WFH Memang Fun! Tapi Tersilap Percaturan Kewangan Akan Buat Hutang Melambung
Duit minyak dah selamat, keluar pula duit-duit lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR/WFH) bermula 15 April 2026.
BDR tersebut melibatkan kementerian, agensi dan badan berkanun serta syarikat yang berkaitan kerajaan.
Menerusi surat edaran pelaksanaan yang dikeluarkan menjelaskan sektor dikecualikan untuk BDR ialah keselamatan dan pertahanan, kesihatan dan pendidikan.
Manakala bagi negeri-negeri di mana hari kelepasan mingguan (HKM) adalah hari Ahad, BDR adalah pada hari Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari.
WFH tidak dibenarkan pada Isnin dan Jumaat.
Bagi yang HKM pada hari Jumaat pula BDR akan bermula pada Isnin hingga Rabu sepenuh hari dan tak dibenarkan WFH pada Ahad serta Khamis.
WFH Boleh Jadi Punca Seseorang Buat Hutang Lebih Banyak
Namun Perancang Kewangan, Dr Adam Zubir mengingatkan orang ramai yang juga mungkin boleh WFH membuatkan seseorang menambah hutang lebih banyak.
Jelas Dr Adam Zubir di Threads, bekerja dari rumah mungkin akan membuatkan seseorang melihat adanya ‘duit lebih’ kerana tidak lagi perlu isi minyak.
Namun sebenarnya mereka yang terbabit mungkin akan membuat hutang dan komitmen bertambah lebih tinggi.
“Awak mungkin ingat kerja dari rumah ni tiket untuk simpan duit. Hakikatnya, awak akan berdepan dengan beberapa ‘Silent Wealth Killers’,” ujarnya.
Antara hutang yang mungkin seseorang akan terdedah untuk melakukannya adalah:
#1. Pembelian Dalam Talian (Online)

Apabila bekerja dari rumah pastinya kita akan sentiasa berada di hadapan laptop atau telefon pintar.
Oleh itu, ada situasi di mana anda akan membuka aplikasi untuk membuat pembelian online. Bahkan anda juga berpotensi untuk membuat hutang Buy Now Pay Later (BNPL).
Ini secara tidak langsung membuatkan komitmen bulanan semakin bertambah tanpa sedar.
Katanya dalam satu lagi hantaran, apabila bekerja dari rumah seseorang itu tidak lagi perlu mengeluarkan duit untuk mengisi minyak maka akan ada duit lebih.
“Okay dekat sini ujian sebenar, ke mana hala tuju ‘duit lebih’ tu? Yang tak ada self-control, sudah tentu akan habis dekat pembelian atas talian,” ujarnya.
View on Threads
#2. Jerat Penghantaran Makanan

Tak dinafikan WFH juga akan membuatkan anda sibuk sama seperti bekerja di pejabat. Bila dah sibuk bekerja, mungkin ada masanya anda tidak sempat untuk keluar membeli makanan atau memasak.
Maka menggunakan perkhidmatan penghantar makanan adalah salah satu penyelesaian yang bersesuaian untuk situasi seperti ini.
Namun ia tidak murah mungkin satu pesanan boleh mencecah sehingga RM40 atau lebih.
“Sekali order dah RM40. Kalau 3 kalau seminggu? Dah RM480 sebulan hangus macam tu sahaja,” katanya.
Bagi isu ini mungkin anda juga boleh buat meal prep untuk menjimatkan wang atau menggunakan perkhidmatan sebegini hanya apabila waktu memerlukan atau sewaktu promosi.
#3. Bil Utiliti Akan Meningkat

Apabila bekerja dari rumah pastinya kita akan menggunakan utiliti di rumah sendiri.
Penggunaan laptop atau sebarang barangan elektronik pastinya perlu menggunakan sumber tenaga dari rumah.
Selain itu, keadaan cuaca juga mungkin akan membuatkan menggunakan pendingin hawa untuk tempoh lama.
Secara ringkasnya lebih banyak sumber tenaga digunakan semakin tinggi bil elektrik anda pada bulan tersebut.
“Aircond buka 10 jam sehari sebab cuaca panas. Minyak kereta yang jimat tadi sebenarnya pindah masuk dalam bil elektrik.”
Kata Dr. Adam, sekiranya seseorang itu tidak ada sistem untuk kawal hutang serta pengurusan duit sendiri, fasa bekerja dari rumah mungkin tidak membuatkan mereka mempunyai wang yang lebih.
Sebaliknya makin terperangkap pada hutang yang tidak sepatutnya.
“Jangan biarkan ‘duit minyak’ awak beralih ke hutang,” katanya.
View on Threads
BACA JUGA: Bekas Pekerja TNB Kongsi Ilmu & ‘Hacks’ Atasi Bil Api Tinggi
BACA JUGA: Bil Elektrik Tinggi Kerana Guna Aircond? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



