Now Reading
Trend ‘Coolcation’ Meningkat — Ini Sebab New Zealand Jadi Pilihan

Trend ‘Coolcation’ Meningkat — Ini Sebab New Zealand Jadi Pilihan

Sejuk. Cantik. Tak sesak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bukan lagi rahsia, rakyat Malaysia memang suka melancong. Tapi kini, mereka juga semakin bijak merancang perjalanan.

Menurut Skyscanner, semakin ramai pelancong memilih untuk bercuti di luar musim puncak (shoulder season) bagi mengelakkan kesesakan, cuaca panas, dan pada masa sama berjimat.

Malah, minat terhadap destinasi beriklim sejuk semakin meningkat, dengan trend “coolcation” kini bukan sekadar buzzword, tetapi satu gaya percutian baharu.

Kenapa New Zealand Jadi Pilihan?

Musim sejuk di New Zealand (Jun hingga Ogos) menawarkan pengalaman yang berbeza udara alpine yang segar, pagi berkabus, langit biru terang, dan malam yang sesuai untuk bersantai di hadapan pendiangan.

BACA JUGA: New Zealand Embraces Muslim Travelers With New Initiatives For Inclusive Tourism

Ia adalah satu “reset” yang tenang dan jauh dari kesibukan, tetapi hanya sekitar 11 jam setengah penerbangan dari Malaysia.

Selain landskap yang memukau, musim sejuk di New Zealand juga menawarkan pelbagai pengalaman unik:

#1. Sukan Salji Bertaraf Dunia

Ski waktu malam di Coronet Peak.

Musim ski di New Zealand berlangsung dari pertengahan Jun hingga Oktober, dengan waktu terbaik pada Julai dan Ogos.

Coronet Peak.

Dari Queenstown ke Wānaka, pelancong boleh menikmati cerun ski bertaraf dunia bersama suasana bandar alpine yang meriah.

#2. Whale Watching

Musim sejuk adalah waktu terbaik untuk melihat paus di Kaikōura, termasuk sperm whale, humpback dan juga blue whale.

Di North Island, kawasan Hauraki Gulf pula menjadi habitat kepada hampir satu pertiga spesies mamalia marin dunia.

#3. Aurora Australis (Southern Lights)

Fiordland National Park.

Tak ramai tahu, New Zealand juga menawarkan peluang melihat Aurora Australis.

Dengan malam yang lebih panjang dan langit lebih cerah, musim sejuk adalah waktu terbaik terutamanya di Aoraki Mackenzie Dark Sky Reserve atau Rakiura (Stewart Island).

Fiordland National Park.

#4. Hiking Tanpa Kesesakan

Hiking di luar musim memberi pengalaman yang lebih tenang dan dramatik.

Tongariro Alpine Crossing.
Tongariro Alpine Crossing.

Laluan terkenal seperti Tongariro Alpine Crossing menjadi lebih unik dengan landskap bersalji dan tasik kawah berwarna zamrud.

#5. Hot Pools & Geothermal Escape

Musim sejuk di sini bukan tentang pantai tetapi tentang berendam dalam kolam air panas.

Onsen Hot Pools.

Di Queenstown, Onsen Hot Pools menawarkan pemandangan gunung yang menenangkan, manakala Rotorua pula terkenal dengan pengalaman geothermal yang lebih dramatik.

Percutian Musim Sejuk Yang Lebih ‘Meaningful’

Gabungan aktiviti ini menjadikan percutian musim sejuk di New Zealand sesuatu yang seimbang antara adventure dan ketenangan, antara pengalaman visual dan slow travel.

Bagi mereka yang mencari percutian yang berbeza daripada biasa, mungkin inilah masanya untuk cuba sesuatu yang lebih sejuk dan lebih bermakna.

[Discover Winter In New Zealand]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd