Now Reading
[Foto] Classic Aluminium Grid: RIMOWA Tampil Dengan Koleksi Edisi Terhad, Inspirasi Daripada Arkib Jenama

[Foto] Classic Aluminium Grid: RIMOWA Tampil Dengan Koleksi Edisi Terhad, Inspirasi Daripada Arkib Jenama

Koleksi Grid ini menafsir semula alur ikonik RIMOWA melalui pendekatan geometri yang lebih tersusun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak penubuhannya pada tahun 1898, RIMOWA terus meneroka potensi penggunaan aluminium, memperhalusi rekaan produk mobiliti dengan keseimbangan tepat antara fungsi dan material.

Berinspirasikan warisan ini, jenama mewah dari Jerman ini memperkenalkan RIMOWA Classic Aluminium Grid, koleksi edisi terhad dengan hanya 1,969 unit yang menghidupkan semula rekaan arkib dengan sentuhan moden dari segi material dan perincian.

Koleksi Grid ini menafsir semula alur ikonik RIMOWA melalui pendekatan geometri yang lebih tersusun.

Reka bentuknya diinspirasikan daripada beg tangan (hand-carry case) arkib yang dibangunkan pada tahun 1969 iaitu era yang menitikberatkan ketepatan teknikal, pemikiran modular serta keseimbangan antara bentuk dan fungsi.

Ciri utama koleksi ini terletak pada corak Grid timbul (embossed) yang ditekan pada permukaan aluminium Silver RIMOWA.

Corak ini bukan sahaja memberikan efek visual yang menonjol, malah mengekalkan kekuatan dan ketahanan yang sinonim dengan kejuruteraan RIMOWA.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi perincian kulit premium serta lapisan quilted lembut yang turut mengulang motif Grid, menjadikan rekaan lebih menyeluruh.

Setiap unit dihasilkan di kilang bersejarah RIMOWA di Cologne dan disertakan dengan jaminan seumur hidup, membuktikan kepakaran jenama ini dalam pembuatan aluminium.

Elemen klasik seperti pemegang kulit, kunci palladium berkilau dan rivet dengan ukiran kapal terbang menyerlahkan identiti koleksi ini, manakala sistem Multiwheel dan pemegang teleskopik tanpa peringkat memastikan prestasi moden yang lancar.

Satu lagi elemen menarik adalah sentuhan kulit berwarna biru elegan, diinspirasikan daripada warna ikonik RIMOWA suatu ketika dahulu, sekali gus menguatkan identiti warisan koleksi ini sambil memberi karakter tersendiri.

Setiap beg juga dilengkapi komponen eksklusif seperti tag bagasi kulit percuma dengan logo arkib serta lencana edisi terhad bernombor, menjadikan setiap unit lebih istimewa.

RIMOWA Classic Aluminium Grid

Koleksi ini hadir dalam beberapa saiz termasuk Hand-Carry dan Cabin Case, serta buat pertama kalinya dalam edisi arkib khas iaitu saiz Trunk turut diperkenalkan.

Menggabungkan warisan dan inovasi, koleksi ini menghidupkan semula bahasa rekaan klasik untuk pengembara masa kini.

Bermula 26 Mac 2026, RIMOWA Classic Aluminium Grid Hand-Carry Case dalam warna Silver (RRP MYR10,350), Cabin Case (RRP MYR12,100) dan Trunk (RRP MYR14,400) boleh didapati di butik RIMOWA seluruh dunia serta secara dalam talian di laman rasmi mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd