Now Reading
Wah Chan Perkenal Koleksi Loket Jade Terbaharu Sempena Hari Ibu 2026

Wah Chan Perkenal Koleksi Loket Jade Terbaharu Sempena Hari Ibu 2026

Setiap rekaan menggabungkan ketelitian warisan dengan gaya moden.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Wah Chan, antara jenama barang kemas paling lama bertapak di Malaysia, mengajak rakyat Malaysia meraikan kasih sayang sempena Hari Ibu dengan koleksi loket jade terbaharu mereka.

Direka sebagai simbol penuh makna, setiap rekaan membawa tiga doa utama:
Keberkatan & Keanggunan, Kesihatan & Panjang Umur, serta Kebahagiaan & Kemakmuran.

Koleksi edisi terhad ini akan mula tersedia di butik Wah Chan terpilih di seluruh negara bermula 10 April 2026.

Bila Kasih Tak Terucap, Jade Jadi Pengganti Kata

Dalam banyak keluarga Asia, kasih sayang jarang diluahkan — tetapi sentiasa dirasai.

Sempena Hari Ibu ini, Wah Chan mempersembahkan koleksi loket jade yang mengubah emosi yang tidak terungkap menjadi sesuatu yang nyata iaitu satu simbol kasih yang boleh dipakai, disimpan, dan diwarisi.

Berinspirasikan tradisi berabad lamanya, koleksi ini memberi fokus kepada tiga harapan utama untuk wanita yang membesarkan kita: kehidupan penuh ketenangan, kesihatan berpanjangan, dan kebahagiaan berkekalan.

Hadiah Yang Mengungkap Apa Yang Sukar Dilafazkan

Sejak dahulu, jade dikenali sebagai batu yang melambangkan kesucian, perlindungan dan keseimbangan — sering diberikan sebagai tanda kasih dan penjagaan.

Dalam koleksi ini, Wah Chan mentafsir semula jade sebagai simbol emosi moden — sesuatu yang peribadi, bermakna, dan penuh nilai sentimental.

Setiap loket direka berteraskan konsep kedamaian dan keberkatan, di mana jade menjadi simbol kepada tiga doa:

  • Keberkatan & Keanggunan (如意顺心)
  • Kesihatan & Panjang Umur (福愿长寿)
  • Kebahagiaan & Kemakmuran (幸福美满)

Rekaannya sengaja minimal tanpa hiasan berlebihan — bagi membiarkan keindahan jade itu sendiri menjadi fokus utama.

Ia dipadankan dengan elemen emas yang halus seperti motif simpulan tradisional, bunga dan simbol panjang umur, melambangkan kesinambungan dan perlindungan.

Beberapa rekaan premium turut dihiasi dengan berlian semula jadi, memberikan kilauan lembut yang melengkapkan keanggunan jade tanpa mengatasinya.

“Bagi kami di Wah Chan, barang kemas yang paling bermakna bukan sekadar dipakai, tetapi membawa emosi terhadap orang yang kita sayang. Koleksi ini memberi ruang untuk kita menyampaikan apa yang sering tidak terucap — doa agar ibu kita sentiasa sihat, bahagia dan dilindungi,” kata Amanda Koo, Pengarah Wah Chan Jewellery.

Gabungan Tradisi & Gaya Moden

Setiap rekaan menggabungkan ketelitian warisan dengan gaya moden. Ia sesuai untuk dipakai setiap hari, bukan hanya pada hari istimewa.

Classic Collection

  • Jade premium dalam bentuk paling asli
  • Dihasilkan dengan emas 9K
  • Harga: RM1,388 seunit
  • Tersedia dalam emas kuning & putih

Signature Collection

  • Dihiasi berlian semula jadi
  • Diperbuat daripada emas 18K

Pilihan rekaan:

  • Keberkatan & Keanggunan – RM3,188
  • Kesihatan & Panjang Umur – RM3,188
  • Kebahagiaan & Kemakmuran – RM3,888

Lebih Daripada Sekadar Hadiah

Koleksi ini bukan sekadar untuk satu sambutan. Tetapi simbol kasih yang kekal.

Loket jade Hari Ibu ini boleh didapati di butik Wah Chan terpilih seluruh Malaysia bermula 10 April 2026.

Sebagai pelengkap, pelanggan juga akan menerima tote bag edisi terhad serta charm eksklusif dengan setiap pembelian koleksi ini.

Selain itu, pelbagai aktiviti di butik turut dianjurkan, termasuk promosi khas, aktiviti ibu dan anak, hadiah percuma, serta sesi perkongsian mengenai keindahan dan nilai jade.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd