CHAGEE Lancar Siri Matcha Pertama Asia Tenggara, Bermula Di Malaysia
Matcha yang digunakan oleh CHAGEE diperbuat daripada daun teh tuai pertama musim bunga, iaitu hasil tuaian paling awal dan berkualiti tinggi dalam setahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
CHAGEE, antara jenama teh moden paling pesat berkembang di Asia, hari ini mengumumkan pelancaran First Harvest Matcha Series di Malaysia menandakan penawaran matcha pertama jenama ini serta pelancaran sulungnya di Asia Tenggara.
Siri ini menampilkan tiga minuman utama:
- Signature Matcha Latte
- Pistachio Matcha Latte
- Oreo Matcha Frappé
Kini boleh didapati di semua outlet CHAGEE Malaysia bermula hari ini.
Matcha Yang Berbeza Daripada Biasa

Matcha yang digunakan diperbuat daripada daun teh tuai pertama musim bunga, iaitu hasil tuaian paling awal dan berkualiti tinggi dalam setahun.
Daun ini lebih lembut, kaya nutrien, dan menghasilkan rasa yang lebih smooth, kurang pahit, serta mempunyai profil umami yang lebih mendalam.
Daun teh ini juga ditanam dalam keadaan terlindung (shade-grown) selama lebih 20 hari sebelum dituai, proses yang meningkatkan kandungan klorofil untuk warna hijau yang lebih vibrant, serta asid amino untuk rasa yang lebih seimbang.

“Kami mahu pelancaran matcha pertama ini benar-benar mencerminkan standard kualiti kami. Setiap proses dari tuaian hingga pengisaran dibuat dengan teliti. Ini bukan sekadar trend,” kata Lucia Kwan, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran CHAGEE Malaysia.
“Green Is the New Cool” — Lebih Daripada Sekadar Minuman

Kempen ini dimulakan dengan acara Sip & Jam, berlangsung pada 11 dan 12 April di WOLO Kuala Lumpur.
Acara percuma ini berlangsung dari 7 pagi hingga 10 pagi dan menggabungkan aktiviti fun run, muzik DJ secara live, serta sajian Signature Matcha Latte. Ia turut menyusuli sesi pra-pelancaran eksklusif untuk ahli CHAGEE pada 5 April.
Aktiviti Sepanjang April
Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan:
- Matcha Fit Check (17–19 April)
Pakai outfit hijau dan tebus Matcha Latte percuma di 30 outlet terpilih (sementara stok masih ada) - #MatCHAGeng TikTok Challenge
Ajak kawan-kawan, pakai hijau, dan kongsi momen matcha anda di media sosial
Selain itu, CHAGEE turut melancarkan koleksi merchandise edisi terhad bertemakan matcha seperti badge, phone stand dan mini tote bag.

Siri matcha ini kini boleh didapati di semua outlet CHAGEE Malaysia bermula 10 April 2026 dengan harga:
- Signature Matcha Latte — RM13.90
- Pistachio Matcha Latte — RM15.90
- Oreo Matcha Frappé — RM20.90
Walau bagaimanapun, harga mungkin berbeza di outlet terpilih.
Promosi bundle eksklusif, ganjaran dalam aplikasi, serta merchandise terhad juga boleh didapati melalui aplikasi CHAGEE.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.