Now Reading
Skechers Friendship Walk & Run 2026 Kembali Lebih Padu Dengan Cabaran Baharu 21KM Di Putrajaya

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Kembali Lebih Padu Dengan Cabaran Baharu 21KM Di Putrajaya

Sama ada anda beginner atau seasoned runner, ini masanya untuk Start Simple, Compete Strong, Finish Elite.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Skechers Friendship Walk & Run 2026 kembali lagi untuk edisi ke-9 pada 21 Jun 2026 di Putrajaya dan kali ini lebih menarik dengan pengenalan kategori baharu yang memang next level.

Dianjurkan oleh Skechers, acara tahunan yang cukup popular ini tampil dengan kategori 21KM Half Marathon buat pertama kali menjadi jarak paling jauh pernah diperkenalkan dalam sejarah penganjurannya.

Selain 21KM, kategori kegemaran ramai seperti 10KM Competitive Run dan 5KM Leisure Walk masih dikekalkan.

Lebih Pilihan, Lebih Cabaran

Foto: Skechers MY

Kategori 21KM sesuai untuk pelari berpengalaman yang ingin menguji stamina, manakala 10KM pula untuk mereka yang ingin meningkatkan prestasi.

Kalau nak santai-santai je, 5KM Leisure Walk adalah pilihan paling chill dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Yuran penyertaan Early Bird bermula dari RM40 hingga RM95, dan dibuka sehingga 5 April 2026 sahaja.

Larian Yang Penuh Ganjaran Menanti

Untuk kategori 21KM dan 10KM, peserta berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai dan baucar Skechers bernilai sehingga RM2,000 untuk pemenang tempat pertama.

Dan yang paling menarik, seorang peserta bertuah berpeluang menang bekalan kasut Skechers selama setahun! Bayangkan, setiap bulan dapat kasut baru.

Setiap peserta akan terima Race Pack eksklusif bernilai sehingga RM359, termasuk:

  • T-shirt rasmi event
  • Tote bag lipat Skechers
  • Bib perlumbaan & e-sijil
  • Baucar diskaun Skechers
  • Refreshment ringan & insurans kemalangan diri
  • Finisher tee (untuk peserta 21KM sahaja)

Dengan suasana Putrajaya yang cantik, laluan larian yang scenic, dan vibe komuniti yang meriah, acara ini bukan sekadar tentang larian, tapi pengalaman penuh yang menyeronokkan.

NOTA: Pendaftaran Early Bird dibuka sekarang hingga 5 April 2026.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd