Now Reading
Dari Lukisan Van Gogh Ke Dapur, TEKA Perkenal Koleksi Eksklusif Sempena Pencapaian Lebih 100 Tahun

Dari Lukisan Van Gogh Ke Dapur, TEKA Perkenal Koleksi Eksklusif Sempena Pencapaian Lebih 100 Tahun

Diilhamkan daripada lukisan ikonik Sunflowers serta lakaran Van Gogh, koleksi ini menawarkan set dapur lengkap termasuk ketuhar, ketuhar gelombang mikro, dapur induksi dan gas, hud penyedut serta peti sejuk kombo.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


TEKA, peneraju global bagi peralatan rumah dengan bangganya meraikan pencapaian melangkaui 100 tahun inovasi dan reka bentuk dalam mentransformasikan ruang dapur berkonsepkan gaya hidup moden.

Di bawah tema “Beyond 100 Years – Designing the Next Chapter,” TEKA menampilkan legasi cemerlangnya sambil memperkenalkan koleksi dapur secara eksklusif.

Stan Fong, Pengarah Urusan TEKA Malaysia berkata, “Bagi TEKA, dapur bukan sekadar ruang memasak; ia umpama kanvas di mana kreativiti dihidupkan. Sebagai penghormatan kepada seni dan kreativiti, kami dengan bangganya memperkenalkan Van Gogh Museum Edition.

“Setiap produk bukan sekadar perkakas, tetapi membawa keindahan, semangat dan inspirasi ke dalam setiap kediaman.”

TEKA Perkenal Koleksi Artistik

Foto: TEKA

Van Gogh Museum Edition, yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Muzium Van Gogh di Amsterdam, mentakrifkan semula persilangan antara seni dan kehidupan harian.

Diilhamkan daripada lukisan ikonik Sunflowers serta lakaran Van Gogh, koleksi ini menawarkan set dapur lengkap termasuk ketuhar, ketuhar gelombang mikro, dapur induksi dan gas, hud penyedut serta peti sejuk kombo.

Setiap peralatan direka dengan teliti untuk menggabungkan keindahan abadi dengan kualiti premium dan ketahanan jangka panjang, menjadikan dapur sebagai ruang di mana inspirasi dan inovasi bertemu.

Seiring dengan Van Gogh Museum Edition berunsur artistik, TEKA turut memperkenalkan Infinity G1 | Edition, sebuah koleksi menampilkan kecanggihan fungsi dan estetika yang halus.

Foto: TEKA

Diilhamkan daripada barang kemas mewah, automotif premium dan teknologi terkini, rangkaian ini menampilkan kemasan “hitam matte” dengan sentuhan tembaga menggabungkan keunggulan reka bentuk Itali dengan ketepatan kejuruteraan Jerman.

Infinity G1 | Edition direalisasikan melalui kolaborasi dua jenama unggul, iaitu TEKA dan Italdesign Giugiaro, yang menggabungkan lebih 50 tahun kepakaran reka bentuk automotif dengan pengalaman TEKA dalam menghasilkan produk dapur inovatif.

Direka untuk kepelbagaian, koleksi ini menawarkan penyelesaian bergaya dan praktikal untuk dapur moden, memastikan keharmonian visual, kemudahan penggunaan dan prestasi yang berkekalan.

Foto: TEKA

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan TEKA terhadap inovasi, kreativiti dan kecemerlangan global,” tambah Fong.

“Infinity G1 dan Van Gogh Museum Edition membuktikan usaha kami untuk terus melangkaui batas dalam menjadikan dapur lebih pintar, lestari dan menginspirasikan.”

Bagi mencapai matlamat ini, TEKA memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama:

  1. Penyelidikan & Pembangunan (R&D) – menghasilkan produk kompetitif dan inovatif serta menjadi penanda aras baharu dalam reka bentuk dan fungsi
  2. Rantaian Bekalan – memastikan penghantaran konsisten dan tepat pada masanya agar rakan niaga dan pelanggan dapat bergantung kepada jenama TEKA tanpa kompromi
  3. Kecekapan Operasi – bertindak balas dengan pantas dan berkesan terhadap keperluan pasaran serta kekal relevan dalam industri yang dinamik
Jenama ini akan terus berinovasi untuk menjadikan dapur sebagai pusat kreativiti, hubungan dan kehidupan seharian.

Melangkaui 100 tahun, TEKA membayangkan masa depan di mana seni, teknologi dan kelestarian bersatu untuk membentuk ruang dapur yang berfungsi, menginspirasi dan diperibadikan.

Bersempena sambutan ini, cef selebriti terkenal Datuk Chef Wan akan mengadakan demonstrasi masakan secara langsung menggunakan peralatan dapur TEKA, sambil menunjukkan bagaimana reka bentuk dan inovasi mampu meningkatkan fungsi serta keseronokan memasak.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd