Now Reading
“Bukan Cuma Simpan” – Penasihat Kekayaan Kongsi 3 Cara Uruskan Duit Raya Anak

“Bukan Cuma Simpan” – Penasihat Kekayaan Kongsi 3 Cara Uruskan Duit Raya Anak

Pempengaruh yang juga penasihat kekayaan, Lily Khai, juga berkata bahawa anak-anak sepatutnya diberi kebenaran untuk membelanjakan sebahagian daripada duit raya yang mereka terima.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali musim Hari Raya Aidilfitri, rata-rata umat Islam di Malaysia pasti berkongsi rezeki dengan orang ramai dalam bentuk duit raya.

Selalunya duit raya diberi kepada kanak-kanak, golongan remaja, mereka yang masih melanjutkan pelajaran dan mereka yang belum bekerja.

Kebiasaannya ibu ayah mesti menyimpan sahaja duit raya anak-anak terutamanya yang masih kecil di dalam bank kan?

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Ambil Upah Tukar Duit Raya? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: “Tua & Muda Jangan Hilang Sifat Malu” – Ustazah Asma’ Minta Henti Trend Ambil Duit Raya Sambil Joget

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Memberi & Meminta Duit Raya, Boleh Jatuh Haram Rupanya!

3 Kaedah Menguruskan Duit Raya Anak

Pun begitu, pempengaruh Lily Khai menerusi hantaran di media sosial, berkongsi bahawa menyimpan bukanlah satu-satunya cara ibu ayah boleh mengurus duit raya anak-anak.

Dia yang merupakan penasihat kewangan juga berkata bahawa kaedah itu turut dididik oleh golongan jutawan terhadap anak-anak mereka.

#1. Sedekah 20% Daripada Jumlah Duit Raya

Lily berkata RM1 boleh disedekahkan bagi setiap RM5 duit raya, ataupun bersamaan dengan 20% jumlah duit raya yang diterima.

Katanya perkara ini penting bagi mendidik anak-anak bahawa terselit rezeki orang lain dalam rezeki kita.

“Bila kita memberi, kita akan dapat balik lebih banyak. Didik mereka bahawa wang sentiasa beredar dan kembali.

“Bila kita memberi, ia pasti akan kembali pada kita lebih-lebih lagi jika dilakukan kerana Allah SWT,” katanya.

#2. 40% Duit Raya Untuk Dibelanjakan

Mungkin ramai ibu ayah yang tidak membenarkan anak-anak membelanjakan duit raya mereka kerana ingin disimpan di dalam bank demi masa hadapan.

Namun, Lily berkata duit raya terbabit merupakan hak milik anak-anak dan mereka sepatutnya dibenarkan untuk membelanjakan sebahagian daripadanya.

“Biar mereka belanja duit raya itu untuk apa-apa sahaja yang diinginkan. Duit mereka kan?” ujarnya.

Dalam masa sama, dia menegaskan agar ibu ayah menetapkan had ke atas anak-anak, sebagai contoh mengingatkan mereka agar menghargai barangan yang mahu dibeli menggunakan duit sendiri.

Didik anak cara berbelanja dengan bertanggungjawab dan sedekah sebahagian daripada hak miliknya.
#3. Baki 40% Lagi Untuk Dilaburkan

Setelah bersedekah dan membelanjakan, terdapat 40% baki daripada jumlah duit raya tadi.

Baki inilah yang akan digunakan bagi tujuan mendidik anak-anak untuk menyimpan.

Di samping itu, tugas ibu ayah pula adalah untuk melaburkan duit tersebut agar dapat digandakan lagi.

“Ini mendidik anak-anak yang duit boleh berganda walaupun tidak digunakan,” tegasnya.

Antara instrumen yang boleh digunakan oleh ibu ayah adalah dengan menyimpan wang di dalam bank, Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Cadangan Amaun Duit Raya Untuk Keluarga & Kenalan

Bila tiba hari raya, mungkin ada yang bingung berapa banyakkah duit raya yang sesuai diberikan lebih-lebih lagi buat mereka yang pertama kali ingin meneruskan tradisi itu.

Di sini kami kongsikan amaun duit raya yang bersesuaian mengikut peringkat penerima:

  • Ibu Bapa: RM100 ke atas masing-masing
  • Nenek Atuk: RM100 ke atas
  • Ibu Bapa Saudara: RM20-RM50
  • Anak-anak: RM50 masing-masing
  • Anak saudara: RM20-RM50 jika tidak terlalu ramai. Jika melebihi 10 orang, boleh kurangkan amaun kepada RM5-RM10
  • Kanak-kanak sekolah rendah: RM3-RM10
  • Kanak-kanak sekolah menengah atau remaja: RM5-RM20
  • Penuntut universiti yang masih belum bekerja: RM10 ke atas

Apapun beri duit raya mengikut kemampuan. Walaupun sekecil-kecil RM1, ia tetap dikira sebagai sedekah.

Jika tidak mampu untuk memberi duit raya sama sekali, tiada masalah juga. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi masa kini.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak Untuk Tujuan Simpanan Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Urus Duit Raya Anak Sama Rata? Ini Penjelasan Tentang Hukum Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd