Now Reading
[Foto] Kopi, Komuniti & Vibe: Good Coffee Festival 2026 Kembali Meriahkan The Campus Ampang

[Foto] Kopi, Komuniti & Vibe: Good Coffee Festival 2026 Kembali Meriahkan The Campus Ampang

Roaster tempatan seperti Afloat Coffee Roaster, One Half Roastery, Port Coffee Roastery dan Soon Specialty Coffee turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kopi sedap, crowd padu! Good Coffee Festival 2026 Vol. I sekali lagi berjaya tarik ribuan pengunjung ke The Campus Ampang sepanjang 10 hingga 12 April lalu.

Festival yang dianjurkan oleh Ghostbird Coffee Company ini terus membuktikan bahawa komuniti kopi di Malaysia semakin berkembang.

Bukan sekadar trend, tetapi gaya hidup.

Sumber foto: Ghostbird Coffee Company

Roaster Village Terbesar Setakat Ini

Edisi kali ini menyaksikan penyertaan lebih 50 roaster, termasuk 14 jenama antarabangsa, menjadikannya Roaster Village terbesar dalam sejarah Good Coffee Festival.

Sumber foto: Ghostbird Coffee Company
Sumber foto: Ghostbird Coffee Company

Antara nama yang mencuri perhatian termasuk:

  • Cupping Room (Hong Kong)
  • Trunk (Jepun)
  • Islet Coffee Lab (Hong Kong)
  • Ultra Coffee (Indonesia), diterajui juara dunia roasting 2023, Taufan Mokoginta

Roaster tempatan seperti Afloat Coffee Roaster, One Half Roastery, Port Coffee Roastery dan Soon Specialty Coffee turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Sepanjang festival, pengunjung berpeluang mencuba pelbagai jenis kopi, membeli biji kopi pilihan, serta menikmati sesi tasting percuma daripada roaster terpilih.

Sumber foto: Ghostbird Coffee Company

Lebih Daripada Sekadar Kopi

Selain menikmati kopi, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti sesi cupping terbuka dan workshop, termasuk sesi matcha oleh Niko Neko Matcha.

Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami dunia kopi dengan lebih dekat.

Pertandingan Tarik Perhatian

Sumber foto: Ghostbird Coffee Company
Sumber foto: Ghostbird Coffee Company

Dua pertandingan utama turut mencuri tumpuan sepanjang festival:

  1. Eighty Plus Rising Star Barista Championship: Platform untuk barista muda mempamerkan bakat mereka
  2. 2. Eighty Plus Coffee Roasting Competition: Menampilkan 20 roaster dari seluruh Asia Tenggara bersaing dalam kemahiran roasting

Komuniti, Kopi & Vibe Yang Tak Boleh Dilepaskan

Sumber foto: Ghostbird Coffee Company

Dengan kemasukan percuma dan suasana yang santai, festival ini berjaya menghimpunkan komuniti pencinta kopi dari pelbagai latar belakang dari casual drinkers hingga coffee enthusiasts.

Disokong oleh Eighty Plus, Good Coffee Festival 2026 sekali lagi membuktikan bahawa kopi bukan sekadar minuman, tetapi satu pengalaman yang menyatukan orang ramai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd