Trend Volufiline Kini Tiba Di Malaysia! The Ordinary Lancar Serum Baharu
Volufiline kini jadi bahan skincare viral di media sosial.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Carian untuk “Volufiline” meningkat sebanyak 130% sepanjang tahun lalu, menunjukkan minat yang semakin tinggi terhadap produk penjagaan kulit yang fokus pada “volume boosting”.
Di TikTok, Content Creator seperti Devon Kelley menjadi viral selepas memuat naik video sebelum dan selepas memakai produk Volufiline oleh The Ordinary.
Malah, ia juga mencecah jutaan tontonan dengan ruangan komen dipenuhi orang ramai yang terkesima melihat perubahan pada kulit wajahnya.
@devonkelley_ I’m back on volufiline! Get on the waitlist for @The Ordinary Volufiline 92% + Pal-Isoluceine 1% at the link in my bio ♥️ #theordinarypartner ♬ original sound – Devon Kelley
Walaupun ramai berminat untuk mencuba, formulasi yang betul-betul boleh dipercayai masih sukar didapati. Disebabkan itu, ramai pengguna akhirnya membeli bahan mentah Volufiline secara atas talian dan sapu terus pada kulit wajah.
Sangat berisiko.
The Ordinary Lancar Volufiline 92% + Pal-Isoleucine 1%

Pada 13 November, The Ordinary akan melancarkan Volufiline 92% + Pal-Isoleucine 1%, serum berasaskan sains yang direka untuk memberi kesan plumping tanpa perlu DIY campur sendiri.
Serum ini memperkenalkan cara baharu dalam penjagaan anti-penuaan—dengan fokus untuk mengembalikan volume wajah secara nyata, setitik demi setitik.
Isi Kekosongan, Secara Saintifik
Volufiline 92% + Pal-Isoleucine 1% ialah serum khas yang membantu memulihkan kehilangan volume di kawasan wajah seperti:
- Bawah mata
- Pelipis
- Pipi
- Garis senyuman
Ia direka untuk kawasan yang kebiasaannya terjejas akibat kehilangan lemak semula jadi seiring pertambahan usia.
Berbeza dengan produk Volufiline lain yang perlu dicampur dengan skincare lain, serum ini adalah water-free. Oleh itu, bahan aktif boleh terus diserap ke dalam kulit.
“Plumping” vs Volume—Apa Bezanya?

Ramai anggap kulit nampak “plump” sebab hidrasi. Memang betul, kulit lembap memang nampak lebih gebu. Tapi kesan itu hanya sementara. Volume sebenar datang dari dalam kulit, melalui:
- Kolagen
- Elastin
- Glycosaminoglycans
- Lapisan lemak bawah kulit
Bila usia meningkat, struktur ini mula merosot akibat faktor seperti penuaan, pendedahan matahari dan pencemaran. Hasilnya:
- Bawah mata nampak cengkung
- Pipi makin “jatuh”
- Garis senyuman makin dalam
Selama ini, banyak produk fokus pada hidrasi dan smoothing sahaja.
Cara Penggunaan
Gunakan pada kawasan yang nampak kehilangan volume seperti bawah mata (tear trough), garis senyuman, pipi dan pelipis.
Tips penting yang perlu diingatkan sebelum menggunakannya:
- Elakkan terkena mata
- Simpan pada suhu bilik
- Jika rasa pedih atau iritasi, hentikan penggunaan
Disarankan juga buat patch test sebelum guna.
Kenapa Produk Ini Penting?
Kehilangan volume adalah salah satu tanda penuaan paling jelas—tapi jarang dibincangkan. Dengan formula ini, The Ordinary cuba bawa pendekatan yang lebih telus dan berasaskan sains kepada trend yang sedang viral ini.
Volufiline (92%)
Nama komersial untuk bahan sarsasapogenin—sejenis phytosterol dari tumbuhan (contohnya sarsaparilla). Ia membantu memberi kesan “plumping” pada kulit.
Pal-Isoleucine (1%)
Sejenis lipoamino acid yang membantu menyokong struktur kulit, termasuk kolagen dan elastin. Ia juga membantu:
- Mengurangkan garis halus
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Memberi penampilan lebih muda
Secara ringkas, produk ini bukan sekadar buat kulit nampak lembap, tetapi cuba tackle punca sebenar wajah nampak “flat” atau kurang volume.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.



