Now Reading
Luckin Coffee & FIZIWOO Kembali Berkolaborasi, Gabungkan Gaya & Rasa Sempena Raya 2026

Luckin Coffee & FIZIWOO Kembali Berkolaborasi, Gabungkan Gaya & Rasa Sempena Raya 2026

Kolaborasi kali ini tampil dengan motif batik yang diperbaharui untuk menyatukan rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas mencuri perhatian tahun lalu dengan kolaborasi berinspirasikan warisan menerusi rekaan couture dan konsep kedai crossover, Luckin Coffee dan FIZIWOO kembali dengan bab baharu kali ini yang meraikan musim perayaan.

BACA JUGA: Luckin Coffee X Fiziwoo’s First Concept Store Celebrates Malaysian Heritage Through Coffee & Fashion

Mengangkat tema “Nikmat Dikongsi, Raya Dirai”, kolaborasi ini menzahirkan semangat Raya yang penuh kebersamaan di mana setiap detik, rasa dan pengalaman lebih bermakna apabila dikongsi bersama.

Dari minuman kopi premium hingga sentuhan fesyen, gabungan ini menyatukan gaya dan rasa dalam satu pengalaman perayaan yang lebih hidup.

Motif Batik Diberi Nafas Baharu

Daripada rekaan batik terdahulu, kolaborasi kali ini tampil dengan motif batik yang diperbaharui untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan gaya lebih segar sempena Raya.

Rekaan ini masih mengekalkan elemen utama seperti orkid Malaysia, bunga raya, serta ikon signature Luckin iaitu rusa dan biji kopi, namun kini diolah semula dengan palet warna pop-summer yang lebih ceria.

Sentuhan warna berani ini mencerminkan memori indah dan gelak tawa sepanjang Raya, seimbang dengan tona neutral lembut bagi mengekalkan aura moden dan elegan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia, Jeff Lim Chee Lip, “Kopi bukan sekadar rutin harian, tetapi ia menghubungkan manusia dan mencetuskan perbualan.

“Raya ini, kami mengajak semua untuk menikmati pengalaman yang penuh gaya dan vibran melalui rasa premium serta aksesori fesyen.”

Sementara itu, Pengarah Urusan FIZIWOO, Izree Kai Haffiz berkata, “Hari Raya adalah masa untuk meraikan diri dan kembali bersama insan tersayang.

“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat menggalakkan ekspresi diri dalam cara kita menyambut Raya menjadikan setiap perincian lebih bergaya dan bermakna.”

Minuman Edisi Terhad, Khas Untuk Raya

Berlangsung dari 20 Mac hingga 16 April, kempen ini hadir dalam dua fasa dengan pelbagai tawaran menarik termasuk minuman eksklusif:

  • Pistachio Latte
    Latte berlapis dengan gabungan rasa pistachio dan kacang gajus, menghasilkan tekstur berkrim dengan sentuhan ‘nutty’ yang lembut. Turut hadir dengan pilihan upgrade oat milk secara percuma.
  • Dubai Chocolate Frappe
    Minuman sejuk berasaskan coklat pekat yang diinspirasikan daripada pencuci mulut Dubai, digabungkan dengan rasa pistachio dan gajus untuk pengalaman lebih ‘indulgent’.

Koleksi Eksklusif Untuk Lengkapkan Raya

Selain minuman, peminat juga boleh mendapatkan barangan edisi terhad:

  • Sampul Raya Luckin Coffee x FIZIWOO
    Percuma dengan pembelian mana-mana dua minuman (sementara stok masih ada)
  • Pin Eksklusif
    Dapatkan dengan pembelian bundle dua minuman terpilih pada harga RM17.90

Untuk fasa kedua pada April, kolaborasi ini turut akan memperkenalkan:

  • Phone strap
  • Payung eksklusif

Gabungan Tradisi & Gaya Moden

Kolaborasi ini bukan sekadar tentang kopi atau fesyen, tetapi satu pengalaman yang menggabungkan tradisi dengan sentuhan moden — sesuai untuk mereka yang ingin meraikan Raya dengan cara lebih stylish.

Orang ramai boleh mendapatkan pengalaman ini di cawangan Luckin Coffee terdekat atau membuat pesanan melalui aplikasi rasmi mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd