Coach Minda Kongsi Beberapa Teknik Untuk Bantu Baca 3 Kali Ganda Lebih Laju [Video]
Dalam masa sama, penting juga untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan anda membaca dengan lambat seperti membaca dalam hati atau sering mengulang ayat sama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Membaca buku merupakan salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran sesetengah individu.
Bagi mereka, setiap kali membaca buku sekejap sahaja boleh selesai. Kadangkala dalam masa satu hari pun boleh khatam!
Tapi mungkin ada sesetengah orang rasa sangat sukar untuk habiskan buku yang dibaca. Apatah lagi kalau bahan bacaan tersebut bersifat bukan fiksyen seperti buku teks atau buku teknikal.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Ayah Gen Z Kurang Membaca Kepada Anak-anak Sebab ‘Tak Seronok’ – Kajian
Baca Artikel Berkaitan: Anak Sukar Fokus Belajar? Ibu Ayah Boleh Tukar Kepada Teknik Diamalkan Pelajar Cina Ini!
Amal Teknik Membaca Agar Dapat Lakukannya 3 Kali Ganda Lebih Laju
Jika anda alami masalah ini, jangan risau kerana ada kaedah yang boleh dipraktikkan untuk bantu mempercepatkan pembacaan.
Tips ini telah dikongsi semula oleh pengguna Threads (@studywithtinioji), yang dikenali sebagai Tini, daripada coach minda Jim Kwik menerusi video Podcast di YouTube.
Ia dikatakan dapat membantu seseorang untuk membaca tiga kali ganda lebih laju tanpa mengetepikan info yang terkandung.
Tini berkata tips ini sesuai buat mereka yang mahu selesai membaca buku tebal dengan cepat, elakkan gangguan ketika membaca dan memahami segala isi kandungan.
Kenal Pasti Punca Yang Lambatkan Pembacaan Anda
Tambahnya lagi, penting juga untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah punca yang menyebabkan seseorang lambat membaca.
Salah satunya adalah kerana membaca secara dalam hati atau subvocalization, iaitu setiap patah perkataan dibaca satu per satu.
Selain itu, kerap mengulang ayat yang sama (back-skipping) juga membuatkan seseorang membaca dengan lambat dan mengganggu pemahaman mereka.
Malah, orang ramai juga tidak mempraktikkan strategi sebelum membaca sekali gus menyebabkan otak tercari-cari info penting ketika membaca.
Kwik juga berkata bahawa ramai yang menyangka bahawa membaca secara perlahan dapat membantu kefahaman, namun secara tidak sedar membuatkan otak semakin hilang fokus.
View on Threads
Gabungkan Beberapa Teknik Pembacaan Agar Dapat Baca Lebih Laju
Untuk mempraktikkan tips ini, Kwik menjelaskan seseorang perlu menggabungkan beberapa teknik pembacaan.
#1. Previewing
Sebelum mula membaca, previu buku tersebut terlebih dahulu agar minda berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala maklumat dengan lebih cepat.
Lakukan langkah-langkah berikut untuk memperaktikkan kaedah ini:
- Imbas dahulu isi kandungan yang menjadi struktur buku tersebut.
- Imbas tajuk besar dan tajuk kecil (sub-header), huruf tebal (bold) serta kosa kata yang menonjol.
- Baca perenggan pertama dan terakhir setiap bab.
- Tetapkan tujuan membaca.
“Fikirkan (teknik) ini seperti melihat trailer filem sebelum menonton filem sebenar. Otak anda akan menerima konteks yang dapat membantu pemahaman anda,” kata Kwik.

#2. Elakkan Subvocalization
Di samping itu, penting juga untuk mengelakkan subvocalization yang memperlahankan pembacaan agar dapat khatam suatu bahan bacaan dengan lebih cepat.
Salah satu caranya adalah dengan menggunakan visual pacer seperti menunjuk ayat dengan jari atau kursor tetikus, atau menggariskan perkataan dengan pen.
Kwik berkata perkara ini akan membuatkan mata mengikut pergerakan tersebut, sekali gus meningkatkan kelajuan dan fokus membaca antara 25% ke 50%.
Selain itu, kumpulkan tiga ke empat perkataan bersama bagi mengelakkan masalah fiksasi, iaitu membaca satu per satu perkataan.
Kaedah ini bukan sahaja mengurangkan beban pada mata, tetapi menjimatkan masa.

#3. Melatih Fokus
Ketika membaca, penting untuk memberi fokus sepenuhnya agar segala maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan dapat difahami.
Salah satu kaedah adalah dengan menggunakan teknik Pomodoro iaitu menguruskan masa dengan memecahkan tugasan kepada beberapa selang waktu.
Ini bermakna anda akan berehat selama beberapa minit selepas membaca untuk tempoh tertentu agar otak dapat kekal dalam keadaan segar.
#4. Mengekalkan Memori
Bagi mengekalkan memori selepas membaca, anda boleh menggambarkan konsep dalam buku tersebut kerana otak lebih senang mengingati gambar berbanding perkataan.
Kemudian, kaitkan apa yang telah dibaca bersama perkara lain seperti bertanya apakah masalah anda yang boleh diselesaikan dengan maklumat ini.
Selepas selesai membaca setiap bab, luangkan sedikit masa untuk membuat rumusan tentang maklumat yang diterima.

Jangan lupa juga untuk kongsi ilmu yang telah anda dapat daripada buku tersebut. Ini dapat membantu anda agar lebih memahami dan mengingati sesuatu, sekali gus menguatkan memori.
Untuk dengar penjelasan lanjut tentang cara membaca dengan lebih laju, tonton video di bawah.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Kuatkan Daya Ingatan Supaya Senang Belajar? Amalkan 5 Doa Ini
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Tips Latih Anak Menulis Dengan Baik, Ibu Ayah Take Note!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.