“Bila Libatkan Anak, Saya Nak Fahami Apa Yang Saya Beri & Apa Sebabnya” – Bella Astillah, Duta Aptamil KID
Pelantikan Bella sebagai duta pertama jenama ini di Malaysia diumumkan bersempena acara Aptamil™ KID Synbio+ Science Café.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 11 April lalu, Bella Astillah telah diumumkan sebagai duta jenama baharu bagi susu kanak-kanak iaitu Aptamil™ KID. Ia menandakan kerjasama yang berteraskan perkara yang paling penting sebagai seorang ibu iaitu keyakinan berasaskan sains.
Dikenali menerusi kerjaya muziknya serta ikatan mesra dengan keluarga, Bella berkongsi bagaimana pengalaman bergelar ibu telah mengubah cara dia membuat keputusan, khususnya dalam aspek nutrisi.
“Apabila melibatkan anak-anak saya, saya tidak membuat andaian. Saya mahu memahami apa yang saya berikan kepada mereka dan sebabnya,” kata Bella Astillah.
“Saya bukan seorang saintis, tetapi saya tahu bagaimana untuk bertanya soalan. Apa yang meyakinkan saya tentang Aptamil™ KID C-SynB ialah kajian mendalam di sebaliknya.
“Apabila sesuatu itu disokong oleh bukti yang kukuh, ia memberi keyakinan kepada saya sebagai ibu.”
Pelantikan Bella sebagai duta pertama jenama ini di Malaysia diumumkan bersempena acara Aptamil™ KID Synbio+ Science Café sebagai sebahagian daripada inisiatif Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer).
BACA JUGA: Betul Ke Baby Czer Kurang Imun Macam Bayi Lahir Normal? Ini Penjelasan Pakar
Ibu Moden Buat Pilihan Berasaskan Maklumat

Dia menekankan bahawa memahami sebab di sebalik sesuatu produk merupakan faktor yang penting dalam proses membuat keputusan.
“Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
“Bagi saya, itu bermaksud bukan sekadar mengikut trend, tetapi benar-benar memahami kualiti, sains dan kandungan di sebalik sesuatu produk.
“Setelah mengetahui tentang Synbio+ dalam Aptamil™ KID C-SynB serta bagaimana ia dikaji secara klinikal, ia memberi saya keyakinan,” jelasnya lagi.
Hubungan Di Antara Czer & Kesihatan Usus: Pakar Perunding Pediatrik Dr Nisa Khalil Beri Penjelasan
Penemuan baharu yang diterbitkan pada tahun 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition (EJCN) menunjukkan bahawa gabungan sinbiotik tertentu yang mengandungi probiotik Bifidobacterium breve M-16V dan prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dapat membantu meningkatkan keseimbangan usus yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer berusia satu tahun ke atas.

BACA JUGA: [Eksklusif] Kenapa Ramai Ibu Ayah Susah Nak Cakap “Jangan Cium Baby Saya”? Ini Ulasan Dr Nisa Khalil
“Sekitar 70% hingga 80% sel imun sebenarnya terletak dalam usus. Ini bermakna perkembangan usus akan mempengaruhi sejauh mana tubuh kanak-kanak mampu melawan jangkitan.
“Sebab itulah penjagaan usus yang betul amat penting untuk membina imuniti jangka panjang.”
Dr. Nisa menambah, “Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean mungkin mempunyai tahap bakteria baik yang lebih rendah bermula dari usia satu tahun ke atas, dan ketidakseimbangan ini boleh berlanjutan selama beberapa tahun.
“Namun, ini tidak bermaksud mereka berada dalam keadaan kurang baik sebaliknya mereka mungkin memerlukan sokongan yang tepat untuk membina keseimbangan usus.”
Beliau turut menangkis satu salah tanggapan umum iaitu, “Probiotik atau prebiotik sahaja tidak mencukupi. Apa yang benar-benar penting ialah gabungan yang tepat.
“Apabila probiotik dan prebiotik yang sesuai digabungkan, ia menghasilkan kesan sinbiotik. Melalui tindakan sinergi ini, keseimbangan usus dapat disokong dengan lebih berkesan. Justeru, pemilihan kombinasi yang betul amatlah penting.”
Kenapa Perkara Ini Penting Di Malaysia?
Pelantikan Bella berlangsung ketika kadar kelahiran melalui Czer di Malaysia dianggarkan sekitar 26% daripada jumlah keseluruhan kelahiran — melebihi julat yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu antara 10% hingga 15%.
Sebagai syarikat pemakanan global terkemuka, Danone komited untuk membawa kesihatan melalui makanan kepada seramai mungkin orang, di samping terus memperkukuh usaha dalam menyokong kanak-kanak kelahiran Czer melalui pemakanan serta pendidikan berasaskan sains.

“Dengan adanya media sosial dan AI, seperti Bella, ibu bapa masa kini lebih terhubung dan berpengetahuan berbanding sebelum ini.
“Melalui inisiatif seperti Bulan Kesedaran Czer, kami ingin membantu ibu bapa memahami konsep saintifik agar mereka dapat membuat pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan pemakanan anak-anak.
“Dalam konteks ini, ia melibatkan pemahaman tentang kesan Czer terhadap kesihatan usus serta bagaimana ia boleh mempengaruhi imuniti dan perkembangan otak.”
“Kerjasama bersama Bella tidak mungkin datang pada waktu yang lebih tepat.
“Ia sangat relevan dengan situasi semasa, dan kami amat menghargai suara beliau dalam membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan terhadap kesihatan.”
Aptamil™ KID C-SynB
Untuk info, Aptamil™ KID C-SynB merupakan formula pertama dan satu-satunya di Malaysia yang terbukti mempunyai gabungan Synbio+, iaitu kombinasi probiotik spesifik dan prebiotik unik yang bertindak secara sinergi untuk menyokong kesihatan usus serta sistem imun kanak-kanak kelahiran Czer yang berumur satu tahun ke atas.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.