Now Reading
#Raya2026: Nak Balik KL Dari Kampung Tapi Tak Nak Bosan Dalam Kereta? Ini Tips & Starter Kit Untuk Anda

#Raya2026: Nak Balik KL Dari Kampung Tapi Tak Nak Bosan Dalam Kereta? Ini Tips & Starter Kit Untuk Anda

Yang penting, tahap kesabaran kena maksimum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila dah seminggu duduk di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama yang tersayang, waktu nak balik KL memang agak liat.

Bukan liat nak balik bekerja, tapi liat untuk hadap trafik!

Bukan calang-calang trafik tahun ini, ya. Buka waze/maps, merah menyala. Masuk highway, lautan merah.

Memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk tekan minyak, tekan brek sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju.

Starter Kit WAJIB Untuk Elak Kebosanan Dalam Kereta Selepas Raya

#1. Playlist “Balik KL Mood”

Foto: Envato

Kalau sebelum ini, playlist semua lagu-lagu Raya. Tapi bila dah nak balik KL, kenalah tukar. Kalau nak dengar podcast berjam-jam pun boleh, dapatlah motivasi sikit untuk mula bekerja dan sambil tu boleh boost mood nak hadap trafik lagi.

Tak tahu nak buka Podcast apa? Kami senaraikan “Podcast Paling Popular Di Spotify (Global)” untuk anda:

  1. The Joe Rogan Experience: Paling santai dan ada bermacam-macam jenis tetamu.
  2. The Diary Of A CEO with Steven Bartlett: Untuk anda yang ‘business minded’ ataupun inginkan self growth.
  3. The Mel Robbins Podcast: Boleh bantu beri motivasi, mindset dan juga tips hidup praktikal.
  4. Call Her Daddy: Kalau anda inginkan ‘nasihat’ tentang relationship dan sebagainya. Terutamanya buat kaum wanita.
  5. The Past Weekend w/ Theo Von: Lebih kepada komedi, tapi ada juga part ‘deep talk’.
  6. Crime Junkie: Berat sikit tapi ini memang cerita kes jenayah yang sebenar.
  7. Modern Wisdom: Kalau anda jenis yang sentiasa inginkan self improvement, filosofi dan topik-topik ‘deep’, memang sangat sesuai untuk dengar.
  8. On Purpose with Jay Shetty: Banyak topik yang lebih menenangkan, nasihat kehidupan, nasihat hubungan dengan pasangan. Jauh lebih reflektif.
  9. The Tucker Carlson Show: Politik dan isu semasa. Kontroversial sikit tapi ramai juga yang suka.

Ambil yang senang hadam je bila tengah hadap trafik.

#2. Pastikan Anda Bawa Snek

Foto: Envato

Kudapan memang WAJIB ada dalam kereta.

Simpan terus dalam satu beg khas yang senang dicapai, dan pastikan ikat betul-betul selepas makan sebab nak elakkan ada serangga pula nanti. Pilih snek yang mudah seperti:

  • keropok
  • kacang
  • biskut
  • coklat

#3: Air Minuman ‘Emergency’

Air kosong memang perlu adalah. Berbotol-botol pun tak apa. Tapi boleh tambah juga air seperti kopi botol, isotonik, dan air-air kegemaran anda yang lain. Untuk mengelakkan dahaga air manis sepanjang perjalanan. Tak perlulah berhenti banyak kali.

#4. Powerbank / Charger Kereta

Ini kalau tak ada, menangis tak berlagu cerita dia.

Foto: Envato

Sepanjang perjalanan berjam-jam, memang telefon akan habis bateri ataupun bateri jadi merah. Jadi sebelum anda hilang mood, baik sediakan awal-awal powerbank dan charger kereta (yang boleh berfungsi).

Maklumlah, ada yang jenis memang tak pernah langsung juga powerbank sebelum ini, jadi kena pastikan powerbank itu memang berfungsi dulu.

#5. Spek Mata Hitam & Skincare

Foto: Envato

Matahari bila terpacak atas kepala dengan kereta tanpa tinted, memang menyakitkan. Sampai sepet mata bila cuba nak pandang depan.

Sebab itu kena sediakan spek hitam (kalau yang rabun, boleh pakai contact lens ataupun beli terus spek mata hitam yang ada power).

Skincare boleh bawa tapi bukanlah satu almari, ya. Travel pek pun sudah memadai.

Dan kalau boleh jangan pakai face mask waktu malam dan pandang kereta sebelah, kesian nanti terkejut orang lain.

Paling penting sekali, minyak full tank + sabar full tank. Okay?

Semoga selamat sampai ke destinasi!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd