Huda Beauty Lancar Koleksi Strawberry Latte: Trend ‘Soft Glam’ Musim Panas Kini Lebih Segar & Rosy
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Musim panas tahun ini nampaknya hadir dengan satu vibe baharu lebih lembut, lebih “milky”, dan penuh sentuhan warna beri yang manis.
Melalui pelancaran Strawberry Latte Collection, Huda Beauty sekali lagi mencipta trend solekan terkini yang dijangka akan mendominasi dunia kecantikan.
Koleksi ini mengetengahkan gabungan rona kopi dan beri dalam satu palet warna yang nampak effortless tetapi tetap memberikan efek polished.
Dengan fokus kepada pipi yang flushed, bibir nude berkilau, dan dimensi wajah yang lebih lembut, ia membawa definisi baharu kepada gaya soft glam moden.
BACA JUGA: Huda Beauty Lancar Produk Loose Powder Edisi Terhad ‘Easy Bake Matcha Milk Cake’
Gabungan Warna Latte & Berry Yang Jadi Tarikan Utama

Antara highlight utama adalah penggunaan rona intense mauve blush, yang memberikan efek pipi kemerahan seakan natural flush, digabungkan dengan sentuhan warna nude yang lembut pada bibir.
Ia mencipta keseimbangan antara tona hangat dan sejuk sesuai untuk pelbagai jenis kulit.
Blush Filter Palette: Rahsia Pipi ‘Filtered Look’
Di tengah-tengah koleksi ini adalah Blush Filter Palette (Strawberry Latte) — palet yang mengandungi empat warna utama:
- Tiga rona matte yang highly pigmented
- Satu blushlighter dengan efek luminous
Tekstur matte yang silky dan mudah blend membolehkan warna disapu secara berlapis tanpa nampak patchy, manakala blushlighter pula memberi efek glowing yang lembut.

Liquid Blush Baharu: Lebih Ringan, Lebih Glowy
Koleksi ini turut memperkenalkan dua warna baharu untuk Blush Filter Liquid Blush:
- Strawberry Latte — rona mocha mauve
- Berry Fever — rona beri yang lebih bold
Teksturnya ringan dan mudah meresap ke dalam kulit, memberikan efek “second skin” yang nampak natural dan radiant.
Menariknya, formula ini kini hadir dengan applicator baharu berbentuk doe-foot yang memudahkan sapuan dan lebih senang dikawal.
Trend Y2K Kembali Dengan ‘LipCealer’ Look
Melengkapkan keseluruhan gaya ini adalah tiga pilihan Faux Filler Lip Gloss dalam rona milky nude:
- Lightcealer — beige cerah
- Midcealer — nude karamel
- Richcealer — coklat toffee
Inspirasi utama adalah trend Y2K yang kini kembali popular khususnya gaya “LipCealer”, di mana bibir kelihatan nude tetapi lebih penuh dan berkilau.
Formula gloss ini memberikan efek bibir lebih volum tanpa rasa melekit, menjadikannya pilihan sesuai untuk digandingkan dengan pipi yang lebih bold.
Trend Solekan Yang Lebih ‘Effortless’
Apa yang membezakan koleksi ini adalah pendekatannya yang lebih santai tetapi tetap impactful.
Ia bukan tentang contour yang terlalu tajam atau warna yang terlalu berat, sebaliknya fokus kepada efek lembut, blur dan natural.
Gabungan blush yang diffused, tona latte yang hangat dan bibir nude berkilau menjadikan look ini sesuai untuk kegunaan harian, tetapi masih cukup versatile untuk acara tertentu.
Koleksi Strawberry Latte oleh Huda Beauty kini dilancarkan secara eksklusif di www.hudabeauty.com.
Tentang Huda Beauty & Evolusi Trend Solekan
Sejak ditubuhkan oleh beauty influencer terkenal Huda Kattan pada tahun 2013, Huda Beauty berkembang daripada jenama bulu mata palsu kepada salah satu jenama kecantikan global paling berpengaruh hari ini.
BACA JUGA: Pengasas Huda Beauty Beri Respon Padu Lepas Rakyat Israel Mahu Boikot Kerana Sokong Palestin
Dikenali dengan produk berprestasi tinggi dan pendekatan trend-driven, Huda Beauty sering menjadi pencetus kepada gaya solekan viral daripada teknik baking sehinggalah kepada complexion products yang memberi efek flawless.
Pelancaran Strawberry Latte Collection ini juga selari dengan trend semasa yang lebih cenderung kepada “skin-first makeup” di mana fokus diberikan kepada kulit yang sihat, glowing dan natural-looking.
Selain itu, koleksi terbaharu ini turut mencerminkan evolusi jenama tersebut dalam memahami keperluan pengguna moden: produk yang mudah digunakan, boleh dilayer, dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit serta gaya hidup.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.