[Foto] Dari Seoul Ke Ampang: JUNGHEE Perkenal Korean Fusion Generasi Baharu
Outlet JUNGHEE di Ampang berkeluasan kira-kira 1,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 40 pelanggan dalam satu masa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berasal dari Seoul, JUNGHEE menetapkan standard baharu untuk Korean fusion moden. Kini di Malaysia, ia membawa trend makanan Korea terkini dalam bentuk yang lebih fun, accessible dan shareable.
Dijadualkan dibuka pada 16 April 2026, JUNGHEE (정희) memperkenalkan generasi baharu pengalaman makan makanan Korea di Kuala Lumpur — melangkaui BBQ dan stew tradisional yang biasa kita kenal.
Menampilkan hidangan yang bukan sahaja sedap tetapi juga “picture-perfect”, JUNGHEE menggabungkan interpretasi kreatif dengan akar rasa Korea yang autentik.
Di Korea, jenama ini cukup popular dalam kalangan golongan urban berusia 20 hingga 30-an, dikenali dengan menu fusion yang berani tetapi mudah didekati — menjadikannya pilihan utama untuk date, sambutan istimewa dan aktiviti foodie.
Dari Seoul ke Ampang!


Terletak di The Campus Ampang, JUNGHEE bukan sekadar tempat makan biasa.
Ia menawarkan pengalaman makan yang immersive, dalam ruang berkonsepkan retro × trendy yang diinspirasikan daripada lokasi makan paling popular di Seoul. Suasananya membawa vibe “Seoul city-walk” — santai, muda dan penuh gaya.


Dengan 22 cawangan di Korea, JUNGHEE kini membawa konsep dining moden yang terbukti popular ke Kuala Lumpur, lengkap dengan pengalaman yang mudah dikongsi dan “social media friendly”.
Fenomena Viral di Korea
Di Korea, JUNGHEE dikenali sebagai restoran yang sentiasa mendapat permintaan tinggi — malah pelanggan sanggup beratur walaupun pada hari biasa.


Ramai juga menggunakan sistem tempahan seperti CatchTable untuk mendapatkan tempat. Jenama ini turut mendapat perhatian influencer makanan dan trendsetter media sosial, dengan ribuan perkongsian, likes dan review.
Bukan hanya kerana menu yang unik, tetapi juga pengalaman makan yang visual dan menarik. Pendek kata, setiap hidangan memang “camera-ready”.
Gabungan permintaan tinggi dan kehadiran aktif di media sosial menjadikan JUNGHEE antara nama yang cukup dikenali dalam kalangan urban diners di Korea.
Cerita Di Sebalik Nama JUNGHEE
Nama JUNGHEE (정희) diilhamkan daripada nama ibu pemiliknya, serta gabungan aksara Cina:
- 情 (jeong) — kasih sayang
- 喜 (hee) — kegembiraan
Falsafah ini diterjemahkan dalam setiap hidangan — berkongsi rasa, kegembiraan dan kehangatan melalui makanan.
Diterajui oleh pakar kulinari Korea, JUNGHEE mengekalkan resipi tradisional sambil menyesuaikan rasa untuk selera tempatan. Sos utama dan bahan khas diimport dari Korea bagi memastikan keaslian rasa.
Kenapa Anda Wajib Cuba JUNGHEE
1. Korean Fusion Moden Pertama di Malaysia

JUNGHEE fokus pada hidangan signature yang unik dan berkualiti tinggi — bukan menu panjang yang biasa. Setiap hidangan menggabungkan elemen tradisional dan kreatif.
2. Suasana Seoul Trendy dengan Sentuhan Retro

Rekaan dalaman menggabungkan elemen klasik Korea dengan gaya moden — stylish, selesa dan sangat visual.
3. Sesuai Untuk Semua

Menu direka supaya mudah dinikmati — sama ada anda peminat K-food atau baru nak cuba.
4. Kualiti dan Ketelitian

Menggunakan bahan dari Korea digabungkan dengan bahan segar tempatan untuk keseimbangan rasa dan kualiti.
5. Insta-Worthy & Shareable


Setiap hidangan direka bukan sahaja sedap, tetapi juga cantik untuk gambar — memang sesuai untuk content!
6. Port Best Untuk Date & Hangout

Sesuai untuk lunch santai, dinner, atau outing hujung minggu dengan vibe moden ala Seoul.
Menu Highlights
Antara hidangan menarik yang boleh dicuba:
- Soybean Sauce Kale Rice Wraps
Versi segar dan sihat untuk hidangan wrap klasik Korea - Bracken Fern Cream Noodles
Akar paku pakis Korea diolah menjadi hidangan creamy ala Italian - Shrimp & Potato Pancake
Gabungan tekstur rangup dan rasa yang seimbang - Kimchi Cheese Tteokbokki Chicken Fries
Ayam rangup dengan kimchi, keju cair dan sos Korea — fusion yang padu - Spicy Perilla Noodles — pedas dengan aroma minyak perilla
- Vongole Hand-pulled Noodles — mi sup berasaskan kerang dengan rasa buttery
- Wagyu Beef Kimchi Fried Hot-pot Rice — gabungan nasi, kimchi dan wagyu yang seimbang
Tak lengkaplah hidangan utama tanpa pencuci mulut, kan? Ini antara menu pencuci mulut yang disyorkan untuk anda cuba:
- Pine Nut Tofu Tiramisu Parfait
Gabungan krim tofu lembut dengan rasa kacang pine - Sweet Pumpkin Espuma Bingsu
Ais kisar labu yang manis semula jadi dan creamy
Outlet JUNGHEE di Ampang berkeluasan kira-kira 1,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 40 pelanggan dalam satu masa.

Rekaannya menggabungkan elemen moden dengan sentuhan tradisional Korea — dinding kayu hangat, tingkap berinspirasikan lattice, dan bahan semula jadi yang mencipta suasana tenang tetapi stylish.

- Alamat: G-33, The Campus Ampang
- Waktu Operasi: 11 pagi – 10 malam
- Instagram: @junghee.my
NOTA KAKI: Dari segi status halal, JUNGHEE masih belum diperakui. Namun begitu, restoran ini mengamalkan konsep alcohol-free dan pork-free dalam penyediaan makanan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.