Now Reading
Typo Lancar Concept Store Pertama Di Dunia Di IOI City Mall, Putrajaya

Typo Lancar Concept Store Pertama Di Dunia Di IOI City Mall, Putrajaya

Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama kerana potensi pasaran yang semakin berkembang serta hubungan kukuh antara jenama dan pelanggan tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Typo membuka lembaran baharu dengan pelancaran concept store pertama di dunia di IOI City Mall, Putrajaya, menawarkan pengalaman runcit yang lebih segar, kreatif dan imersif kepada pelanggan.

Concept store ini menandakan evolusi jenama Typo, menggabungkan identiti sedia ada dengan pendekatan baharu yang lebih elevated.

Berinspirasikan idea bahawa sekeping kertas boleh menjadi apa sahaja, konsep ini meraikan kreativiti dalam pelbagai bentuk.

Bersempena pembukaan ini, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa termasuk pemberian percuma di dalam stor dari 2 hingga 5 April, sebagai sebahagian daripada sambutan pelancaran.

Ruang Lebih Terbuka & Interaktif

Walaupun masih mengekalkan DNA jenama Typo, concept store ini tampil dengan susun atur yang lebih terbuka dan interaktif.

Ruang ini direka sebagai “creative playground” yang menggabungkan elemen garisan, lakaran dan bentuk bebas, sekaligus menggalakkan pelanggan untuk meluangkan masa meneroka setiap produk dengan lebih santai.

Fokus Kepada Stationery & Gaya Hidup

Foto: Typo

Produk alat tulis kekal sebagai teras utama, kini dipertingkatkan dari segi kualiti kertas, rekaan dan fungsi—sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti menulis, journaling, belajar atau melakar idea.

Foto: Typo

Selain itu, koleksi gaya hidup yang lebih luas turut diperkenalkan, merangkumi kategori hadiah, perjalanan dan keperluan harian yang direka untuk menambah elemen warna, personaliti dan keseronokan dalam kehidupan seharian.

Foto: Typo

Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Menurut Scott Druce, Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama kerana potensi pasaran yang semakin berkembang serta hubungan kukuh antara jenama dan pelanggan tempatan.

“Kami memilih Malaysia kerana ia merupakan pasaran yang sedang berkembang dan pelanggan di sini sangat terlibat dengan jenama kami.

“Concept store ini menampilkan peningkatan dari segi produk dan pengalaman, namun masih mengekalkan identiti Typo,” jelasnya.

Foto: Typo

Sementara itu, Cash Ryan menyifatkan pelancaran ini sebagai satu detik istimewa buat pasukan dan pelanggan di Malaysia.

“Malaysia mempunyai semangat kreatif yang kuat. Menjadi lokasi pertama di dunia untuk concept store ini adalah sesuatu yang membanggakan dan mencerminkan komitmen jangka panjang kami di rantau Asia,” jelas beliau.

Typo Sebahagian Daripada Kumpulan Cotton On

Typo merupakan sebahagian daripada kumpulan global Cotton On Group yang turut merangkumi jenama seperti Cotton On, Cotton On Body, Cotton On Kids, Factorie, Supré dan Ceres Life.

Secara keseluruhan, kumpulan ini beroperasi di lebih 20 negara dengan lebih 1,300 cawangan, disokong oleh 20,000 tenaga kerja serta platform e-dagang di pelbagai pasaran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd