Now Reading
Rentak Music Celebration Bakal Ubah The MET Corporate Towers Jadi Nadi Budaya Baharu Kuala Lumpur

Rentak Music Celebration Bakal Ubah The MET Corporate Towers Jadi Nadi Budaya Baharu Kuala Lumpur

Tiket acara ini berharga RM250, termasuk hidangan bufet makan malam di “Malaysiana” Food Garden daripada penaja seperti Colony Coworking & Event Space, Anytime Fitness, Fowlboys, Jhol, Brotani dan Sol @ The MET.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peminat muzik di Kuala Lumpur bakal disajikan dengan malam penuh nostalgia apabila Triterra bersiap sedia melancarkan edisi sulung Rentak pada 24 April 2026 di The MET Corporate Towers.

Acara muzik ini menjanjikan pengalaman menggabungkan irama ikonik era 1980-an dan 1990-an dalam satu malam yang cukup istimewa.

Komuniti & Pengalaman

Rentak Music Celebration merupakan inisiatif placemaking berteraskan budaya yang bertujuan mengubah The MET Corporate Towers menjadi destinasi urban yang lebih hidup—di mana muzik, komuniti dan pengalaman bersama bertemu.

Dengan menghimpunkan golongan profesional, penduduk setempat serta pencinta muzik merentasi generasi, Rentak memperlihatkan bagaimana kawasan komersial boleh berkembang menjadi ruang sosial yang lebih dinamik dan bermakna.

Acara ini turut menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Triterra di Kuala Lumpur, mencerminkan falsafah pemaju ini dalam membina bukan sahaja pembangunan ikonik, tetapi juga pengalaman budaya yang memperkaya komuniti.

Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Christopher Lim, Triterra telah mengukuhkan The MET Corporate Towers sebagai alamat utama di KL Metropolis, dengan kerjasama pemaju induk NAZA TTDI.

Projek ini turut menerima pengiktirafan serantau di PropertyGuru Asia Property Awards 2024 dengan kemenangan bagi kategori Best Office Development (Asia) dan Best Commercial Development (Malaysia).

Persembahan Menarik Daripada Artis Terkenal Tanah Air

Acara ini bakal menampilkan persembahan bertenaga daripada artis tempatan terkenal seperti Ning Baizura, Elvira Arul dan Yazmin Aziz—tiga figura dengan vokal mantap dan aura pentas yang memukau.

Turut memeriahkan acara sebagai hos ialah Douglas Lim!

Bersama-sama, mereka akan membawa penonton menyusuri era muzik yang terus relevan merentasi generasi, menggabungkan lagu-lagu klasik dengan tenaga persembahan secara langsung.

Menurut Christopher Lim, “Muzik sentiasa mempunyai keupayaan unik untuk menyatukan orang ramai tanpa mengira usia atau latar belakang.

“Menerusi Rentak, kami ingin mencipta satu pengalaman yang meraikan lagu-lagu yang membesar bersama rakyat Malaysia—muzik yang mudah mencetuskan kenangan dan menghubungkan semua dalam satu momen.

“Sempena 10 tahun perjalanan kami di Kuala Lumpur, pelancaran Rentak adalah cara terbaik untuk meraikan bukan sahaja pencapaian ini, tetapi juga komuniti dan budaya yang menjadikan kota ini begitu hidup.”

Tiket acara ini berharga RM250, termasuk hidangan bufet makan malam di “Malaysiana” Food Garden serta baucar menarik daripada penaja seperti Colony Coworking & Event Space, Anytime Fitness, Fowlboys, Jhol, Brotani dan Sol @ The MET.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari rentak.triterra.com.my.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd