Butterfly Farm — tempat yang sesuai untuk setiap golongan untuk explore alam, tapi orang dewasa pun boleh enjoy.

Termasuk:

  • Sarapan buffet harian
  • 1 makan malam BBQ poolside
  • Tiket Entopia untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak

Percutian Yang Tak Perlu Terlalu ‘Complicated’

Kadang-kadang, kita tak perlukan itinerari penuh atau trip jauh-jauh. Cukup dengan tempat yang selesa, makanan sedap dan masa untuk berehat.

Dan Pulau Pinang, seperti biasa masih jadi jawapan yang mudah, tapi berbaloi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd